Saturday, April 30, 2005
CEPREN : EKSPERIMEN 5-SAssalamuálaikum...
betapa determine nye orang yahudi nih nak jatuhkan islam, bandingkan dengan orang islam...sekuat itukah kesungguhan kita untuk menegakkan syiar islam di muka bumi...betapa kuatnya kepercayaan dan keteguhan mereka berpegang dengan apa yg tertulis dalam kitab mereka [yg telah diseleweng], seteguh itukah kepercayaan dan keteguhan kita berpegang pada kitab suci Al-Quran yg dijamin isinya tidak akan berubah sehingga hari kiamat? renung renungkan lah...moga dapat pengajaran daripada cerpen ini...Oleh GHAFIRAH IDRISGadisku... rinduku mendesakku menghantar warkah maya ini ke kantung e-melmu. Kita bertemu di Quasimodo Club on Kantstrasse malam ini, ya sayang! Aku tidak mahu lagi membiarkan malamku nan indah ini sepi tanpa dirimu. Ah! Pasti asyik mahsyuk cinta ini dalam alunan jaz yang mengkhayalkan. Aku sudah menempah stammtish, khas buat gadisku nan jelita. Jumpa malam ini, sweetheart! Aku cinta padamu...
Aku seakan-akan mahu ketawa kuat tika kau menyumpah-nyumpah Kuwait yang membenarkan Amerika menggunakan Pangkalan Udara Ali Salem dan Ahmed Al-Jaber bagi menempatkan fighter bombers, stealth bombers, tank busters dan helikopter Apache dan Blackhawk. Kau memaki hamun Qatar dan ibu negaranya Doha, tempat pangkalan Al-Jazeera yang juga mempunyai pangkalan tentera Amerika Syarikat. Kau meminta Tuhanmu melaknat Bahrain yang membenarkan laluannya ditempatkan armada AS, 5th Fleet Amerika dan kau menyumpah seranah Jordan yang membenarkan Special Operation Forces melancarkan operasi ke Iraq, juga menempatkan peluru berpandu Patriot; manakala Mesir membenarkan kapal perang melalui Terusan Suez dan penggunaan ruang udara. Aku ketawa. Ketawa kuat! Kau manusia bertopeng syaitan. Melaknat manusia lain sedangkan diri kau mabuk dengan syahwat memuncak.
Hei... Hei... aku Yahudilah! Yahudi!
Kita bertemu di sini. Ya, di hadapan Bradenburger Tor ini. Bangunan kebanggaan Adolf Hitler yang merupakan simbol kekuatan Nazi. Kau anak Melayu yang belajar sains politik di bumi Jerman ini dan aku pengembara jalanan yang menjejak ketamadunan dan keruntuhan sesebuah bangsa. Aku dari bumi Baitullaham, bertaruh nyawa di Baghdad dan Afghanistan, berkelana ke Istanbul, menikmati keindahan kota Alhambra, malah tanah airmu Malaysia jua pernah aku jejaki. Aku mencari hikmah dan merenungi pengajaran di sebalik sejarah suatu ketamadunan bangsa yang berjaya ditegakkan dan diruntuhkan. Negarawan Jerman, Bismark pernah berkata: ``Hanya orang bodoh yang berkata mereka belajar daripada pengalaman sendiri. Bagi saya, belajar daripada pengalaman orang lain adalah lebih berfaedah.''
Sayang... malam ini di apartmenmu ya! Aku cinta padamu!
Aku ke Baghdad selepas rejim Saddam tersungkur di kaki takdir Bush. Aku mahu bangsaku belajar daripada sejarah kejatuhan Iraq. Kau terpinga. Katamu aku gadis bersemangat kental, berani dan cekal. Berapa kali mahu kubilang padamu? Aku Yahudilah. Yahudi! Bangsa yang tidak pernah kenal erti kekalahan dan kesusahan. Bukan seperti kau dan saudara-saudaramu. Layu! Mandom! Malas! Malah lemah dengan pujukan nafsu! Ha... ha... ha...
Iraq pernah dibebaskan daripada Uthmaniah oleh British pada 1917. Wartawan akhbar The Guardian yang bersama-sama Lt. Jen. Sir Stanley Maude ketika itu melaporkan bagaimana tentera British disambut meriah. Enam bulan kemudian penduduk tempatan mula resah dan menentang penjajah. Sejarah Iraq kembali berulang. Begitulah yang terjadi di Iraq hari ini. Nah! Masih tidak mahu mengingati sejarah lagikah, kawan! Saddam menjadi presiden pada tahun 1979. Saddam menggunakan kekerasan yang memastikan keamanan dan kestabilan. Ketika patung Saddam di Dataran Fardus ditumbangkan pada 9 April, rakyat Iraq yang kebanyakan dari puak Kurdish dan mereka yang bukan daripada kalangan puak Sunni yang ditindas oleh Saddam selama 24 tahun meraikan kemenangan tentera Amerika. Malang bagi Iraq. Orang-orang Syiah yang dizalimi oleh Saddam tidak mengambil bahagian mempertahankan pemerintahan Saddam maka inilah kesilapan besar Saddam. Sekarang Baghdad sekali lagi dijajah menerusi Coalition of the Willing.
Lalu aku mengutip hikmah dari peristiwa kejatuhan Iraq ini untuk kubawa pulang ke Baitullaham. Agar bangsaku tidak berpecah belah seperti etnik Iraq. Kami punya visi dan misi memiliki bumi Al-Quds. Perang Vietnam adalah petunjuknya. Dalam Perang Vietnam, gerila Vietcong dan rakyat bersama bersatu menentang AS dan rejim Vietnam Selatan yang dipertahankan oleh AS. Malah kuasa kecil dunia mampu menewaskan kuasa besar dunia: Perancis tewas di Algeria dan Vietnam, China tewas di Vietnam dan Rusia di Afghanistan.
+ Hahaha.
- Dia sering berbicara tentang perpecahan dan penyatuan sedangkan dirinya sendiri terpecah-pecah.
+ Maksudmu?
- Agamanya... imannya... pegangannya... hancur dalam amukan hawa nafsu syaitannya. Sungguh memalukan dan mengaibkan!
+ Teruskan eksperimenmu!
``Learning of the wise, Justice of the noble, Prayer of the pious, And Valor of the brave.'' Betapa gemilang tamadun Islam di Andalus sebelum mengalami kejatuhan pada 1492 Masihi. Bukankah pernah kunyatakan padamu, aku sudah menjejaki setiap inci tanah Alhambra. Di bawah kepimpinan Tariq bin Ziyad, kerajaan Visogoth berjaya dikalahkan pada 711, lalu Toledo dan Seville yang berada di bawah kepimpinan kerajaan Islam menjadi terkenal kerana kebudayaan baru dan universiti-universitinya. Andalus menyaksikan kehadiran penuntut-penuntut ilmu dari segenap pelosok dunia, hatta Pope Rom jua pernah belajar di sana. Edward G. Brown dalam bukunya Islamic Medicine menyifatkan Andalus sebagai The Brilliant Civilization. Nama-nama ilmuwan terulung seperti Abul Qasim Az-Zahrawi (Abul Casis) dan Ibnul Wafid (Aben Guefit) membuktikan Andalus subur dengan ilmu.
Wajahmu merona merah kala aku menceritakan padamu bahawa perpecahan umat Islam membenarkan Kardinal Debidar mengangkat salib di atas bumbung Istana Raja Al-Nasir sebagai menandakan berakhirnya pemerintahan Islam di Sepanyol. Orang Kristian yang menakluknya memulakan kerja-kerja penghapusan etnik terhadap penduduk yang beragama Islam serta meruntuhkan tamadun kebudayaannya. Jiwamu seakan-akan dihunggis amarah yang meluap-luap. Kau menyatakan di hadapanku bahawa umat Islam tidak sudah-sudah dizalimi malah kau menuduh bangsaku lebih khianat dan kejam kepada peribumi Palestin.
Kau menghina bangsaku! Hei... hei... kau dan saudara-saudaramu itu yang bodoh dan tolol. Andalus pernah menjadi pusat ilmuwan namun umat Islam tidak pernah tahu menghargai sejarah keagungan Andalus bahkan keagungan tamadun Umaiah, Abbasiah dan Uthmaniah tidak pernah dijadikan contoh teladan oleh umat Islam.
Hei... hei... kami bangsa Yahudi mahu belajar sejarah kehebatan tentera Mongol menakluk dunia. Tiada siapa pun yang menjangkakan kaum pengembala nomad yang buta huruf akan mencoret sejarah paling hitam di persada sejarah dunia. Orang yang mendiami padang rumput Steepe, Karakorum dan utara China ini hanya berjumlah lebih kurang 700,000 orang. Walaupun jumlah mereka kecil tetapi mereka adalah bala tentera yang terhandal dan terkejam di dunia. Bala tentera mereka begitu ramai dan boleh bergerak pantas sehingga sejauh 100 batu sehari. Mereka datang secara mengejut dan membunuh lebih daripada 15 juta orang Islam. Mereka menumbangkan dan meruntuhkan kerajaan-kerajaan terkuat pada zamannya.
Umat Islam hanya membiarkan sahaja kisah-kisah penting seperti ini usang, berhabuk dan mati dalam helaian buku-buku sejarah. Namun kami, bangsa Yahudi tidak akan membelakangkan sejarah kerana sejarah adalah cermin yang memantulkan pengajaran supaya kita boleh mengambil iktibar atas kesilapan bangsa-bangsa terdahulu.
Hubungan cinta kita retak kerana perbalahan itu. Peduli apa aku! Kau yang tergila-gilakan mata jeliku, bibirku yang munggil dan tubuhku nan langsing. Peduli apa aku andai kisah cinta palsu ini runtuh seperti runtuhnya Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur?
Jerman telah melalui beberapa revolusi yang pastinya mematangkan rakyatnya kini. Pada tahun 1871, Otto Von Bismark telah berjaya menyatupadukan Jerman melalui dasar Realpolitik atau Machiavellian, suatu prinsip matlamat membenarkan cara. Maka di sinilah yang mahu bangsaku pelajari.
Kami bangsa Yahudi tidak akan sekali-kali lupa kepada pemerintahan kejam Kaisar Rusia yang menghapuskan bangsa Yahudi di Rusia yang berslogankan anti-semitisme. Akibatnya kami dihalau dan bertebaran ke Eropah Barat, Amerika Utara dan Selatan. Kitab Old Testament mengatakan kami adalah penduduk asal Palestin yang telah diusir. Suatu hari nanti kami akan berkumpul kembali di Palestin kerana Al-Maseh yang dinanti-nanti akan membawa kemenangan dan juga lembaran baru dalam hidup kami yang bakal mengecapi kebahagiaan selama 1,000 tahun. Kami mengimpikan negara Israel yang lebih besar meliputi wilayah yang bersempadan dengan Sungai Mesir dan Sungai Furat di Iraq.
Kami berpegang kuat pada seruan Adolph Oremieux, Presiden Perikatan Yahudi Sedunia, yang telah menulis dalam Arkib Bani Israel keluaran 21 November 1861 bahawa ``Semua bangsa mestilah dihapuskan, semua agama mestilah ditahan dan disekat. Bagaimanapun Israel wajib kekal dan jangan pupus kerana Bani Israel adalah suatu bangsa yang telah dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia.''
Sayang... aku tidak berdaya lagi menahan rindu. Maafkan aku kerana menghina bangsamu. Kau bukan Yahudi totok kan!? Aku sudah menempah dua tiket untuk menyaksikan teater muzikal di Hamburg Opera kemudian langsung kita ke apartmenku, ya sayang! Aku cinta padamu!
Saat kau galak bercengkerama dengan tubuhku, aku mengingatkanmu akan kehebatan bangsaku. Amerika di bawah telunjuk Yahudi! Kata Ariel Sharon: ``Saya ingin memberitahu anda sesuatu dengan jelas. Jangan bimbang mengenai tekanan Amerika ke atas Yahudi kerana kita, orang Yahudi menguasai Amerika dan orang Amerika tahu akan hakikat ini.''
Bangsaku sentiasa menang. Sejak Perjanjian Skyes-Picot 1917, Britain memberikan jaminan kepada Pergerakan Zionis melalui surat James Balfour, Menteri Luar Britain, kepada Lord Rothschild, penyokong kuat Zionis bagi mendapatkan sokongan masyarakat Yahudi untuk membantu Britain dalam Perang Dunia Pertama. Media di Amerika juga menyebelahi kami. Pelobi Yahudi di Amerika, di Capitol Hill, dapat menghalang penjualan senjata kepada negara Arab, menghukum senator atau ahli kongres yang menyokong Arab dan sudahpun mendapatkan sokongan senator dan ahli kongres untuk membantah Road Map.
Amerika begitu mencintai Israel sehinggakan musuh Israel turut menjadi seteru Amerika. Kami hanyalah sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk hanya empat juta berjaya hidup dan mengecapi kejayaan di tengah-tengah bahang 280 juta Arab.
Hei... hei... kami Yahudilah! Yahudi! Kami bangsa yang cekal hati. Bahasa Hebrew yang terkubur 2,000 tahun telah dihidupkan semula sebagai bahasa kebangsaan kami.
Hei... hei... bukalah matamu wahai kawan! Pemimpin kami yang kami kasihi itu pernah memberitahu media pada Mac 2002 bahawa: ``Orang Palestin perlu dibelasah sekuatnya, dan ia mesti perit. Kita harus menyebabkan mereka kehilangan. Barulah mereka sedar bahawa bayaran balik ini tinggi.'' Rakyat Palestin adalah pengganas sebaliknya kami berjuang mendapatkan hak milik kami.
Ke mana dirimu menghilang? Aku mengintai-intai dirimu di Maybachufer tempoh hari. Kau kan selalu menghabiskan masa memerhati barangan antik dan kraf tangan di satu-satunya pasar Turki di tanah Jerman ini. Namun aku gagal menemuimu di sana. Sudah lama tidak bertemumu, sayang. Aku rindukan elus belaianmu. Jumpa aku di Kreuzberg. Aku rindukanmu!
Sayang... aku tidak boleh menemuimu lagi. Aku kini di Baitullaham, mahu memastikan Al-Quds menjadi milik Yahudi semula. Aku pernah beritahu kau dahulu kan? Aku hanya pengembara yang menjalankan eksperimen historikal di sini. Jerman hanya persinggahan sementara buatku begitu jua dengan dirimu. Aku mengutip cebisan-cebisan sejarah daripada setiap tamadun bangsa yang aku singgahi lalu mencantumkannya kembali supaya bangsaku dapat belajar daripada sejarah itu. Aku Yahudilah! Yahudi! Lupakan diriku, ya sayang!
- Dia sudah mati.
+ Siapa?
- Jantan tolol tu!
+ Huh! Bagaimana boleh mati?
- Bunuh diri.
+ Semudah itu!?
- Kecewa cinta
+ Ha... ha... ha...
- Eksperimenku berjaya!
Kalian terpinga? Sebenarnya begini, kawan! Pengembaraanku ke segenap pelosok bumi bukanlah hanya sekadar pengembara historikal tetapi sebaliknya aku dan empat ejen lain ditugaskan untuk menjalankan Eksperimen 5-S: Smoke, School, Sport, Scrin, Song, Sex. Hei... hei... aku gadis ejen CIA Mossad Israel. Lima ejen ditugaskan untuk melaksanakan Eksperimen 5-S ini. Kalian tahukan, aku ditugaskan untuk eksperimen apa? Anak Melayu itu hanya bahan eksperimenku. Hei kawan... bukankah aku selalu berkata pada kalian, bangsaku bangsa yang belajar daripada sejarah. Kalian tentu tahu kan, lelaki mudah tersungkur dalam pelukan perempuan. Lihat saja kejatuhan Clinton, kerana Monica. Albuquerque mati kerana Tsukinah.
- Setelah meneliti laporan daripada kelima-lima ejen, kami meluluskan Eksperimen 5-S
+ Bila mahu melancarkan misi, tuan?
- Secepat mungkin.
+ Ranapkan umat Islam dengan Eksperimen 5-S: Smoke, School, Sport, Scrin, Song, Sex.
- Ha... ha... ha...!!! Jadikan mereka hamba kepada hawa nafsu!
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:11 am"