M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, September 29, 2006

NUR SYAHADAH

Assalamu'alaikum...

Hari ini, saye sangat terharu. Kenapa? Sebab, sewaktu di Leeds Grand Mosque, sebelum terawih diteruskan selepas solat isya', kami jemaah yang hadir telah dapat menyaksikan kembalinya seorang insan kepada agama islam (a British woman revert to Islam). Dengar la die ucap syahadah sume. I testify .......... [sampai akhir] dengan lafaz syahadah dalam bahasa arab sekali. Huhu...Sangat terharu kerana dapat menyaksikan peristiwa itu. Banyak-banyak orang yg sihat, rase sangat bersyukur kerana ALlah pilih juga untuk saye dan jemaah masjid yang lain untuk hadir ke masjid pada malam itu. Huhu...terharu-terharu...Waktu tu memang teringat satu je lirik lagu [saye ni kan suke mengait-ngaitkan lirik lagu dengan kehidupan] "Di antara seribu, engkau yang terpilih.." lagu Nur Syahadah la tu...Ito Lara yang tulis lirik lagu tu. Yang nyanyi lagu tu ialah kumpulan Far East...

Sedih betul waktu tu....Rase seperti diri sendiri tak pernah la nak mensyukuri nikmat Islam dan Iman yang ALlah bagi...Buat endah tak endah aje...Gitulah die...perasaanku tatkala itu...disebabkan saye tak pandai meluahkan emosi dengan kata-kata, mahupun penulisan, maka korang takkan la rasa sepenuhnya ape yang saye rase waktu itu...[mungkin pada saat ini, anda sudah merasakan saye sudah mula merapu..huhu]

By the way, tadi gi masjid...biasa la ade la jugak orang pakai serban kan...tetibe teringat ayah...huhu...sebab ayah kate die nak sangat blajar pakai serban style orang yaman....die kate cantik..sebab mcm ade ala-ala sirip ikan cam tu...hari tu tengok tilawah al-quran kat tv1 pun, memang cantik pun orang yaman tu ikat serban die...tapi nye, search punye search, tidaklah dijumpai cara mengikatnye...mesti ayah sangat suka kalau die dapat blajar...kesimpulannye: saye homesick sebenarnye...tu yang teringat-ingat mak dan ayah....huhu...

ok la...banyak lagi keje nak disetelkan...wassalam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:11 am"

(0) comments



Monday, September 25, 2006

RAMADHAN

Assalamu'alaikum...

Ramadhan tiba lagi. Saye tak larat sebenarnye nak menaip ni. Tak sihat. huhu... papehal pun, selamat menyambut Ramadhan AL-Mubarak. Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai misi di bulan Ramdhan yang telah ALlah nukilkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 183, "Mudah-mudahan kamu bertaqwa..."

Dengar-dengar la lagu Ramadhan Dua Zaman tu eh..bagus lirik die...tu je..pendek..tak larat...wassalam...[bawah ni gambar hiasan je...suke...terjumpe cari2 gambar bunga hari tu]



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 4:08 pm"

(0) comments



Friday, September 15, 2006

KEMBALI KE BUMI LEEDS

Assalamu'alaikum...

Pada tanggal 11hb September telah ke KLIA dan check in. Pada jam 3.55 pagi 12 September, bermulalah perjalanan kembali ke tempat orang. Huhu...sedih2...cuba teka transit bape jam kat Doha? Jawapannye ialah...20 jam. Bukan pe, ade perubahan pada jadual patutnye turun Manchester, die turun London. Maka, transit la 20 jam semata-mata untuk mendarat di Manchester...lagi rela dari turun London kot...Nway, sangat bersyukur sebab kat Doha telah diberi apartment dan makanan percuma sehari suntuk itu. =) Maka berlepak-lepakan dengan amannya selama 20 jam... Cumanya tak dapat la nak jenjalan di Doha kerana cuaca yang panas...lagi panas dari Malaysia...

Sampai di Leeds terus menuju ke rumah fiza...Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkan urusan pemindahan barang ke asrama kami dari rumah fiza...Bilik pulak tahun ni besar jugak...sebab bilik ni asalnye bilik untuk orang yang disable...jadi luas sebab nak muatkan wheelchair mereka...comel... =) rak pendek...notice board pendek...suis lampu pendek...Cuma sunyi sikit...tak meriah macam dulu...sebab dah terpisah dengan geng2 lain...duduk dengan akak-akak yang sudah bz bz di hospital sumenye...

Memula dapat tajuk assignment What is Disability....kemudian dapat bilik utk org disable...rentetan yang menarik...Hanya ALlah yang tahu ape maknawinye...=)

Alhamdulillah...syukur atas segala nikmatNYA...

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya..."

(Surah Ibrahim: Ayat 34)




Allahua'lam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:29 am"

(0) comments



Friday, September 08, 2006

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI

Assalamu'alaikum...

Dear blog,

Inilah tempoh terlama diri ini tidak menulis apa-apa di blog ini. Bukan apa, internet di rumah memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi jika menggunakan desktop yang sudah uzur ditelan zaman. Laptop pula bermasalah dan dihantar servis agak lama. ALhamdulillah, sekarang laptop dah ok, jadi, ada juga kesempatan untuk mengupdate blog yang telah ditinggalkan sekian lama ini.

Tidak ada apa yang ingin diperkatakan. I'm going back to Leeds this coming Tuesday. Probably will arrive on Wednesday. I'm hoping for a better academic year with better results and more good deeds. I'm glad some 'adik-adik' will join us in Leeds soon. I've already got the title for this term's assignment ---> What is disability?...The new term has not started yet, but the university has sent us emails to tell us what title we get for the assignments...during our nice holidays...huhu...sooo nice of them eh?

By the way, anyone who has got any information about Sports and Islam, please send the info to me before 30 September eh. Or do send me pictures as well. I've been picked up by my dear director of Leeds Game to be the person incharged for exhibition on sports and Islam...well well well..Let's look and see...I don't have any ideas right now...what to do, what to put on the board, or even the design of the board. Let's pray to ALlah that all of us who are involved in the event will work only for the sake of ALlah, and not for any other course....

Allahua'lam...[Please excuse my rusty english...not practicing english since 18 june 2006...i wonder how could I start my assignment again...]


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:29 pm"

(2) comments



ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Asma ALlah by Sami Yusuf

Ethics

Jijik

Kembali ke Leeds

Sebuah Novel Drama

Moral yang merudum

AQ peringkat akhir musim kedua

Negaraku merdeka

Damai bertemu keluarga

Perfectionism





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD