M e n c a r i R e d h a I L a h i
Sunday, July 08, 2007

DAMAI BERTEMU KELUARGA

Assalamu'alaikum wbt,

ALhamdulillah aku telah selamat tiba di tanah air pada hari Rabu yang lepas. Sekali lagi aku bercuti dengan hati yang tenang kerana aku lulus Tahun Kedua sebagai pelajar perubatan. Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Yang Maha Memberi. Tanpa rahmah dan pertolonganNYA pasti aku tidak dapat mencapai kelulusan tersebut. Perasaan damai bertemu keluarga tidak dapat ku gambarkan. =)

Dua hari selepas ketibaanku di rumah, aku digembirakan dengan kehadiran parcel daripada rakanku (cik doyot yang cumil). Apa tidaknya, novel tulisan Habiburrahman El Shirazy yang terbaru di Indonesia yang bertajuk Ketika Cinta Bertasbih diposkan kepadaku! Terima kasih banyak-banyak doyot kerana bersusah payah membelikan dan mengeposkan buku ini kepada aku ni. Heh..Nanti akan ku bayar ya. =)

Buku tulisan Kang Abik seperti biasa temanya pasti tentang cinta. Ku kagumi usaha beliau yang cuba mendidik manusia tentang cinta sebenar yang diredhai ALlah dan konsep cinta hakiki kepada Sang Pencipta yang seringkali dipandang enteng oleh manusia dalam bentuk penulisan novel yang aku yakin pasti mampu memberi bekas kepada anak-anak muda yang sekarang sangat liat untuk menghadiri majlis ilmu. Mahupun yang telah mempunyai pengetahuan tentang cara pergaulan dalam Islam, tidak semestinya diaplikasikan dalam kehidupan dan ceritera seperti novel-novel Kang Abik mampu memberi penceritaan deskriptif dan memberi gambaran yang 'hidup' tentang tema utama dalam kebanyakan novel Kang Abik.

Kang Abik sentiasa berjaya menyampaikan mesejnya terus menikam di dalam hati aku sebagai pembaca. Tidak bosan membaca karangannya kerana terselit pelbagai aspek lain yang menjadi penghidup cerita. Kang Abik berjaya mendidik pembaca tentang masalah fiqh dan kehidupan beragama di dalam novel-novel karangannya. Karekter watak utama dalam novel Ketika Cinta Bertasbih (Azzam) yang mempunyai jati diri yang tinggi berjaya memotivasi diriku dalam menghadapi kehidupan sehari-harian. Ternyata, pandanganku tentang definisi kejayaan dalam hidup berubah apabila selesai membaca novel ini.

Ternyata aku terlalu memuji Kang Abik. Tapi, bacalah dan anda pasti mempunyai pandangan yang sama denganku. Aku menanti-nanti novel Ketika Cinta Bertasbih 2 akan dipasarkan di toko-toko buku di Indonesia (Novel Ketika Cinta Bertasbih ini adalah novel dwilogi). Kalau ada sesiapa yang nak hadiahkan kepadaku mana-mana novel Kang Abik yang belum ku miliki, ini pesananku: Cari versi Indonesia. Aku tidak mahu versi Bahasa Melayu kerana sasteranya telah hilang dan sudah hilang kesedapan membacanya. Novel itu jadi tidak hidup.

Cukuplah aku bercerita tentang novel itu. Aku berharap cuti kali ini cuti yang dapat ku manfaatkan sepenuhnya dengan baik selain menjadi suri rumah sepenuh masa yang berjaye..hehe..Ayah pun dah pasang streamyx semata-mata untuk anaknya senang nak buat keje. Uhu..Manakan dapat ku balas kasih sayang dan jasa kedua orang tuaku. Selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti dan selamat meneruskan perjuangan bagi mereka yang masih menempuh peperiksaan atau baru masuk sem baru bagi rakan-rakan di Malaysia.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk memainkan peranan dalam menghadapi suasana masyarakat di tanah air yang semakin pincang, institusi keluarga yang semakin porak peranda dan anak-anak muda yang semakin tidak punya hala tuju.


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:22 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Perfectionism

Jenguk-jenguk luar negara

Revival

Mereka permata hati saya

Sedih lagi menyedihkan

Ayat-Ayat Cinta Bahagian 2

Ayat-ayat Cinta

Masa

Laptopku

Treatment of the sick by reassurance and encourage...





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD