Nota:
cometh = comesSimply an archaic form."(e)th" has been replaced by "(e)s" as the ending for the third person singular form in the present tense.
Cometh the hour, cometh the man is the usual phrase.
It seems to mean, ''When a time of need arises, a man to do the job will appear.''
Cometh The Hour
By Catherine Mayer
Time Magazine June 4, 2007, Portfolio section, page 40IT WAS GORDON BROWN'S BIG day, the launch of his campaign to replace Britain's outgoing Prime Minister Tony Blair. Any serious contenders had already hung up their gloves, unwilling to challenge the heavyweight politician Blair once dubbbed the "great clunking fist".
Brown's prize was certain; his campaign would turn into a cross-country victory tour. Yet he arrived at the London launch venue not in pomp and plendour but by crowded Tube train. "There was a classic British silence on board. Nobody stared," says Tom Stoddart, a photographer who traveled with Brown for TIME, exclusively chronicling 10 days of his life as Prime Minister-in-waiting. Brown too, acted as if this were a trip like any other, averting his gaze from a newspaper across the aisle emblazoned with his own unsimiling face.
Until June 27, when Blair stands down, Britain effectively has two premiers: one traveling the world to bid farewell, his successor on a meet-the-people mission as he prepares for power. Stoddart, who also accompanied Blair on his election campaign in 1997, observes:
"Brown is going to be a very different sort of leader. He spends a lot of time listening to people one-to-one. Blair was more hit-and-run." The photographer has watched the outgoing Chancellor relax into his new role, but says there are still limits to his patience with the imagemakers assisting him: "Whenever they come at him with a comb, he's like a young child and bears their attentions for a while before ruffling his hand through his hair."
Puji-memuji Blair-Bush dalam kejian rakyat
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7800&Itemid=89Subky Abdul Latif Tue May 22, 07 06:11:11 PM
Tony Blair tidak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain pada 27 Jun ini atas kehendaknya sendiri, tetapi adalah atas tekanan tekanan rakyat dan Parti Buruh yang dipimpinnya.
Sejurus selepas mengumumkan pengunduran dari pimpinan Parti Buruh, Tony Blair berangkat ke Rumah Putih, mengadakan pertemuan perpisahan dan bersama mengadakan sidang media di taman di belakang Rumah Putih.
Dalam sidang media itu Blair memuji Presiden Bush sebagai pemimpin agung dunia dan kawan paling akrabnya. Bush juga memuji Blair sebagai pemimpin agung juga dan rakan yang payah dilupakannya.
Kedua-duanya seronok kerana mereka sekata, tetapi wartawan bertanya Bush adakah dia akan dapat kawan seperti Blair selepas ini?
Bush harap begitu tetapi dia pun tidak tahu. Blair yakin Gorden Brown yang sudah pun menjadi pemimpin Parti Buruh yang baru adalah seorang yang mahu terus berkawan intim dengan Amerika.
Bush memang patut memuji Tony Blair kerana sanggup menjadi sekutu pak turut kepadanya. Dia dapat menjadi seorang yang sangat berguna kepada Bush, kerana semua perancangan jahatnya, kata bekas Presiden Ameika Jimmy Carter, diterima Blair secara membuta-tuli.
Jimmy Carter berkata benar, kiranya Tony Blair tidak menjadi kawan yang membuta-tuli, maka kekejaman Amerika dan tentera sekutu di Iraq tidaklah seteruk yang ada sekarang.
Dasar gila Bush untuk melanggar Iraq dan Afghanistan itu mungkin tidak dapat disekat, tetapi kalau Tony tidak jadi pak turut yang sangat pandir, menjauhkan diri dari kejahatan perancangan Bush, kalau pun Bush tidak dapat dihalang, tetapi Iraq tidak hancur seperti sekarang dan perang tidak mungkin berlaku begitu panjang.
Bukan mustahil kiranya Tony Blair boleh bersikap tidak seronok dengan niat buruk Bush seperti sikap Presiden Chirac dari Perancis dan bekas Canselor Shroeder dari Jerman, dasar gila Bush itu mungkin tidak terjadi.
Yang amat menyeronokkan Bush ialah kebodohan Blair yang mengikut saja apa Bush kata, malah lebih malang Blair sanggup berbohong kepada Parlimennya tentang senjata pemusnah raksasa yang dikatakannya dimilik Iraq. Percaya kepada pembohongan itu Parlimen meluluskan dasar Blair untuk berperang sama di Iraq.
Tony Blair sebelumnya adalah seorang pemuda yang pintar dan cerdik. Dalam usia yang begitu muda dia dapat menjadi pemimpin Parti Buruh dan membina semula Parti Buruh yang hancur semasa kekuasaan Margaret Thatcher. Hampir dua dekat Parti Buruh lumpuh.
Di bawah pimpinannya Parti Buruh menumbangkan kerajaan Parti Konservatif yang selepas pimpinan Thatcher dipimpin oleh Perdana Menteri John Major. Dia menjadi Perdana Menteri Britain yang paling muda ketika usia 40an.
Di bawah pimpinannya Parti Konservatif pula mengambil giliran sebagai parti yang hancur seperti Parti Buruh sebelum dipimpin Blair. Tiga kali pilihan raya umum berturut-turut parti itu kalah teruk. Ketika Blair baru menjadi pak turut Bush itu, Blair masih mampu membawa kemenangan kepada Parti Buruh.
Kehabatan Tony Blair itu dikagumi dan dihormat oleh semua pihak. Tetapi kejadian 11 September 2001 telah menjadi Blair seorang bijak yang sangat dungu.
Ketika pihak di Eropah tidak mahu menyertai peperangan di Iraq seperti dalam perang pertama di bawah George Bush Senior, Blair cuba membuktikan sikap setia kawan yang tak berbelah bagi kepada Amerika. Sokongan bodohnya itu menyebabkan NATO jadi bodoh sama.
Bush rasa dia beruntung dalam kawan seperti Blair, tetapi Blair yang entah apa sudah jadi, berjaya menjadi pak turut kepada Bush tetapi tidak menjadi sahabat Amerika yang baik. Seorang sahabat mesti membantu sahabatnya supaya tidak terjerumus dalam kancah kebinasaan.
Bush sudah berjaya membodohkan Kongres Amerika. Bush berjaya jmenunduk dan membodohkan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi Blair memberikan nasihat yang jujur kepada Bush dan mengelak dari menjadi Britain sebagai negara pak turut nombor satu kepada pentadbiran Bush.
Rakyat Amerika dan rakyat British cepat sedar bahawa sokongan Blair itu membawa malapataka kepada bukan saja Iraq tetapi Amerika, Britain dan dunia seluruhnya.