Tuesday, April 10, 2007
MASAAssalamu'alaikum wbt...
Masa..."Aku tak cukup masa" keluhan yang seringkali diluahkan oleh manusia. Huhu. Aku pun tidak terkecuali. Tapi bila pk pk balik, masa nak layan benda-benda tak berpekdah banyak pulak. Kalau ulama' zaman dulu boleh khatam Quran dalam satu hari, atau boleh baca berjuzu'-juzu' Quran dalam satu hari dan dapat menulis kitab-kitab agung mereka yang akhirnya menjadi rujukan kita pada masa sekarang, sedarlah aku bahawa masa itu ada keberkatannya bagi mereka yang benar-benar menggunakan masa kerana ALlah.
Apabila adanya keberkatan masa, tidaklah terjadi atau terkeluar luahan, "aku tidak cukup masa"...Walaupun masa yang ada sedikit, namun hasil daripada pekerjaan yang dilakukan dalam masa sedikit itu menyamai hasil pekerjaan daripada masa yang digunakan dengan banyak oleh orang lain semata-mata kerana keberkatan masa, yang mana hanya ALlah yang dapat memberikan keberkatan masa itu.
Jadi sekarang, aku tengah terkontang-kanting menguruskan kehidupan. Assignmentku tidak dimulakan lagi. Mungkinkah aku akan dikurniakan keberkatan masa oleh ALlah? Huhu...Sungguh silap soalan tu aku tanya kepada diriku sendiri, sepatutnya aku bertanya, cukupkan usahaku untuk aku dikurniakan keberkatan masa oleh ALlah. Ye, itu soalan yang patut aku tanya pada diriku. Berangan-angan ingin mendapatkan keberkatan masa, tapi perangai tah pape...Balqis...balqis...Bila nak berubah ni????
Nevertheless, terasa nak buat video semula disebabkan ada dua orang dah request nak video Cinta Teragung yang dibuat suatu masa dulu [
http://youtube.com/watch?v=xclyYBVoo14] Ada yang nak tayang kat program. [
Huhu...Terima kasih kerana menghargai video yang dirasakan serba kekurangan itu yang dibuat oleh orang yang tak capai tahap amateur pun]. Tapi sekali lagi, alasan masa tu tak abih-abih kuar dari mulut diri sendiri. Astaghfirullah...Moga aku dikurniakan kekuatan agar tidak menyalahkan masa kerana memang masa tak bersalah...AKU YANG BERSALAH!
"Masa Ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu" - Aku memotong atau aku dipotong??? isk...
Surah Al-Asr103:1 CONSIDER the flight of time!
WaalAAasri
103:2 Verily, man is bound to lose himself
Inna alinsana lafee khusrin
103:3 unless he be of those who attain to faith, and do good works, and enjoin upon one another the keeping to truth, and enjoin upon one another patience in adversity.
Illa allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati watawasaw bialhaqqi watawasaw bialssabri
wassalam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 1:13 am"