M e n c a r i R e d h a I L a h i
Thursday, November 16, 2006

ANTI ZIONISM IS NOT ANTI SEMITISM

Assalamu'alaikum wbt...

ALhamdulillah sekali lagi kami di Leeds berpeluang menghadiri sebuah ceramah di universiti kami yang bukan sahaja dihadiri oleh pelajar-pelajar universiti, malahan pakcik polis pun hadir juga. Terasa macam nak berdemonstrasi pula...Siap kene tunjuk uni ID card lagi. Al-maklumlah, tajuk yang bakal dibentangkan adalah satu tajuk sensitif lebih-lebih lagi universiti kami ini sangat terkenal dengan keramaian dan kekuatan Jewish Society, Islamic Society, malahan Ahlul-Bayt Society (Shiah) pun kuat juga...Freedom of speech tu tak yah nak kate la...sungguh bebas...Bak kata pepatah kat uni kitorang ni macam-macam ada...

Butiran yang dipaparkan di skrin sebagai latarbelakang ceramah ialah:

Anti Zionism IS NOT Anti Semitism
A Talk followed by questions
By
Orthodox Jewish Rabbi: Ahron Cohen
Organised by Palestinian Solidarity Group (PSG)
University of Leeds



Ada je gambar Rabbi ni yang diambil live pada petang tadi, tapi Fariha tak upload lagi. gambar rabbi yang kat bawah ni diciluk dari internet...



Suasana sungguh tegang walaupun ceramah belum lagi bermula. Berbondong-bondong orang Jewish yang merupakan pelajar di universiti kami datang untuk menghadiri talk ini. Kopiah kecil di kepala dan raut muka yang sama dan cantik dan kacak orang-orang Yahudi ini menyebabkan mereka mudah dikenali dengan sekali pandang. Separuh yang hadir orang Yahudi, separuh lagi orang Islam, dan sebilangan kecil orang Kristian yang berminat dengan isu ini.

Segala-galanya seperti telah dirancang. Sebelum ceramah bermula lagi telah ada seorang jewish rabbi yang tak orthodox ni bising-bising la kate Ahron Cohen ni tak de mandat untuk bercakap tentang hal ini yang berkaitan dengan agama Judaism ini. Bising-bising, teriak-teriak, akhirnya dia dihalau keluar dari conference auditorium setelah gagal memenuhi nasihat pengendali majlis yang memintanya untuk senyap dan menghormati majlis. [Saya rasa diorang dah plan ni...saje nak bangkitkan dan menyemarakkan api pelajar-pelajar jewish yang hadir]

Berbalik kepada isi yang disampaikan oleh Ahron Cohen. The main point that he said about zionism and semitism is they are mutually exclusive concept. Tetapi zaman sekarang adalah zaman di mana masyakarat sedunia menyamakan Zionist dengan Jewish dan Zionism dengan Judaism dan hal ini perlu diperbetulkan semula.

He said: Judaism is a way of life. How they have to live a life by giving service to the Almighty from the cradle to the grave. It is a divine revealation as described in the Bible and is handed to generation. But Zionism is recent, secular, irreligious philosophy, involves mainly materialism, no particular religious belief and moral.

Judaism views on land and country:
In order to stay in the holy land, the jewish has to maintain high religious and moral content, if not they are exiled from the land by the God the Almighty. They should not fight against exile and to get back the holy land is not by force but to practice high religious and moral content again.

Zionism views on land and country:
It is secular nationalistic. Zionism is practiced by people who are discarding their religion. Zionism don't believe the exile is by divine decreed. Zionists wish to force out their way of exile by force. It is incompatible with Jewish teaching.

Jadi kesimpulannya, untuk kita anti-semitism adalah suatu yang tidak rasional kerana kita bersikap racism meskipun bukan semua Yahudi yang beraliran zionisme. Anti-zionism is a logical and rational opposition because it opposed a philosophy or idea rather than people.

Jadi, itulah sedikit sebanyak perkara yang dibentangkan oleh rabbi itu dengan penjelasan yang lebih mendalam. I think you got the point straight away. Kemudian, sesi soal jawab dan memberi komen pun bermula. Sudah pastilah berapi-api golongan zionis yang hadir mendengar penjelasan rabbi itu...dan bertubi-tubilah soalan yang dikemukan....ada soalan yang bila kita dengar, terasa seperti naifnya manusia-manusia ini. Langsung tidak mahu berfikir. Hanya tahu menyalahkan orang dan bersikap "aku betul" sepanjang masa. Sesi ini sungguh panas, dihangatkan lagi dengan bunyi-bunyi ejekan yang langsung tidak menunjukkan ketamadunan bangsa itu yang telah begitu lama bertapak di atas muka bumi ini. Tidak dinafikan golongan muslim pun bersorak-sorak juga, tapi tak adalah sampai mengejek-ejek dan mempersendakan pendapat orang lain.

Berikut saya sertakan beberapa soalan yang saya masih ingat kerana kenaifan soalan itu dan kerana saya memang dah lama nak tahu pasal tu:

1) Soalan: Kalau Israel tak ada, nanti orang Yahudi yang sedang menetap di Israel nak tinggal kat mana?
Jawapan rabbi: Tak perlu ada negara khas untuk orang Yahudi seperti juga bangsa lain, mereka tiada negara yang khas untuk bangsa mereka, kenapa kita perlu ada,. tambahan lagi dengan menggunakan kekerasan dan kekejaman yang tidak diajar dalam agama kita yang sebenar.

2) Soalan: Agama kita (Judaism) memang nakkan kedamaian...Tapi sekarang masalahnya kenapa orang Palestin dok berperang-perang dengan Israel. Tak boleh ke kita duduk aman Israel dan Palestin sebelah menyebelah?
Jawapan rabbi: Kalau orang menceroboh rumah awak, dan setelah menceroboh, orang itu mengajak awak untuk berdamai, awak terima ke? Sama la jugak dengan situasi di Palestin. Orang dan ceroboh negara dia, tetiba nak ajak berdamai? Logik?

3) Soalan (ditanya oleh orang Islam): Sebagai seorang yang arif dalam agama anda, boleh tak anda quotekan verse dalam kitab anda yang mana ada ayat mengatakan membunuh orang lain yang bukan beragama yahudi adalah salah satu contoh pengabdian kepada tuhan?
Jawapan rabbi: Itu bukan ajaran Yahudi.
(Saye: pernah dengar jugak benda ni...nampaknya ni zionism punye dalil rekaan la nak pengaruhi orang untuk menubuhkan negara israel tak?)


Tu la sedikit sebanyak soalan yang boleh saya kongsikan bersama...Semestinya membaca dalam email dan mendengar dalam mp3 tidak sama dengan pengalaman jika kita hadir…

oleh itu, sekiranya anda ada kesempatan untuk hadir ke mana-mana ceramah yang dianjurkan oleh sesiapa, marilah sama-sama kita merajinkan diri sementara masih bergelar seorang pelajar.....Nanti dah kerja, lagi susah nak bahagi masa....

By the way, kat luar before masuk conference auditorium tu, Jewish Society ada edarkan leaflet...mengecam rabbi Ahron cohen ini...sian Ahron Cohen yang sudah sangat tua ini....saya taipkan la jugak sket [tak sume] ape yang dalam leaflet ini untuk tatapan semua [memula terasa nak scan...tapi malas pulak nak scan kat school...saye taip je la ye]....meh tengok perangai golongan zionists ini....

___________________________________________________________________

Ahron Cohen...An Orthodox Jewish Rabbi?

Religious Dress? - Yes
Rabbinic Beard? - Yes
Jewish Sidelocks? - Yes
Very Jewish name? - Yes
Representative of Jews and Judaism? - NO

Ahron Cohen is a member of Neturei Karta, a group which constitutes less than 0.007% of world Jewry. (Only slightly more than the percentage of residents who maintain that the earth is flat)

The group have openly "proclaim[ed] allegiance to the new Hamas regime."

Hamas states in its charter: "The Day of judgement willl not come about until Moslems fight the Jews (killing the Jews) when the Jew will hide behind stones and trees. The stones and trees will say O Moslems, O Abdulla, there is a Jew behind me. come and kill him."

Due to their religious beliefs copuled with support for terrorist organisations, support for genocide and tacit approval of holocaust denial, Neturei Karta has been excommunicated by ALL other Jewish communities and organisations.

The United Orthodox Communities of New York, an umbrella organisation of alll the ultra orthodox communities said the following about Neturei Karta:
- "We hereby reiterate and declare that Hareidi/Hassidic/Orthodox Jews everywhere absolutely reject the treacherous and contemptible conduct of that insignificant and irrelevant groups of misfits"
- "We again demand that rabbis and community leaders of all communites ensure that members of this group are refused entry to all houses of prayer.

Cohen himself is barred from entering most synagogues in his home town and nowhere in the city will allow him to lead or play a communal role in services.

PLEASE ENJOY THE TALK BUT RECOGNISE THAT AHRON COHEN DOES NOT, IN ANY WAY, REPRESENT THE JEWISH STUDENTS OF LEEDS UNIVERSITY AND OVER 99% OF WORLD JEWRY. FEEL FREE TO CHALLENGE ANY OF HIS OPINIONS.

-End of leaflet-




ALlahua'lam...moga bermanfaat...bagi sesiapa yang ingin mendengar rakaman mp3 talk ini sila download di link berikut...[hasil ihsan nadiah yang merekod dengan handphonenye]

http://download.yousendit.com/67D23B2B5B2BCB7E

Mungkin sedikit sebanyak anda dapat membayangkan ketegangan suasana di dalam conference auditorium kerana dalam rakaman tu ada sorakan, pekikan dan sound effects yang menarik... =)...wassalam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:27 pm"

Comments:
Jzkk for the info. Tringin nak pergi tapi tertidor plus exam next day. Very informative indeed. Mmg orthodox jewish mostly against zionism.
 
di website ihrc pun ada full recording untuk event yang lebih kurang macam ini, but more detailed though.
 
thx 4 sharing..quite informative, enlightened la sdikit sbyk slps baca post ko ni, if ada masa nnt i'll come back and listen to da mp3 ceramah..keep on blogging, study lelok:)
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Budak kecik pun bersungguh-sungguh

What is disability

PUISI 2006

Pemahaman Al-Quran cerminkan tahap umat Islam Mala...

Nur Syahadah

Ramadhan

Kembali ke bumi Leeds

Setelah sekian lama menyepi

Al-Quran dan otak kanan

Lamanya tak update





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD