M e n c a r i R e d h a I L a h i
Monday, October 16, 2006

WHAT IS DISABILITY

Assalamu'alaikum...

Itulah padahnya membuat kerja bertangguh-tangguh, sekarang dah rasa tak tentu hala. tinggal beberapa minggu sahaja nak hantar first draft Literature Review yang diri sendiri tak tahu nak buat macam mana. Bilangan patah perkataan pun makin bertambah berbanding dengan first year dulu...huhu..3000 patah perkataan...semoga ALlah memberikan ilham yang bernas utk kami menulis lit review ini...huhu...

Baru sahaja menjenguk-jenguk laman web WHO untuk mencari apakah itu International Classification of Functioning, Disability and Health (ICF)...Literature lain tak bace lagi...huhu..salahkan diri sendirik...nway, sepanjang melayari laman web WHO tu, terjumpa la pulak gallery photo contest ICF [lain yang kene cari, lain yang balqis tengok]....sangat impressed la pulak tengok gambar-gambar tu. Saje nak share dengan sume orang beberapa gambar yang saye suka...tapi kalau korang nak tengok semua gambar-gambar tu, [dari tahun 2001-2005 kot kalau tak silap] boleh la ke link ini:

http://www3.who.int/icf/icftemplate.cfm

Walaupun ada orang yang disabled, tapi selalunya orang yang disabled ni ada kelebihan yang lain. Boleh melukis dengan cantik, boleh menghafal dengan mudah dan lain-lain keistimewaan yang kita sendiri tidak sangka. Jadi, itu menunjukkan ALlah itu Maha Adil. Hari tu kat Leeds Grand Mosque, ade Muslim Deaf Association punye wakil announce kat depan mintak derma. Sedih pulak tengok die. Sedih bukan ape, sedih dengan diri sendiri...Tubuh badan dah sempurna, tapi masih lagi tak bersyukur, masih lagi nak lawan cakap Pencipta...masih lagi tidak boleh menggunakan sepenuhnya anugerah ALlah ni untuk menyebarkan kebenaran....

Ok la..papehal pun, jom kite letak mode art appreciation...tengok jangan sekadar tengok...tengok dengan berfikir...Allahua'alam....


All pictures are taken from WHO ICF website...copyright














"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:02 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

PUISI 2006

Pemahaman Al-Quran cerminkan tahap umat Islam Mala...

Nur Syahadah

Ramadhan

Kembali ke bumi Leeds

Setelah sekian lama menyepi

Al-Quran dan otak kanan

Lamanya tak update

ALlah is enough for me

Pulang ke Tanah Air





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD