M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, June 16, 2006

PULANG KE TANAH AIR

Assalamu'alaikum...

Saat saye menaip ini, jam komputer telah menunjukkan pukul 2.43 petang, Argentina tengah lawan dengan Serbia [saye tak minat...flatmates la ni tengok, tumpang tv kak izati]...hehe...Malam ini saya dan rakan-rakan akan tidur di Manchester Airport sebab esok kami akan pulang ke tanah air setelah sembilan bulan menghadapi tekanan mental belajar ilmu tabib di negara orang. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami ye.

Laptop kesayangan inilah benda paling akhir sekali disimpan. Sungguh lama tak mengupdate blog. Bukan tidak mahu, tapi sangat sibuk hinggalah ke hari ini, barulah ada masa terluang sedikit. tak tahu nak tulis ape ni sebenarnya. Cumanya nak pesan, jgn dilalaikan dengan world cup yg bersifat sementara. Tahu mana satu yang perlu diutamakan. Jika masa utk berjumpa ALlah tu dah sampai, tinggalkan ler bola itu mahupun apa2 rancangan televisyen yang ada contohnya: shin chan atau beauty and the beast atau dr.house dan atau atau yang lain [pesanan utk diri sendiri khususnya] huhu..

Sangat berazam untuk tidak membuang masa waktu cuti ini. Banyak je plan dalam kepala ni. Moga2 tercapailah segala azam itu...okie dokie. I'll miss my room because I'll be getting a new room next term.. [huhu...susahnya dah attached dgn bilik ini]. I'll miss my flatmates because I'll be getting new flatmates next year...Sebenarnya tak patut bersedih, patut happy je..mesti ada hikmah kita terpisah tower ni...cthnya: saye akan rajin melepak ke flat korang nanti..heheh..[mesti fariha bengang =P]

Selamat bermusafir bagi yang nak bermusafir. Jenjalan tu kita sama2 la tengok kebesaran ALlah ye. The signs are everywhere. We just have to look. cuti bukan maksud cuti beribadat...cuti bukan bermaksud beronggeng tak tentu hala. Di mana sekalipun bumi dipijak, di situ agama ALlah dijunjung...wallahu'alam...

[ikan keli masak lemak oleh mak tersayang, celoteh ayah yang tak berhenti-henti, yong yang garang tapi baik sebenarnye...hehe..dan gelagat sepupu2 dan keropok lekor dan air tembikai memanggil-manggil...pray for us, may we have a safe journey...ameen]

p/s: ummu afeera, akak boleh je join blog tu, cumanya, I cannot promise that I'll frequently update the blog with my own writings or articles that are copied and pasted.


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:46 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Hasbi Rabbi

Doa itu senjata orang mukmin

Hmm..

Islami Ya Quds

The Scholars have spoken

Mercy Like The Rain

Kisah Ashabul Ukhdud

Koleksi gambar yang disukai

Gubra

Dunia Baru Islam





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD