Saturday, July 08, 2006
LAMANYA TAK UPDATEAssalamu'alaikum...
Dah lama rasanya tidak menaip di blog ini. Sibuk dengan hal-hal duniawi. Hari tu ada program kat sekolah menengah terchenta kat Seremban. Sangat gerun la turun dekat Terminal 1 tu. Huhu...Suasananya lebih menakutkan daripada suasana di UK. Saye tak exaggerate la ni. Tidak tahu apa orang lain rasa, apa yang pasti, saya berperasaan sedemikian. Melihat manusia-manusia yang telah pun mendapat pendidikan agama Islam semasa berada di bangku sekolah lagi, tidak kira sekolah rendah atau sekolah menengah tetapi tidak mempamerkan akhlak dan perlakuan seperti seorang muslim lebih menakutkan daripada melihat orang kafir yang tidak tahu apa-apa berpelakuan dua kali lima seperti mereka yang terbabit di stesen bas utama di Nogoghi Sombilan itu. Rindunya zaman persekolahan. Seronok je belajar. Tak de la stress sangat. Sekolah sekarang dah skema lagi la. Cat bangunan pun dah jadi tak cun dah. Semakin berkurangan ke'antik'an bangunan lama tu. It's good to see more people pray at the surau during maghrib and isya' prayers compare with our time. ALhamdulillah... =)
Macam-macam yang berlaku di tanah air semenjak dua menjak ini dan saya harap saya tidak ketinggalan dalam mengikuti setiap daripada isu-isu dan iklan-iklan yang wujud dalam media massa sekarang ini. Iklan syampu sunsilk yang terbaru pun sangat menarik perhatian saya. Sakit kepala datang waktu tengok iklan itu. Huhu. Terasa tanggungjawab jatuh "bedebuk" dekat bahu ini walaupun sebenarnya memang dah terpundak lama dah dekat bahu semua orang Islam. Tidak faham apa motif kehadiran sang jejaka di saat-saat akhir iklan tersebut. Mesej iklan itu pasti tersampai jua kepada para penonton meskipun babak sang jejaka itu tidak wujud dalam iklan tersebut. Itulah dia, tertonjol sangat ketidaktahuan si pereka iklan dan si pelulus iklan tentang hukum islam yang sepatutnya diambil kira. Jangan nak kata si jejaka itu dan si model iklan bertudung biru itu suami isteri pula. Kata orang, jangan banyak cakap. Kalau pandai, buat iklan sendiri. Tidak mengapalah. Tidak perlu dipedulikan apa orang cakap sebab kadang-kadang orang cakap selalunya berpandukan emosi semata-mata. Lagi-lagi orang Melayu. Memang patut pun ada lagu "angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk". Kalau betul orang berfikiran rasional, dah lama dah orang fikir dan mendalami apa orang lain cakap. Tapi kebanyakan orang termasuk diri sendiri mudah melenting kalau apa yang dinasihatkan bercanggah dengan kepercayaan dan pegangan hidup diri sendiri.
Perihal sikap orang Melayu yang malas berfikir ini ada kaitannya dengan isu Tun Mahathir dan kabinet menteri sekarang. Kalau ada masa, beli vcd yang mana Tun M memberi penjelasan kenapa beliau 'bising' juga walaupun telah diberi arahan untuk senyap. Saya quote beberapa baris ucapan beliau [daripada vcd penjelasan] yang saya fikir patut untuk kita fikir-fikirkan:
"Dulu saya suka sebab suma orang sokong saya. Dulu saya ingat depa sokong saya sebab saya buat benda betul. La ni baru saya tau depa sokong saya dulu sebab saya perdana menteri, bukan sebab saya buat benda betul..."
Mendalam maksud Tun Mahathir ni. Kita kena hati-hati. Dengan sikap orang Melayu yang suka sokong dan suka angguk mengkhinzir buta ini, silap-silap, Negara kita kemungkinan akan dijajah semula.
Hmm...tu je kot kali ini. Dah ngantuk dah ni. Lepas ni sunyi la rumah. Yong dah balik semula ke Skudai. Huhu...sedihnya. Ok la. Tahu tak de orang dah nak baca saye merepek. Ok ye. Jaga diri elok-elok semua. Wassalam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 12:27 am"