Thursday, April 28, 2005
NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANGAssalamuálaikum...
di sini ana nak share sket ending artikel yg ditulis oleh ustaz hasrizal dalam website beliau...unuk dapatkan artikel penuh, sila klik ke link berikut...
http://www.saifulislam.com/artikel/nasyidkini/nasyidkini.htmlBagi yg masih tak tau, www.saifulislam.com adalah laman web ustaz hasrizal..bace la selalu...menarik...di samping tu dapat download lagu nasyid yg menaikkan semangat berjuang juga...insyaAllah...
ok..tadi ana janji nak letak sket ending artikel tu kan..huhu..sebab rase mende tu menarik...
_____________________________________________________________________________________
Hinggalah ke hari ini, saya masih meminati nasyid walaupun usia sudah menjangkau 30an. Kisah-kisah itu tadi sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup saya. Tetapi saya gagal untuk terhibur dengan nasyid yang membanjiri pasaran hari ini. Bahkan jangan tersinggung jika saya katakan yang saya geli geleman dengan kebanyakan nasyid yang ada. Anak saya, Muhammad Saiful Islam tidak akan saya lembikkan dengan nasyid-nasyid itu. Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lembut gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan ia Saiful Islam, alangkah pincangnya 'Pedang Islam'ku menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife.
Kerana itulah saya berazam untuk menghidupkan koleksi nasyid pejuang melalui halaman web ini. Mungkin telinga sahabat-sahabat sekalian akan merasa sakit dengan bunyi kompang tajam dan rendahnya kualiti rakaman studio 24 trek di dalam mp3 berkenaan. Maafkan kami kerana semasa itu kami tiada duit. Nasyid tidak komersil. Ia hanyalah bahan hiburan pejuang. Pejuang yang berjuang...
ABU SAIF
10 Jumaada al-awal 1425
28 Jun 2004 _____________________________________________________________________________________
Jadi, pengajarannye, lepas nih tak yah la nak lawan sape nasyid best...raihan ke, inteam ke, unic nye...hakikatnye, nasyid kontemporari zaman sekarang memang tak de yg bercerite tentang perjuangan...setakat yang ana tau la...kalau korang jumpe la satu group nasyid kontemporari malaysia, melayu, yg ade nyanyi lagu yg meniupkan semangat berjuang dan jihad, sila bagi tau ana...ana akan usaha untuk membelinye. cuba dengar lagu WASIAT SYED QUTB. memang sungguh sungguh sungguh menyayat hati. terasa nak gi berjuang gak time tuh...tak caye tanye sarah..huhu...tol tak sarah?
wallahuálam....
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:23 am"