M e n c a r i R e d h a I L a h i
Sunday, May 01, 2005

UKHUWAH ISLAMIYAH

Apakah Sebenarnya Ukhuwah Islamiyah?

Ukhuwah islamiyah, adalah kekuatan iman sehingga melahirkan sifat (Perilaku) dalam semua aspek kehidupan dan tumbuh rasa cinta, kasih sayang antara sesama. Rasulullah SAW bersabda : "Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri" (HR.Bukhari-Muslim)


Dari sini tumbuhlah satu perilaku yang konkrit, seperti tolong menolong dalam ketaqwaan, sesuai dengan firman Allah SWT dalam Qur'an Surat Al-Ma'idah ayat3 : "Tolong menolong dalam ke Taqwaan dan Janganlah kamu tolong menolong dalam kesesatan".


Hakikat Ukhuwah Islamiyah

Dalam Al-Qur'an Surat Al-Fath ayat 29 Allah SWT berfirman "Muhammad itu pesuruh Allah dan orang-orang yang besertanya, keras terhadap orang-orang kafir dan berkasih sayang diantara sesama mereka, engkau lihat mereka ruku', sujud, mencari kurnia dan keredhaan Allah, pada wajah mereka terlihat tanda-tanda sujud."


Ukhuwah Islamiyah Sebagai Satu Sumber Kekuatan Dakwah

Dimanakah sumber kekuatan dakwah? Sebenarnya, kekuatan bermula dari kekuatan IMAN, kemudian diikuti oleh kekuatan Ukhuwah Islamiyah, kemudian barulah diikuti dengan kekuatan material dan organisasi.

"Kebanyakan orang menyangka bahwa timur kekurangan kekuatan material, peralatan perang, dan perjuangan untuk mereka bangun menyaingi ummat yang telah merampas hak dan menindas mereka. Anggapan ini ada benarnya, namun di sana ada lagi sesuatu yang LEBIH PENTING yaitu kekuatan ruh yang terjelma dalam AKHLAK yang tinggi, jiwa yang harmonis, mengetahui dan meyakini kebenaran, dan pengorbanan demi menunaikan kewajiban"

Disamping kekuatan iman dan ukhuwah adalah kekuatan ilmu, syaksiah, badan, dan kesatuan. Inilah yang menjadi kekuatan asasi. Setelah ini barulah diikuti dengan kekuatan organisasi, media, ekonomi, dan militer. Adalah anggapan yang keliru bahwa dakwah harus dimulai dengan kekuatan materi (kebendaan); kerana asas kekuatan awal adalah pribadi du'at itu sendiri, kemudian barulah diikuti dengan kekuatan yang lain. Hakikat ini telah terbukti di dalam sejarah dakwah itu sendiri.


Jadi kesimpulannye, kite kalau nak menjalinkan hubungan persahabatan atau ape jenis perhubungan sekali pun eg; pendakwah dan org yg didakwah, sumenye kene la kerana Allah s.w.t. baru la kite dapat merasai kemanisan pertemuan dan perpisahan itu. Ukhuwah Islamiyah adalah satu ikatan di mana hubungan yg dijalinkan itu dapat membawa kite lebih rapat dengan Allah s.w.t. Ikhlaskan diri dalam perhubungan, nescaya keikhlasan itu dapat dirasai oleh org yg kita jalinkan hubungan dengan. Meskipun keikhlasan itu sukar untuk dinampaki, [haha...bahasa melayu ape nih] tapi ana yakin, setiap keikhlasan seseorang itu akan di nampaki dan dirasai oleh org sekeliling. tak percaya? renung balik pengalaman pengalaman silam, nescaya kite akan percaya jugak.

Bila semua ummat islam ade bonding sebegini, insyaAllah, islam can rule the world once again. skrang nih tak, org nih tuding org ni buat salah.[diingatkan dalam hal aqidah tiada kompromi]. orang nih nak jaga tepi kain die je. Ummat Islam pecah belah. Sanggup jual maruah saudara seagama demi material duniawi yg bersifat sementara. Ingatlah kita semua bahawa sesungguhnya kita dimuliakan dengan ISLAM. Barangsiapa yg mencari kemuliaan selain daripada ISLAM, maka ALLAH akan mencampakkan kehinaan kepadanya.

wallahuálam...

p/s: tq kepada 5 org kanak kanak ribena yg sama sama gi main kat playground blakang apartmen staff pagi tadi...heheh..really enjoyed it. abis pekse kita main lagi nak? =P ukhuwah fillah abadan abada.....uhubukkunna illallah...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:55 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

EKSPERIMEN 5-S

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

Nasyid Rabitah Hati

Solat Sunat Istikharah

Pemuda Pemudi harapan Agama

Hujan yg turun bagaikan mutiara

Ujian, didikan terus dari ALLAH s.w.t.

KeredhaanMU

Detik-detik Terakhir kehidupan Insan Termulia

Cerpen menarik





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD