M e n c a r i R e d h a I L a h i
Saturday, March 11, 2006

SEGENGGAM TABAH

Assalamu'alaikum...

satu lagi lagu yg berjaya mencuri hati ini. Sedih bile dgr lagu nih...terasa tidak tabah langsung diri ini...hmm...putus asa bukan sifat orang mu'min...kene selalu doa semoga kita tergolong dalam hamba-hamba ALlah yang redha dengan segala ketentuan takdirNYA...kebergantungan pada ALlah is the key thing. Kesimpulannya, pasti berbalik ke benda yang sama iaitu keyakinan kita kepada ALlah, kepercayaan kita kepada ALlah, keterimaan kita bahawa ALlah itu pencipta kita dan DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Hmm...Tak mengapalah jika kita susah sedikit di dunia, moga di akhirat nanti kita beroleh kesenangan yang kekal dan abadi. Bersyukur jika diri ditimpa ujian, sebab bukan semua orang dapat peluang sama macam kita. Nikmatnya ujian ini, bila kita rasa dekatnya kita dengan DIA. Maka bersyukurlah kerana ALlah masih sayangkan kita sebenarnya. Akhir sekali ingin saya share satu kata-kata yang memang memberi semangat kepada saya bila tiba masa saya berada di bawah roda kehidupan:

"Orang mu'min itu jiwanya damai dah tidak mudah tergoncang...Ujian hidup baginya fitrah, sebagai mehnah...didikan terus dari ALlah sebagai tanda kasih sayang dan penghapus dosa..."

Moga semua orang tabah dalam menghadapi apa jua ujian dan cabaran. Kembalikan ingatan kita padaNYA, insyaALlah di saat itu terasa kemanisannya...[peringatan buat diri sendiri nih khususnya]

wallahu'alam...


p/s: lirik best, saye suke...ito lara yg tulis...terima kasih tak terkata buat eli yg bagi saye lagu nih...sape nak lagu nih, sila download kat link nih:

http://s40.yousendit.com/d.aspx?id=1RKULH283M8F121FRD2F3ZVU4X



Bagaikan camar pulang senja...Patah sayapnya tetap terbang jua




SEGENGGAM TABAH
Inteam

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar


Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 12:27 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Mendoakan

The Man Who Changed the World

Overseas Camp 2006

A must read article

Cerpen: Amanah Pemergianmu

Psychotic

Orang Yg Tidak Dikehendaki???

Bila jari menari lagi

Siap

Gigih





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD