Friday, August 10, 2007
SEBUAH NOVEL DRAMACuti ni, macam-macam buku yang saya baca. Uhu..Saje qadha' membaca...Kat uni sibuk tak sempat nak baca macam-macam buku selain mengadap buku-buku medic...isk..Di Atas Mihrab Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, Mengenal Diri dan Wali Allah dan Men are from Mars Women are from Venus adalah antara buku-buku yang telah saya khatamkan cuti ini. Tapi, Novel Drama oleh Faisal Tehrani yang berjudul Bila Tuhan Berbicara punya keunikan tersendiri dan seperti biasa,
another masterpiece by Faisal Tehrani!
Novel yang berfalsafah, berfakta, penuh dengan wacana tersendiri pengarang, sindiran-sindiran sinis pengarang memang menyebabkan hati saya tertaut untuk menelaah buku ini sehingga ke titik terakhir.
Pengarang tidak jemu-jemu menekankan dalam novel drama ini bahawa
"drama boleh menjadi satu gerakan, satu bom, satu desakan, satu kuasa untuk menggetarkan malahan satu tenaga yang boleh mendorong berlakunya revolusi.."Nah, kepada penggemar-penggemar teater, pengarah-pengarah teater yang berbakat, novel drama ini mungkin boleh diterjemahkan di atas pentas suatu hari nanti. Novel ini sarat dengan maklumat, sarat dengan pengajaran...Barangkali di universiti-universiti sesuai sekali bagi membuka mata mahasiswa dan mahasiswi tentang realiti semasa yang ditulis dalam cerita serupa ini.
Tidak rugi untuk anda memiliki buku ini.
Glad to know penulis seperti Faisal Tehrani wujud di negara kita. Moga terdidiklah masyarakat kita suatu hari nanti melalui novel-novel dan teater-teater yang berkualiti dan mengikut landasan syariat Islam. Wallahua'lam...
Sinopsis di belakang buku:Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstermis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu. Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali dietmui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia. Prosa segara Faisal Tehrani ini harus dimiliki.
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:38 am"
(4) comments
Saturday, August 04, 2007
MORAL YANG MERUDUMAssalamu'alaikum wbt...
Kes bunuh sana-sini. Aduhai, naik seram dibuatnya. Nampaknya ahli masyarakat kita sekarang ramai yang sudah gila! Tapi ahli masyarakat yang lain pula masih lagi tergedik-gedik, terkinja-kinja, berjom 'bising-bising' dan ber'gegar'. Sampai bila masyarakat nak disogokkan dengan hiburan? Hiburan yang tidak meningkatkan kesedaran sivik manusia, hiburan yang menurunkan tahap pemikiran manusia?
Jiwa manusia makin sakit. Makin ketandusan 'sesuatu' yang boleh dipegang dalam hidup. Pokoknya, manusia sudah pudar pegangan agama. Sudah lupa siapa PENCIPTA. Pelajar-pelajar perempuan di Kuantan, boleh belasah kawan sendiri, bogelkan kawan sendiri, rakam gambar bogel kawan sendiri...walau apa pun sebabnya, tapi hey! Takkan sanggup hilang maruah diri hanya kerana perkara yang boleh diselesaikan dengan aman!
Aduhai...mana kesedaran sivik masyarakat. Nak kata tak berpendidikan, orang dulu-dulu yang tak sekolah pun boleh fikir matang. Ni dah sekolah sume baik-baik, lagi teruk kesedaran siviknya. Sebelum bunuh, sebelum buat benda tak tentu hala, tak terfikir langsung ke apa consequences nya?
Memang hati aku sesungguhnya berapi-api mendengar berita-berita masyarakat yang dah tak tentu hala dalam tv. Lagi yang aku geram, mengapa orang langsung tak boleh duduk diam sekejap, berfikir sekejap, tanya diri sendiri apa yang menyebabkan semua ini. Ini tidak, menari, menyanyi la sampai bila-bila. Berseronok aje. Dunia ni hidup "aku-aku" lah...Orang lain tak da kaitan dengan aku. Jangan sampai ahli keluarga kita yang kena, baru nak berfikir! Na'udzubillah...
Jawapannya terang lagi bersuluh. Semua orang yang tahu kena main peranan. Kalau golongan cerdik pandai tu, buat sesuatu agar polisi negara atau sistem pentadbiran tentang sesuatu boleh berubah. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dan guru-guru yang tah berapa bilangannya, boleh la didik anak-anak murid kat sekolah. DIDIK....bukan ajar ikut silibus semata.
Banyak perkara yang perlu diubah. Kemajuan material tak da gunanya kalau ruhani masyarakat tunggang langgang. Siapa yang tidak tahu apa-apa atau masih tidak faham, jangan pula menyombong diri....Langsung tak mahu dengar kata orang lain. Dengar dulu. Lepas tu tapis dan timbang ikut neraca logika...bukan neraca nafsu yang nak senanggggg memanjang...
Haih...memang entry kali ni entry membebel. Mintak maaf la...Aku balik Malaysia ni rasanya lagi sakit jiwa daripada duduk kat negara omputih yang majoritinya golongan al-kafiruun. Aduhai....tak rasa apa-apa lagi, tak sedar-sedar lagi tak tahu la....
AKU YANG MENASIHATI DAN MENGINGATI DIRIKU SENDIRI KHUSUSNYA...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:58 am"
(1) comments