Friday, September 28, 2007
JIJIKAssalamu'alaikum wbt...
Jijik...Agak-agak apa yang saya akan tulis hari ni? Tidak pernah seumur hidup saya merasakan sejijik ini apabila melihat perilaku manusia. Apa dia? Ceritanya begini.
Saya sedang menyiapkan powerpoint presentation untuk kelas keesokan harinya di sebuah computer lab di universiti. Sedang asyik saya menyiapkan kerja, datang dua orang perempuan yang kelihatan bersahabat baik menggunakan komputer di hadapan komputer saya. Fine, let them do their work and I'll do mine...seperti biasa, memang la tempat tu untuk orang keluar masuk menggunakan komputer.
Dengan tidak disangka-sangka, in such a public place, they started kissing each other. Hanya ALlah yang tahu perasaan saya ketika itu dan betapa jijiknya saya ketika itu..Memang dari awal tengok lain macam je baik diorang ni, tapi kot ye pun, memang saya tak dapat terima dengan akal mereka boleh buat sebegitu di tempat awam.
Well, I shouldn't be that surprise actually. Waktu freshers' fair minggu lepas, ada booth untuk sesiapa yang nak join kelab lesbian dan gay. So our university acknowledges their existence, thus they have the right to do so.
Betapa saya cuba hendak memahami mengapa sesetengah manusia pelik boleh suka kaum sejenis...tak faham mengapa orang boleh melawan fitrah...yeah yeah yeah..ada orang kata diorang ada experience yang sangat buruk maka berbuat begitu...tapi itu bukan penyelesaiannya. Macam taat dengan ibu bapa, kalau ikut fitrah, tak tergamak kita nak menengking mereka walaupun seseorang itu tidak percaya kepada agama atau Tuhan. (cuba la tengking, mesti lepas tu rasa teruk giler) Itu la namanya fitrah. Kalau mak kita buat kita teruk-teruk, dera dan sebagainya, tak mungkin kita sanggup belasah dia balik, sebab itu semua fitrah kejadian manusia yang dah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Hal ini terjadi di negara kafir. Something that is quite 'acceptable' due to certain circumstances e.g. mereka tidak berpegang kepada agama Islam, tidak percaya pada tuhan etc. But I believe there are same situations happening in our country right now but surely not in public. Sebabnya, hari tu tengok Dilema Wanita (Hari Isnin pukul 10.30 malam TV1) kisahnya adalah kisah lesbian yang tinggal sekali satu rumah. Kisah-kisah dalam Dilema Wanita ni kisah-kisah benar. Di akhir Dilema Wanita ni Dato' Fadzilah Kamsah akan bagi komen tentang kisah tersebut.
Jadi, perkara yang menyebabkan bencana diturunkan ke atas Kaum Nabi Lut ni sememangnya berlaku di negara kita. Ayuh, kita banyak lagi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Ya ALlah, selamatkanlah negaraku....
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:08 pm"
(2) comments
Wednesday, September 19, 2007
KEMBALI KE LEEDSAssalamu'alaikum wbt...
Alhamdulillah tiba di Leeds Jumaat lalu, 14 September 2007. Baru sahaja balik, sudah kena mula ke kelas. Salah diri sendiri, siapa suruh beli tiket balik lewat. =) Maka bermulalah lembaran hidupku sebagai pelajar tahun ketiga perubatan. I am pretty sure it will be much tougher this time.
Let me tell you roughly how my life is going to be. We've started Life Cycle module. We need to do a presentation every Wednesday. We have dissection and histology on Monday and Tuesday.(and of course we need to prepare before we come to class!) We have SSC on medical ethics to do (a written report + a presentation). We need to do an appraise on each case (based on groups' presentations on Wednesday). We will be having pre-Xmas SSC (that makes a total of 2 SSCs to hand in before Christmas holiday! Great!). And the list goes on and on.
No...I don't think I'll have as much free time as I have had two years before. So, please make du'a for me. Semoga kutemui keberkatan masa yang sentiasa diidam-idamkan. Masa tetap 24 jam. Tapi tokoh-tokoh besar Islam zaman emas dulu ada masa nak tulis buku, nak mengaji sampai khatam beberapa hari je. Betapa mereka dikurniakan keberkatan masa.
Ok la...cukup cite pasal kehidupanku.
Ni nak cite sikit sebelum balik hari tu, kan ada kes rusuhan kat Batu Buruk, Terengganu kan? Lepas tu, kan kat dalam Buletin Utama pukul 8.00 malam, selalu ada soalan untuk penonton bagi respon via SMS kan? Jadi, soalan pada hari berita rusuhan tu keluar ialah:
"Rusuhan bukan satu cara menyelesaikan masalah." Taipkan BU3 bla bla....(dan seterusnya...sambung sendiri)
Dan yang mengejutkannya, respon yang diterima ialah: 57% setuju, 43% tidak setuju...
Jadi, nampaknya 43% penonton Buletin Utama bersetuju dengan rusuhan. 43% tu bukan sikit tu. Jadi sekadar nak ajak semua berfikir kerana saya pun terfikir-fikir, memandangkan 43% tu bukannya satu peratus yang kecil, nampaknya ada ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.
Apa agaknya yang menyebabkan respon SMS sebegitu rupa? .......
Ramadhan kareem kepada semua pembaca.
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:20 pm"
(4) comments