M e n c a r i R e d h a I L a h i
Saturday, April 30, 2005

CEPREN : EKSPERIMEN 5-S

Assalamuálaikum...

betapa determine nye orang yahudi nih nak jatuhkan islam, bandingkan dengan orang islam...sekuat itukah kesungguhan kita untuk menegakkan syiar islam di muka bumi...betapa kuatnya kepercayaan dan keteguhan mereka berpegang dengan apa yg tertulis dalam kitab mereka [yg telah diseleweng], seteguh itukah kepercayaan dan keteguhan kita berpegang pada kitab suci Al-Quran yg dijamin isinya tidak akan berubah sehingga hari kiamat? renung renungkan lah...moga dapat pengajaran daripada cerpen ini...


Oleh GHAFIRAH IDRIS

Gadisku... rinduku mendesakku menghantar warkah maya ini ke kantung e-melmu. Kita bertemu di Quasimodo Club on Kantstrasse malam ini, ya sayang! Aku tidak mahu lagi membiarkan malamku nan indah ini sepi tanpa dirimu. Ah! Pasti asyik mahsyuk cinta ini dalam alunan jaz yang mengkhayalkan. Aku sudah menempah stammtish, khas buat gadisku nan jelita. Jumpa malam ini, sweetheart! Aku cinta padamu...

Aku seakan-akan mahu ketawa kuat tika kau menyumpah-nyumpah Kuwait yang membenarkan Amerika menggunakan Pangkalan Udara Ali Salem dan Ahmed Al-Jaber bagi menempatkan fighter bombers, stealth bombers, tank busters dan helikopter Apache dan Blackhawk. Kau memaki hamun Qatar dan ibu negaranya Doha, tempat pangkalan Al-Jazeera yang juga mempunyai pangkalan tentera Amerika Syarikat. Kau meminta Tuhanmu melaknat Bahrain yang membenarkan laluannya ditempatkan armada AS, 5th Fleet Amerika dan kau menyumpah seranah Jordan yang membenarkan Special Operation Forces melancarkan operasi ke Iraq, juga menempatkan peluru berpandu Patriot; manakala Mesir membenarkan kapal perang melalui Terusan Suez dan penggunaan ruang udara. Aku ketawa. Ketawa kuat! Kau manusia bertopeng syaitan. Melaknat manusia lain sedangkan diri kau mabuk dengan syahwat memuncak.

Hei... Hei... aku Yahudilah! Yahudi!

Kita bertemu di sini. Ya, di hadapan Bradenburger Tor ini. Bangunan kebanggaan Adolf Hitler yang merupakan simbol kekuatan Nazi. Kau anak Melayu yang belajar sains politik di bumi Jerman ini dan aku pengembara jalanan yang menjejak ketamadunan dan keruntuhan sesebuah bangsa. Aku dari bumi Baitullaham, bertaruh nyawa di Baghdad dan Afghanistan, berkelana ke Istanbul, menikmati keindahan kota Alhambra, malah tanah airmu Malaysia jua pernah aku jejaki. Aku mencari hikmah dan merenungi pengajaran di sebalik sejarah suatu ketamadunan bangsa yang berjaya ditegakkan dan diruntuhkan. Negarawan Jerman, Bismark pernah berkata: ``Hanya orang bodoh yang berkata mereka belajar daripada pengalaman sendiri. Bagi saya, belajar daripada pengalaman orang lain adalah lebih berfaedah.''

Sayang... malam ini di apartmenmu ya! Aku cinta padamu!

Aku ke Baghdad selepas rejim Saddam tersungkur di kaki takdir Bush. Aku mahu bangsaku belajar daripada sejarah kejatuhan Iraq. Kau terpinga. Katamu aku gadis bersemangat kental, berani dan cekal. Berapa kali mahu kubilang padamu? Aku Yahudilah. Yahudi! Bangsa yang tidak pernah kenal erti kekalahan dan kesusahan. Bukan seperti kau dan saudara-saudaramu. Layu! Mandom! Malas! Malah lemah dengan pujukan nafsu! Ha... ha... ha...

Iraq pernah dibebaskan daripada Uthmaniah oleh British pada 1917. Wartawan akhbar The Guardian yang bersama-sama Lt. Jen. Sir Stanley Maude ketika itu melaporkan bagaimana tentera British disambut meriah. Enam bulan kemudian penduduk tempatan mula resah dan menentang penjajah. Sejarah Iraq kembali berulang. Begitulah yang terjadi di Iraq hari ini. Nah! Masih tidak mahu mengingati sejarah lagikah, kawan! Saddam menjadi presiden pada tahun 1979. Saddam menggunakan kekerasan yang memastikan keamanan dan kestabilan. Ketika patung Saddam di Dataran Fardus ditumbangkan pada 9 April, rakyat Iraq yang kebanyakan dari puak Kurdish dan mereka yang bukan daripada kalangan puak Sunni yang ditindas oleh Saddam selama 24 tahun meraikan kemenangan tentera Amerika. Malang bagi Iraq. Orang-orang Syiah yang dizalimi oleh Saddam tidak mengambil bahagian mempertahankan pemerintahan Saddam maka inilah kesilapan besar Saddam. Sekarang Baghdad sekali lagi dijajah menerusi Coalition of the Willing.

Lalu aku mengutip hikmah dari peristiwa kejatuhan Iraq ini untuk kubawa pulang ke Baitullaham. Agar bangsaku tidak berpecah belah seperti etnik Iraq. Kami punya visi dan misi memiliki bumi Al-Quds. Perang Vietnam adalah petunjuknya. Dalam Perang Vietnam, gerila Vietcong dan rakyat bersama bersatu menentang AS dan rejim Vietnam Selatan yang dipertahankan oleh AS. Malah kuasa kecil dunia mampu menewaskan kuasa besar dunia: Perancis tewas di Algeria dan Vietnam, China tewas di Vietnam dan Rusia di Afghanistan.

+ Hahaha.

- Dia sering berbicara tentang perpecahan dan penyatuan sedangkan dirinya sendiri terpecah-pecah.

+ Maksudmu?

- Agamanya... imannya... pegangannya... hancur dalam amukan hawa nafsu syaitannya. Sungguh memalukan dan mengaibkan!

+ Teruskan eksperimenmu!

``Learning of the wise, Justice of the noble, Prayer of the pious, And Valor of the brave.'' Betapa gemilang tamadun Islam di Andalus sebelum mengalami kejatuhan pada 1492 Masihi. Bukankah pernah kunyatakan padamu, aku sudah menjejaki setiap inci tanah Alhambra. Di bawah kepimpinan Tariq bin Ziyad, kerajaan Visogoth berjaya dikalahkan pada 711, lalu Toledo dan Seville yang berada di bawah kepimpinan kerajaan Islam menjadi terkenal kerana kebudayaan baru dan universiti-universitinya. Andalus menyaksikan kehadiran penuntut-penuntut ilmu dari segenap pelosok dunia, hatta Pope Rom jua pernah belajar di sana. Edward G. Brown dalam bukunya Islamic Medicine menyifatkan Andalus sebagai The Brilliant Civilization. Nama-nama ilmuwan terulung seperti Abul Qasim Az-Zahrawi (Abul Casis) dan Ibnul Wafid (Aben Guefit) membuktikan Andalus subur dengan ilmu.

Wajahmu merona merah kala aku menceritakan padamu bahawa perpecahan umat Islam membenarkan Kardinal Debidar mengangkat salib di atas bumbung Istana Raja Al-Nasir sebagai menandakan berakhirnya pemerintahan Islam di Sepanyol. Orang Kristian yang menakluknya memulakan kerja-kerja penghapusan etnik terhadap penduduk yang beragama Islam serta meruntuhkan tamadun kebudayaannya. Jiwamu seakan-akan dihunggis amarah yang meluap-luap. Kau menyatakan di hadapanku bahawa umat Islam tidak sudah-sudah dizalimi malah kau menuduh bangsaku lebih khianat dan kejam kepada peribumi Palestin.

Kau menghina bangsaku! Hei... hei... kau dan saudara-saudaramu itu yang bodoh dan tolol. Andalus pernah menjadi pusat ilmuwan namun umat Islam tidak pernah tahu menghargai sejarah keagungan Andalus bahkan keagungan tamadun Umaiah, Abbasiah dan Uthmaniah tidak pernah dijadikan contoh teladan oleh umat Islam.

Hei... hei... kami bangsa Yahudi mahu belajar sejarah kehebatan tentera Mongol menakluk dunia. Tiada siapa pun yang menjangkakan kaum pengembala nomad yang buta huruf akan mencoret sejarah paling hitam di persada sejarah dunia. Orang yang mendiami padang rumput Steepe, Karakorum dan utara China ini hanya berjumlah lebih kurang 700,000 orang. Walaupun jumlah mereka kecil tetapi mereka adalah bala tentera yang terhandal dan terkejam di dunia. Bala tentera mereka begitu ramai dan boleh bergerak pantas sehingga sejauh 100 batu sehari. Mereka datang secara mengejut dan membunuh lebih daripada 15 juta orang Islam. Mereka menumbangkan dan meruntuhkan kerajaan-kerajaan terkuat pada zamannya.

Umat Islam hanya membiarkan sahaja kisah-kisah penting seperti ini usang, berhabuk dan mati dalam helaian buku-buku sejarah. Namun kami, bangsa Yahudi tidak akan membelakangkan sejarah kerana sejarah adalah cermin yang memantulkan pengajaran supaya kita boleh mengambil iktibar atas kesilapan bangsa-bangsa terdahulu.

Hubungan cinta kita retak kerana perbalahan itu. Peduli apa aku! Kau yang tergila-gilakan mata jeliku, bibirku yang munggil dan tubuhku nan langsing. Peduli apa aku andai kisah cinta palsu ini runtuh seperti runtuhnya Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur?

Jerman telah melalui beberapa revolusi yang pastinya mematangkan rakyatnya kini. Pada tahun 1871, Otto Von Bismark telah berjaya menyatupadukan Jerman melalui dasar Realpolitik atau Machiavellian, suatu prinsip matlamat membenarkan cara. Maka di sinilah yang mahu bangsaku pelajari.

Kami bangsa Yahudi tidak akan sekali-kali lupa kepada pemerintahan kejam Kaisar Rusia yang menghapuskan bangsa Yahudi di Rusia yang berslogankan anti-semitisme. Akibatnya kami dihalau dan bertebaran ke Eropah Barat, Amerika Utara dan Selatan. Kitab Old Testament mengatakan kami adalah penduduk asal Palestin yang telah diusir. Suatu hari nanti kami akan berkumpul kembali di Palestin kerana Al-Maseh yang dinanti-nanti akan membawa kemenangan dan juga lembaran baru dalam hidup kami yang bakal mengecapi kebahagiaan selama 1,000 tahun. Kami mengimpikan negara Israel yang lebih besar meliputi wilayah yang bersempadan dengan Sungai Mesir dan Sungai Furat di Iraq.

Kami berpegang kuat pada seruan Adolph Oremieux, Presiden Perikatan Yahudi Sedunia, yang telah menulis dalam Arkib Bani Israel keluaran 21 November 1861 bahawa ``Semua bangsa mestilah dihapuskan, semua agama mestilah ditahan dan disekat. Bagaimanapun Israel wajib kekal dan jangan pupus kerana Bani Israel adalah suatu bangsa yang telah dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia.''

Sayang... aku tidak berdaya lagi menahan rindu. Maafkan aku kerana menghina bangsamu. Kau bukan Yahudi totok kan!? Aku sudah menempah dua tiket untuk menyaksikan teater muzikal di Hamburg Opera kemudian langsung kita ke apartmenku, ya sayang! Aku cinta padamu!

Saat kau galak bercengkerama dengan tubuhku, aku mengingatkanmu akan kehebatan bangsaku. Amerika di bawah telunjuk Yahudi! Kata Ariel Sharon: ``Saya ingin memberitahu anda sesuatu dengan jelas. Jangan bimbang mengenai tekanan Amerika ke atas Yahudi kerana kita, orang Yahudi menguasai Amerika dan orang Amerika tahu akan hakikat ini.''

Bangsaku sentiasa menang. Sejak Perjanjian Skyes-Picot 1917, Britain memberikan jaminan kepada Pergerakan Zionis melalui surat James Balfour, Menteri Luar Britain, kepada Lord Rothschild, penyokong kuat Zionis bagi mendapatkan sokongan masyarakat Yahudi untuk membantu Britain dalam Perang Dunia Pertama. Media di Amerika juga menyebelahi kami. Pelobi Yahudi di Amerika, di Capitol Hill, dapat menghalang penjualan senjata kepada negara Arab, menghukum senator atau ahli kongres yang menyokong Arab dan sudahpun mendapatkan sokongan senator dan ahli kongres untuk membantah Road Map.

Amerika begitu mencintai Israel sehinggakan musuh Israel turut menjadi seteru Amerika. Kami hanyalah sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk hanya empat juta berjaya hidup dan mengecapi kejayaan di tengah-tengah bahang 280 juta Arab.

Hei... hei... kami Yahudilah! Yahudi! Kami bangsa yang cekal hati. Bahasa Hebrew yang terkubur 2,000 tahun telah dihidupkan semula sebagai bahasa kebangsaan kami.

Hei... hei... bukalah matamu wahai kawan! Pemimpin kami yang kami kasihi itu pernah memberitahu media pada Mac 2002 bahawa: ``Orang Palestin perlu dibelasah sekuatnya, dan ia mesti perit. Kita harus menyebabkan mereka kehilangan. Barulah mereka sedar bahawa bayaran balik ini tinggi.'' Rakyat Palestin adalah pengganas sebaliknya kami berjuang mendapatkan hak milik kami.

Ke mana dirimu menghilang? Aku mengintai-intai dirimu di Maybachufer tempoh hari. Kau kan selalu menghabiskan masa memerhati barangan antik dan kraf tangan di satu-satunya pasar Turki di tanah Jerman ini. Namun aku gagal menemuimu di sana. Sudah lama tidak bertemumu, sayang. Aku rindukan elus belaianmu. Jumpa aku di Kreuzberg. Aku rindukanmu!

Sayang... aku tidak boleh menemuimu lagi. Aku kini di Baitullaham, mahu memastikan Al-Quds menjadi milik Yahudi semula. Aku pernah beritahu kau dahulu kan? Aku hanya pengembara yang menjalankan eksperimen historikal di sini. Jerman hanya persinggahan sementara buatku begitu jua dengan dirimu. Aku mengutip cebisan-cebisan sejarah daripada setiap tamadun bangsa yang aku singgahi lalu mencantumkannya kembali supaya bangsaku dapat belajar daripada sejarah itu. Aku Yahudilah! Yahudi! Lupakan diriku, ya sayang!

- Dia sudah mati.

+ Siapa?

- Jantan tolol tu!

+ Huh! Bagaimana boleh mati?

- Bunuh diri.

+ Semudah itu!?

- Kecewa cinta

+ Ha... ha... ha...

- Eksperimenku berjaya!

Kalian terpinga? Sebenarnya begini, kawan! Pengembaraanku ke segenap pelosok bumi bukanlah hanya sekadar pengembara historikal tetapi sebaliknya aku dan empat ejen lain ditugaskan untuk menjalankan Eksperimen 5-S: Smoke, School, Sport, Scrin, Song, Sex. Hei... hei... aku gadis ejen CIA Mossad Israel. Lima ejen ditugaskan untuk melaksanakan Eksperimen 5-S ini. Kalian tahukan, aku ditugaskan untuk eksperimen apa? Anak Melayu itu hanya bahan eksperimenku. Hei kawan... bukankah aku selalu berkata pada kalian, bangsaku bangsa yang belajar daripada sejarah. Kalian tentu tahu kan, lelaki mudah tersungkur dalam pelukan perempuan. Lihat saja kejatuhan Clinton, kerana Monica. Albuquerque mati kerana Tsukinah.

- Setelah meneliti laporan daripada kelima-lima ejen, kami meluluskan Eksperimen 5-S

+ Bila mahu melancarkan misi, tuan?

- Secepat mungkin.

+ Ranapkan umat Islam dengan Eksperimen 5-S: Smoke, School, Sport, Scrin, Song, Sex.

- Ha... ha... ha...!!! Jadikan mereka hamba kepada hawa nafsu!


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:11 am"

(0) comments



Thursday, April 28, 2005

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

Assalamuálaikum...

di sini ana nak share sket ending artikel yg ditulis oleh ustaz hasrizal dalam website beliau...unuk dapatkan artikel penuh, sila klik ke link berikut...

http://www.saifulislam.com/artikel/nasyidkini/nasyidkini.html

Bagi yg masih tak tau, www.saifulislam.com adalah laman web ustaz hasrizal..bace la selalu...menarik...di samping tu dapat download lagu nasyid yg menaikkan semangat berjuang juga...insyaAllah...

ok..tadi ana janji nak letak sket ending artikel tu kan..huhu..sebab rase mende tu menarik...
_____________________________________________________________________________________

Hinggalah ke hari ini, saya masih meminati nasyid walaupun usia sudah menjangkau 30an. Kisah-kisah itu tadi sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup saya. Tetapi saya gagal untuk terhibur dengan nasyid yang membanjiri pasaran hari ini. Bahkan jangan tersinggung jika saya katakan yang saya geli geleman dengan kebanyakan nasyid yang ada. Anak saya, Muhammad Saiful Islam tidak akan saya lembikkan dengan nasyid-nasyid itu. Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lembut gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan ia Saiful Islam, alangkah pincangnya 'Pedang Islam'ku menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife.
Kerana itulah saya berazam untuk menghidupkan koleksi nasyid pejuang melalui halaman web ini. Mungkin telinga sahabat-sahabat sekalian akan merasa sakit dengan bunyi kompang tajam dan rendahnya kualiti rakaman studio 24 trek di dalam mp3 berkenaan. Maafkan kami kerana semasa itu kami tiada duit. Nasyid tidak komersil. Ia hanyalah bahan hiburan pejuang. Pejuang yang berjuang...

ABU SAIF
10 Jumaada al-awal 1425
28 Jun 2004


_____________________________________________________________________________________

Jadi, pengajarannye, lepas nih tak yah la nak lawan sape nasyid best...raihan ke, inteam ke, unic nye...hakikatnye, nasyid kontemporari zaman sekarang memang tak de yg bercerite tentang perjuangan...setakat yang ana tau la...kalau korang jumpe la satu group nasyid kontemporari malaysia, melayu, yg ade nyanyi lagu yg meniupkan semangat berjuang dan jihad, sila bagi tau ana...ana akan usaha untuk membelinye. cuba dengar lagu WASIAT SYED QUTB. memang sungguh sungguh sungguh menyayat hati. terasa nak gi berjuang gak time tuh...tak caye tanye sarah..huhu...tol tak sarah?

wallahuálam....


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:23 am"

(1) comments



Tuesday, April 26, 2005

NASYID RABITAH HATI

Assalamuálaikum...

Nasyid nih ana blaja waktu ana kat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya atau ringkasannye PASUM...huhu...terkenang lak zaman kat situ...erm...byk sgt mende yg dipelajari kat situ...dari segi usrahnye, dari segi pergaulan nye, surau blok b dan blok a, maple tempat makan waktu lunch, pekan buku, naik basikal weekend round um, isk isk [rindu mode]...and the best thing is, i met Nurul Faaiqah Jainuddin, who taught me a lot of agama stuff including this song. huhu...rindu la kat awak faaiqah!!! faaiqah skrang blaja kat mesir, Dr. Nurul Faaiqah soon to be... [aceee...promote awak la pulak..heheh...]

Tak ingat cam mane faaiq boleh ajar lagu nih kat saye. tapi, lagu nih sebenarnye diadaptasi daripada doa rabitah kat hujung mathurat yg kite amalkan selalu tuh...pengasas lagu? ana tak tau..huhu...lepas ni, kalau nak blaja, tanye la..hehe...tapi tak sedap nyanyi..sumbing la nanti..

Kalau dibaca doá rabitah nih, sebenarnye agak menyayat hati...terutama sekali apabila dalam usaha kite berdakwah beramai ramai dalam jamaah di sulam dengan kesusahan dan halangan yg menyebabkan kite hampir putus asa..cuba hayati bersama :

NASYID RABITAH HATI

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMU
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMU
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat, untuk mendokong
SyariatMU di alam maya
Maka ya ALLAH, eratkanlah ikatan yang ada [2x]

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMU
Tiada malap terangi alamMU
Hidup, suburkanlah dengan ma'rifatMU
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan, agama yg mulia... [2x]


mcm tu la liriknye. kat sini kalau nyanyi tak rase sgt, kalau kat um dulu terase gile...tak tau la nape. erm....tu je la nak share ye. moga dapat manfaat...amiin...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:38 pm"

(1) comments



Monday, April 25, 2005

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Assalamuálaikum...

Tadi ade meeting ngan counsellor, pasal nak confirmkan firm and insurance. She gave us a form each for that purpose. Kene isi by 4th May. Then she explained how to fill in that form. Pastu.............[tibe part yg ana geram gile gile gile tahap maut nih] <------ kan bahasa dah melampau. Beliau tunjuk la contoh contoh dan cara cara nak isi...sape yg kene justify diorang nye firm or insurance kene la tulis something kat ruangan justification. ade satu contoh tu, justification die lebih kurang mcm nih : "After I performed solat istikharah, I decided to choose this university..." ok, kalau dak nons rase tu 'funny'untuk diletakkan dalam form tu utk tatapan sponsor, i think i can understand...

Tapi bile orang ISLAM sendiri mentertawakan statement seorang bekas pelajar yg jujur dalam menulis borang nih...I can't understand and I really feel angry with those people who laughed [bukan gelak sket sket...gile gelak aaa...mcm mende tu kelakar sangat] APEKAH???????? marah tau...huhu...sedih juga...kerana ummat islam sendiri tak ada sensitiviti LANGSUNG pasal mende nih...hello [dgn nada irritated] sponsor kite tu most probably byk muslim...ape salah nye nak letak? kalau diorang nak gelak peduli la...itu tandanye mereka tidak yakin dengan cara hidup islam yg telah Baginda Rasulullah s.a.w. sampaikan. Bukankah bile kite dalam dilema, disunatkan solat istikharah untuk mendapat petunjuk? Adakah ini boleh dijadikan bahan jenaka? Mungkin juga golongan yg ketawa terbahak bahak ini tidak pernah mengerjakan solat sunat istikharah dan tidak merasai kesannya yg insyaAllah pada pandangan penulis adalah yg terbaik buat diri ini...tetapi tidak adakah rase SEKELUMIT pun perasaan bersalah apabila mentertawakan justification itu?

Cuba renungkan hadis RAsulullah s.a.w riwayat Thabrani tentang solat sunat istikharah ini :

'Tidak akan kecewa orang yang melakukan solat Istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermesyuarat dan tidak akan kekurangan bagi orang yang suka berhemat.' Thabrani.

Mengapa perlu mentertawakan ia? Itu salah satu reason yg baik untuk seseorang memilih university tersebut. Boleh jadi sesuatu yg kite sukakan itu tidak baik utk kite, dan sesuatu yg kita benci itu baik untuk diri kita. sape tahu? sume itu dalam pengetahuan ALLAH...

Hmm....jadi, jelas disini...apabila ummat ISLAM sendiri mentertawakan ajaran agama ISLAM sendiri [ketawa gegile nih] bukan tersenyum [senyum tu boleh maaf lagi la] masakan orang ISLAM tidak dipijak pijak dan dihina maruahnya pada zaman ini [kalau tak sedar lagi, sedarkan lah diri mu wahai sahabat-sahabatku!!!!!!!!!] Bagaimana ISLAM bisa bangkit semula jika ummat ISLAM sendiri masih tidak mempunyai tarbiyyah rabbaniyah?

Di sini la peranan kita sebagai daieh [pendakwah wanita] setiap org itu adalah pendakwah..jgn dinafikan. Kerja amar ma'ruf dan nahi mungkar itu kerja sume orang...Perkuatkanlah diri kite wahai sahabat-sahabat ku...termasuk la diri si penulis ini yg hina dina. Sama sama kite berusaha, agar rerakan kite yg lain bakal mempunyai fikrah yg sama seperti kita. wallahuálam....entry ini mungkin agak emo [atau memang emo] tapi ana memang tak tahan la...rase menyirap sgt bile org ketawa tadi..huhu....

Kepada rerakan yg nak copy paste mende nih kat mane mane, silakan la..cume jgn la mention name orang orang yg dimentionkan dalam artikel nih..dan ape ape yg boleh menjelaskan dan memberi hint kepada orang lain. [sebab blog saye nih terhad kepada beberapa org aje]

Sekian saje entry kali nih. huhu...Semoga ana diberi hidayah dan taufiq, agar tidak berkata sesuatu yg tidak dilakukannya [amiin]. Ana teringat kecaman Allah s.w.t dalam surah As-sof ayat 2 dan 3 :

[2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

[3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


wanauzubillahimnizalik....


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:57 pm"

(0) comments



Sunday, April 24, 2005

PEMUDA PEMUDI HARAPAN AGAMA

Assalamuálaikum...

Artikel nih ana dapat dari bulletin board friendster...tapi sejauh mana kebenarannya ana tak tahu. tapi, perkara macam nih tak mustahil berlaku. Kalau tgk cite kat bawah nih berkisah pasal agama kristian yg menular di kalangan masyarakat Islam di negara kite yg terchenta. Hmm...tak payah tunggu agama krisitan la...skrang nih, mcm mcm dah jadi kat org melayu. Hiburan sana sini...Anak-anak muda jadi mat rempit, minah rempit...tak kurang juga yg berzina tanpa segan silu apabila menjelang sesuatu pesta besar besaran atau konsert yg diadakan sampai ke tengah malam. [nauzubillahiminzalik..] Masjid masjid dan surau surau, kosong..yg dtg hanya la pak cik pak cik dan makcik makcik yg sudah berumur...ni pengalaman ana sendiri la kat masjid kat umah ana. Budak muda jarang sekali datang ke masjid. Kalau datang pun tau diorang buat ape? curi selipar dan curi basikal org...ya rabbi....beginikah pemuda yg menjadi harapan agama dan negara? Walaupun begitu, tidak boleh dipersalahkan mereka seratus peratus apabila byk dugaan dan cabaran utk mereka pada masa kini di mana pihak pihak tertentu [korang tau la sape] dengan gembira nye menyediakan tempat tempat maksiat, menganjurkan konsert konsert, menyediakan rancangan tv yg tidak langsung menjana iman dan jgn katakan iman, menjana akal pun tak mampu...tgk saje cite melayu...tak abis abis pasal cinta...akademi fantasia, malaysian idol? melahirkan penyanyi penyanyi suara cetak, yg boleh dicetak rompak dengan senangnye. i don't see any point la...heee...ok...dah mula berapi...[penulis menyabarkan diri] lagi elok tgk cite cina yg purba kala tuh. lagi sopan...tentu sket diorang tu kafir nak berlakon cite cite cam tu. Cite pasal forensik, investigation....cite melayu ape ade? cuba renungkan...

Peranan pemuda dan pemudi nih sgt penting...kite cuba tgk sirah Rasulullah s.a.w. di kala peristiwa hijrah. Siapa yg menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w. ketika Baginda s.a.w. berhijrah? Tak lain dan tak bukan Saidiana Ali r.a. Itulah pemuda Islam yg kental imannya. Boleh kah lagi dicari pemuda seperti itu skrang? Kalau dari segi pemudi pulak, Asma'Binti Abu Bakr yg sedang mengandung pun boleh panjat Bukti Thur nak kasik makanan kat RAsulullah s.a.w dan bapanya, [kalau org pernah panjat gua thur tau la betapa penat dan siksanye nak panjat bukit tu yg curam] ketika peristiwa hijrah, bagaimana pulak dengan kite sekarang?

Jadi disini, ana nak seru la rakan rakan agar kite nih bersyukur kerana dipilih oleh ALlah s.w.t kerana diberikan kesempatan dan peluang untuk belajar setinggi ini dan biah [susasana] kite agak terjaga...Alhamdulillah..sebagai tanda kesyukuran, kite kene sama sama la blaja bersungguh sungguh...tak kira ilmu ukhrawi atau duniawi..lengkapkan diri kite bersungguh sungguh..kental kan iman kita agar suatu hari nanti, generasi kita mampu mengembalikan semula kegemilangan Islam suatu ketika dulu InsyaAllah...di mana cara hidup Islam dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan, tak kira dari segi pemerintahan, pentadbiran, perniagaan, ekonomi, dan lain lain lagi...Kita sokong lah suami kite nanti, depan atas kiri kanan, supaya meneruskan perjuangan Islam...Kalau suami tinggalkan kita untuk berjuang, jgn kite keluh, jgn kite kesalkan...Banggalah dan jadilah seorang isteri dan ibu yg pandai menguruskan rumah tangga ketika ketiadaan suami kita. Tiupkan semangat jihad, kepada anak anak kita..berikan kata kata semangat kerana wanita mempunyai kelebihan dari segi itu. dan akhir kalam...Sahutlah seruan al-Imam Hassan al-Banna :

"Wahai pemuda! Setiap fikrah hanya akan berjaya apabila diperkuatkan dengan Iman, dilengkapkan dengan ikhlas yang mendalam untuk memperjuangkannya, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya ". Pendek kata, iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan rukun-rukun khusus untuk para pemuda, kerana asas iman ialah hati yang tenang, asas ikhlas ialah jiwa yang bersih, asas semangat ialah perasaan yang mantap, dan asas amal itu ialah azam yang kuat. Kesemua faktor ini tidak lain dan tidak bukan khusus untuk para pemuda. Nyatalah di sini, bahawa para pemuda di kalangan setiap umat, sama ada di zaman dahulu mahupun sekarang, merupakan tiang kebangkitan ummah. Dalam tiap-tiap kebangkitan itu ada rahsia kekuatannya, dan di setiap fikrah itu ada tanda-tandanya. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk".


Erm...ingatkan diri kite sesama..ingatkan diri ana selalu..ana nih selalu lalai dan alpa...Moga kita mendapat hidayah dan taufiq daripada ALLAH s.w.t...

_____________________________________________________________________________________


Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.

Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.

Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau,namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir,jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi......

Pengajaran:-
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib
dan simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya
berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut
adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.


Kisah kedua

Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari,dihadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan
dikebumikan berdekatan dengan masjid.

Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur
simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran.....

Inilah keadaan yang berlaku sekarang....oleh itu ambil tahulah akan
aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus
dan ada di mana-mana...tanpa disedari.

Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa
melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya,ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah
sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar....

Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya,
bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 3:00 pm"

(0) comments



Saturday, April 23, 2005

HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA

Assalamuálaikum...

bait bait lagu sudirman..heh...skrang tgh hujan kat sini Alhamdulillah...aku sgt suke keadaan dan cuaca bile hujan. Gloomy? murungkah aku? hujan selalu dikaitkan dengan kemurungan..walhal, ia adalah sebenarnya rahmat Allah s.w.t kepada seluruh ummat manusia. Kepada para petani, mende nih sgt obvious sebab dapat menyuburkan tanaman mereka. Kepada para nelayan? huhu...mesti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia sia. Sesuatu mende tu kengkadang di luar batas pemikiran kite, ye dak? [mcm tazkirah zack kat surau hari tu wkt subuh psl org yg terputus jari waktu memburu, rupa rupanye menjadi penyelamat kepada diri nye bile ditangkap oleh org kanibal sbb org kanibal tak makan org yg tak sempurna anggota tubuh badan..hmm...mcm tu la cite nye...beyond our own knowledge...sume tuh rahsia Allah s.w.t]

Waktu hujan ni elok utk berdoá. Hadisnye, wallahuálam, ana tak tau. Tapi ini yg mak ngan ayah ana sampaikan. Mungkin waktu nih malaikat rahmat mengaminkan doá doá manusia yg memohon kepada Allah s.w.t. Sape jumpe ape ape hadis or dalil tentang nih, kasik tau la ye. Time hujan nih pulak kan indah pemandangannya. Cube perhati betul betul...mengadap tingkap kat cele seround...pandang hujan yg turun setitis demi setitis dari langit. Tak indah ke? tipu la kate tak indah...kalau tak takkan sudirman nyanyi lagu tu? Subhanallah...Maha Suci Allah yg menciptakan...Di sebalik penciptaan hujan nih pun, ade dimuatkan di dalam Al-Quran, mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. Makin bertambah la keimanan kita, bile membace ayat Al-Qurán tentang hal ini....insyaALLAH...

Kat sini ade sket hadis dan huraiannya tentang hujan..Ana dapat dari Jabatan Kemajuan Islam punye website. sudi sudikan lah membace ye. Kalau Rasulullah s.a.w. pun gembira menerima kedatangan hujan, wajarkah kite merungut dan mengeluh bila hujan turun? byk la alasan..nanti asyik tido je time ujan, nanti kain tak kering..namun lebih baik kita mendiamkan diri kerana takut kite tergolong dalam golongan org yang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t...[mengingatkan diri sendiri juge] Bkn setakat dlm konteks hujan, malah ape ape situasi lain juge.


Tajuk : Rahmat Atau Laknat
Hadith :
Dari 'Atha' bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:"Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah:"Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda,:"Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat."

(Muslim)

Huraian

Allah SWT menyuruh kita hamba-hambanya agar sentiasa melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.Maka selaku manusia yang ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib ke atas kita menjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini. Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali sebagaimana yang telah berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata:"Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita..." Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat dari kejahatan yang mereka lakukan. Mengingatkan hal inilah, Rasulullah saw. akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia merupakan satu rahmat atau satu laknat daripada Allah SWT. Oleh itu sebagai umat Islam, kita ini hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, berbagai-bagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa tersebut sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta yang diberi taufik dan hidayah sahaja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.



Semoga kita belajar melalui kisah kaum kaum terdahulu...semoga kita belajar daripada peristiwa tsunami yg terbaharu...moga diri kita bersiap sedia dlm menemui Khaliq yg Esa....

wallahuálam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:32 pm"

(1) comments



Friday, April 22, 2005

UJIAN, DIDIAK TERUS DARI ALLAH S.W.T.

Assalamuálaikum....

Alhamdulillah dah dapat paper bio mock tadi...dan Alhamdulillah, resultnye sungguh tak ku jangka...rasa syukur sesangat...hmmm...tapi esok tak tau lagi...hehehe...esok dapat chemistry dan math...jeng jeng jeng...Tapi walau ape pun keputusannya, sume tuh ALLAH s.w.t tahu itulah yang terbaik utk kita, kan? =) mungkin kalau kite tak score ke, nanti jadi catalyst utk kite lebih giat blaja dan lebih bertaqarrub ilallah.

Sepatutnya, kita rasa gembira dan redha bile menerima ujian Allah...[sepatutnye la]sebab ape? sebab itu salah satu tanda Allah s.w.t ingat kat kite...[pernah kasik dah tazkirah nih kat surau..ulang je la ye...sebagai ingatan..kot kot lupe] Tapi setiap kesusahan yg menimpa, mesti kita analisis balik sama ada ia merupakan ujian utk tingkatan iman atau pun sebagai bala kerana kederhakaan kita selama hari nih. Tapi, setiap kesusahan itu pasti ada kemanisan..nape? tak percaye ke?

Bila ditanya kepada Bilal bin Rabah, bilakah saat manis dalam hidup beliau..taukah antum sume saat ape yg dijawab oleh Bilal bin Rabah r.a? [heh..dah yg tau jawapan nih] Iaitu saat ketika beliau diseksa ketika diketahui telah memeluk agama Islam oleh tuannya. Dan ini menerusi pengalaman saye sendiri la...di kala zaman zaman AS dulu dan disambung lak ngan interview interview uni yg menyakitkan jiwa raga basikal [ji..pinjam phrase mu] dikala menemui kegagalan demi kegagalan...saat tu la diri ini terasa dekat dengan Ilahi. Saat itu lah baru diri ini benar benar sedar, diri ini lemah dan hina di sisi ALLAH. Tanpa kekuasaan Allah, tanpa kurniaan Allah, tidak mungkin, saye ulangi, TIDAK MUNGKIN saye akan pergi sejauh ini..berjaya menjejakkan kaki kat bumi KYUEM ni. Jadi, begitu la perasaan nye, bile diri ditimpa ujian. Bila direnung kembali, alangkah manisnya saat itu. Setiap malam merayu dan merayu dan merintih. Saat itu dah tak ingat nak mintak pertolongan kat orang lain dah..HANYA ALLAH...

Tapi tu la...manusia nih lalai dan leka...bile dah tak de ujian, mula la weng weng balik [termasuk la yg tgh menaip nih ha]. jadi doá la sentiasa, agar hati ini tetap di atas agama ALLAH yang lurus. Doa doa dan teruskan berdoa...ingat janji Allah dalam surah Ghafir sebahagian ayat 60 :

"Mintalah kamu sekelian kepada-Ku nescaya akan Aku kabulkan...Ghafir:60),"

Byk lagi la dalil pasal doa nih. jadi tu la nak membebel hari nih. Lagi satu. nih ade kate kate hikmah dpt sms dari seseorang.

"Orang mukmin itu jiwanya damai dan tidak mudah tergoncang..Ujian hidup baginya fitrah, sebagai mehnah...didikan terus dari ALLAH sebagai tanda kasih sayang dan penghapus dosa..."

Sama sama renungkan..wallahuálam


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 12:38 pm"

(0) comments



Thursday, April 21, 2005

KEREDHAAN-MU

Assalamuálaikum...

Ade satu malam tuh, waktu tgh layan layan perasaan...tetibe je terdengar lagu KeredhaanMU nih...memang sedih tak terkata la...memang suke lagu nih pun...memang menginsafkan....and guess who sing this song? jwpnnye ialah................INTEAM...hehehe...sape kate sume lagu inteam melaghokan? <-----sarah si pencinta kucing, take note! =P

Jadi nak share la lagu nih [aku kan suke share share lagu nih]..memandangkan skarang hadwan ngan masyuk mcm tak leh nak download lagu...diberikan alternative disini...sile layari teddyloveyou.blogdrive.com untuk download dan dgr lagu nih..


KEREDHAANMU...

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMU merindukan,
Rahmat kasih sayangMU
Dan jua keredhaanMU
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMU tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji

Jadikanlah taubat ini yg sejati
PadaMU Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara KAU dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan KAU palingkan hati ini
Setelah KAU beri hidayah
Sesungguhnya KAU Maha Pengasih...


Memang mengaku, janji je kat dalam solat.."innasolati, wanusuki, wa mahyaya wamamati, lillahirabbil alamin" tapi? hakikatnye? adekah seperti yg diikrarkan sehari lima kali? hmmm...

Ya Allah, jadikan diri ini sentiasa menangisi dosa kami, menangis kerana takutkan kermurkaanMU, dan bukannya untuk makhluk lain. Sesungguhnya air mata ini, tidak lain dan tidak bukan hanya untukMU!!! Ikhlaskan kami dalam setiap amalan yg kami lakukan dan kurniakan kami kekuatan untuk menegakkan syiarMU di muka bumi ini. Pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMU walaupun kami sedar, kedurhakaan yg kami lakukan selama ini hanya layak dengan kemurkaanMU...Istajibillhummaduáana 3x..amiin ya rabbal álamin...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 1:50 am"

(0) comments



Wednesday, April 20, 2005

DETIK-DETIK TERAKHIR KEHIDUPAN INSAN TERMULIA

Assalamuálaikum....

Seperti yang kite sume tahu, bermula maghrib ini, 12 RabiulAwwal pun mejelang dan tarikh itu merupakan tarikh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di dunia ini...

Betapa besarnya jasa baginda kepada kita ummat islam memang tak dapat nak digambarkan..huhu...Begitu besar pengorbanan Baginda dan para sahabat dlm menyebarkan agama Islam yg dahulunya mendpt tentangan keras sehinggalah akhirnya Islam dapat bertapak di dunia ini dengan kehendak Allah s.w.t.

hmmm....cukup sayangkah kite pada Rasulullah s.a.w? kalau cukup, di mana buktinya? nak kate berselawat kepada Baginda? kalau tak dijadikan selawat tuh rukun dalam solat...mungkin kita tak berselawat langsung kepada Baginda...di sini la lemahnya ummat Islam akhir zaman. byk disibukkan dengan hal duniawi. hmmm...perjuangan RAsulullah s.a.w dan para sahabat tidak pernah dihayati...malah, kalau ditanye kronologi sejarah bagaimana terjadinya revolusi perancis, kite boleh jawab dengan cukup baik..tapi bile di tanye sirah Nabi Muhammad s.a.w, ramai yg teragak agak untuk menjawab...[termasuk la si tuan punya blog] isk isk...

sudikah RAsulullah s.a.w berjumpa dgn ummat nya yang sebegini? yg tidak mengingati baginda di kala kelapangan? yg tidak mengambil tahu sunnah sunnah nye? malah ade yg memperlekehkan...kadang kadang kite tak sedar sebab we choose to be ignorant, aren't we? kat padang mahsyar nanti, mahukah Rasulullah datang kepada kita? usah tunggu padang masyar, alang di dunia nih pun, kita tak dapat untuk bermimpi berjumpa RAsulullah s.a.w....betapa menunjukkan kasih sayang kita kepada Baginda s.a.w masih cetek...kita tak mampu lagi mengalirkan air mata apabila melagukan selawat selawat yg memuji Rasulullah s.a.w...

hmmm....sesama kita muhasabah diri...ingat, cinta Allah cinta pertama yg patut kita kejar, diikuti oleh cinta kepada RAsulullah s.a.w. Mcm mana kita sayangkan mak ayah kite, kite tak nak sakitkan hati mak ayah kite, sepatutnye, kite lagi la sayangkan Rasulullah dan makin tak nak sakitkan hati Rasul junjungan kite....

lastly, buat renungan bersama, kisah detik terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w....cerita ini mampu membuatkan kita mengalirkan mata....cuba bukakan hati...hayati kisah ni...moga diri lebih mencintai Rasulullah s.a.w yg amat amat amat menyayangi ummatnya walau Baginda s.a.w. tidak pernah bertemu dgn ummatnya ini....wallahuálam bissawab.....


DETIK DETIK TERAKHIR HIDUP SEORANG PEMIMPIN ALAM SEMESTA


Peristiwa tentang wafatnya seorang Pemimpin alam semesta, seorang Nabi dan Rasul Allah yang terakhir, Muhammad s.a.w. merupakan peristiwa yang maha besar. Isyarat tentang terjadinya peristiwa yang amat mengharukan itu antara lain terlukis dalam bunyi Khutbah Arafah yang dibawakan oleh Rasulullah dan juga bunyi firman Allah yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika beliau menunaikan Haji Wada' (Perpisahan).



"Pada hari ini Aku (Allah) sempurnakan bagimu Agamamu, Aku cukupkan nikmatKu untukmu dan Aku rela Islam sebagai agama anutanmu." (Al-Maidah-3)



Khutbah 'Arafah



Setelah mencucurkan keringat, darah dan air mata selama kurang lebih 23 tahun lamanya, berjuang bersama para sahabat beliau berjihad berdakwah menegakkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan ilahi akhirnya Allah merelakan Islam sebagai agama satu-satunya yang diridhoi-Nya.

Setelah berhala-berhala, patung-patung ciptaan manusia diruntuh-ratakan sebagai simbol runtuhnya kemusyrikan kemudian diisi beliau dengan air hikmah, Iman dan Tauhid yang murni, maka terasalah oleh beliau, bahwa ia tak lama lagi akan dipanggil Allah, berpisah dengan umat dan sahabat beliau.

Pada musim Haji tahun ke-10 Hijriah, bersama-sama kurang lebih 140.000 kaum Muslimin yang datang dari segenap penjuru Arabia, beliau pun menunaikan ibadah Haji Akbar yang bagi beliau sendiri merupakan Haji Perpisahan, karena beliau tidak dapat lagi bersama umatnya menunaikan ibadah suci itu pada tahun mendatang.

Dalam Haji wada' inilah beliau disamping menyampaikan mutiara wasiat bagi umat beliau juga menyelipkan ultimatum Allah kepada kaum Musyrikin, bahwa Allah dan Rasul-Nya telah memutuskan hubungan (selain mu'amalah) dengan mereka karena aqidah mereka yang bernoda. Dan sejak tahun ke-9 Hijriah telah dibuat tapal batas tanah suci Makkah dan Madinah , dimana kaum kafir sama sekali tidak diijinkan menginjaknya sampai hari kiamat kelak.



Khutbah 'Arafah ini disamping merupakan pegangan 'hidup dan matinya' kaum muslimin adalah juga merupakan piagam perdamaian yang mermakna sosial yang tinggi, diucapkan beliau dari atas untanya di Namirah dekat bukit Arafah yang terletak di tengah- tengah padang Arafah yang luas. Berikut ini adalah sebagian khutbah beliau :



"Wahai manusia sekalian, dengarkan nasihatku baik-baik, karena barangkali aku tidak dapat lagi bertemu muka dengan kamu semua di tempat ini !

"Tahukah kamu semua, hari apakah ini? yang dijawab sendiri oleh beliau : Inilah hari Nahar, hari kurban yang suci. Tahukah kamu bulan apakah ini? Inilah bulan suci. Tahukah kamu tempat apakah ini? Inilah kota yang suci".



Haram menumpahkan darah


"Maka dari itu aku permaklumkan kepada kamu semua bahwa darah dan nyawamu, harta bendamu dan kehormatan yang satu terhadap yang lainnya haram atas kamu sampai kamu bertemu dengan Tuhanmu kelak. Semua harus kamu sucikan sebagaimana sucinya hari ini, sebagaimana sucinya bulan ini dan sebagaimana sucinya kota ini. Hendaklah berita ini disampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir di tempat ini oleh kamu sekalian ! Bukankah aku telah sampaikan?!"



Hapuskan Riba


"Hari ini hendaklah dihapuskan segala macam bentuk riba. Maka barang siapa yang memegang amanah di tangannya, maka hendaklah ia bayarkan kepada yang empunya. Dan sesungguhnya Riba Jahiliah itu adalah batil. Dan awal riba yang pertama sekali aku sapu bersih adalah riba yang dilakukan oleh pamanku sendiri, Abbas bin Abd. Mutthalib.

"Hari ini haruslah dihapuskan semua bentuk pembalasan dendam pembunuhan Jahiliah, dan penuntutan darah ala Jahiliah yang mula pertama aku hapuskan adalah atas tuntutan darah "Amir bin Haris.

"Wahai manusia !, Hari ini Setan telah putus asa untuk dapat disembah pada bumimu yang suci ini. Tetapi ia bangga bila kamu dapat menaatinya walaupun dalam perkara yang kelihatannya kecil sekalipun, maka waspadalah kamu atasnya !

"Hai manusia ! Sesungguhnya zaman itu beredar semenjak menjadikan langit dan bumi".



Pegangan Hidup


"Wahai manusia ! Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kamu sesuatu , yang bila kamu pegang ia erat-erat niscaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu : Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Hai manusia dengarkanlah baik-baik apa yang aku ucapkan kepadamu, niscaya kamu bahagia selamanya dalam hidupmu!"



Persaudaraan Islam


"Wahai manusia ! Kamu hendaklah mengerti, bahwa orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Maka bagi masing-masing pribadi di antara kamu terlarang keras untuk mengambil harta saudaranya kecuali dengan izin hati yang ikhlas. Bukankah aku telah menyampaikan ?!"

"Janganlah kamu setelah aku meninggal nanti kembali kepada kafir, dimana sebagian kamu mempermainkan senjata untuk menebas batang leher kawannya yang lain . Karena, bukanlah telah aku tinggalkan untukmu pedoman yang benar, yang bila kamu ambil ia sebagai pegangan dan suluh kehidupanmu tentu kamu tidak akan sesat, yakni Kitab Allah.

"Hai Umat, bukankah telah aku sampaikan kepadamu ? Ya..Allah saksikanlah...!"



Persamaan Hak


"Hai manusia ! Sesungguhnya Tuhan kamu itu tunggal, dan sesungguhnya kamu berasal dari satu Bapak. Semua kamu dari Adam dan Adam terjadi dari tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu semua di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa, tidak sedikitpun ada kelebihan bangsa Arab itu dari yang bukan Arab, kecuali dengan taqwa.

"Hai umat, bukankah aku telah menyampaikan ?! ya..Allah saksikanlah ! Maka hendaklah barang siapa yang hadir di antara kamu di tempat ini berkewajiban untuk menyampaikan pesan wasiat ini kepada mereka yang tidak hadir !"



Setelah Nabi mengakhiri Khutbah Al-Wada' yang amat berkesan itu dengan nada suaranya yang tinggi sambil menunjuk ke langit, maka berteriak pulalah para jemaah haji yang sedang berkumpul di padang Arafah itu menyahut serentak dengan suaranya yang lantang bergema membahana, membelah kesunyi-senyapan padang pasir yang luas tandus itu dengan beramai-ramai mengucapkan : "Demi Allah ! Sesungguhnya Engkau (Muhammad) telah menyampaikan amanah perintah-perintah Tuhanmu !"



" Diriwayatkan, bahwa setelah turun wahyu Al-Quran, surat Al-Maidah ayat 3 seperti tersebut di atas, menangislah Umar bin Katthab r.a. Maka Nabi s.a.w. berkata kepadanya : "Apakah gerangan yang menyebabkan engkau menangis hai Umar ?", tanya Rasulullah. Umar menjawab : "Kita semua sudah berada dalam Agama yang sempurna lengkap. Tetapi bila ia sudah berada pada titik puncak kesempurnaan, maka di atas itu tidak ada lagi yang lain, kecuali suatu kemundurun". Nabi menukas: "Benarlah engkau !"

Surat Al- Maidah ayat 3 diturunkan di Padang Arafah pada hari Jum'at sesudah Ashar, yakni di saat Nabi berkendaraan di atas untuanya. Sesudah itu apa-apa yang berkenaan dengan perintah-perintah yang fardhu tidak turun-turun lagi dari langit.



Pada mulanya Nabi tidak mampu untuk menduga-duga kemungkinan- kemungkinan yang terselip dalam arti ayat di atas sehingga beliau terengah dan bertelekan di atas untanya saja. Unta pun berhenti terhenyak dan malaikat Jibrail pun datanglah sambil berkata kepada Nabi : "Ya...Muhammad ! Hari ini telah sempurna urusan agamamu, telah selesai apa yang diperintahkan Tuhanmu dan juga segala apa yang dilarang-Nya. Dari itu kumpulkanlah semua sahabatmu, dan beritahukan kepada mereka, bahwa saya tidak akan turun-turun lagi membawa wahyu kepadamu sesudah hari ini !"

Maka pulanglah Nabi dari Makkah kembali ke Madinah. Dan disana dikumpulkanlah oleh beliau para sahabatnya dan dibacakanlah ayat ini kepada mereka serta diberitahukannya apa yang dikatakan Jibrail kepadanya itu.

Semua sahabat menjadi gembira mendengarnya kecuali Abu Bakar r.a. dan para sahabat itu berkata : "Telah sempurnalah agama kita!" Tetapi Abu Bakar pulang kerumahnya sendirian dalam keadaan murung dan sedih. Dikuncinya pintu rumahnya dan ia pun sibuk menangis sepanjang malam dan siang. Hal itu didengar oleh para sshabat dan mereka berkumpul bersama-sama untuk mendatangi rumah Abu Bakar .

- Sahabat bertanya : "Kenapa kerjamu menangis saja hai Abu Bakar di saat orang lain semua bersuka-ria, bukankah Tuhan telah menyempurnakan agama kita ?"

- Abu Bakar menjawab : "Kamu semua tidak tahu bencana-bencana apakah kelak yang akan terjadi menimpa kita semua . Apakah kamu tidak mengerti : bahwa tidak ada sesuatu apabila ia telah sampai kepada titik kesempurnaan, melainkan itu berarti permulaan kemerosotannya. Dalam ayat terbayang perpecahan di kalangan kita nanti, dan nasib Hasan dan Husein yang akan menjadi anak yatim, serta para isteri Nabi yang menjada Janda ".



Mendengar itu terpekiklah para sahabat dan dalam suasana penuh keharuan mereka menangislah semuanya, dan terdengarlah ratap tangis yang sayu dari rumah Abu Bakar itu oleh para tetangga yang lain dan mereka ini datang segera langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri sambil menanyakan kepada beliau tentang hakikat kejadian yang sebenarnya.

"Ya Rasul Allah, kami tidak tahu keadaan yang menimpa diri para sahabat, kecuali kami hanya mendengar pekik-tangis mereka belaka". Mendengar itu berubahlah wajah Rasulullah dan ia pun segera berdiri menuju tempat para sahabat. Setelah dilihatnya para sahabat dalam keadaan demikian rupa, beliau pun bertanya : " Apakah yang kalian tangiskan ?" Menjawablah Ali : "Abu Bakar berkata kepada kami: "Sesungguhnya saya mendengar angin kematian Rasulullah berdesir melalui ayat ini," dan bukanlah dapat dijadikan bukti ayat ini bagi kematian engkau ?"



Nabi menjawab : "Benarlah Abu Bakar dalam segala apa yang dikatakannya itu. Telah dekat masa kepergianku dari antara kamu semua, dan telah datang masa perpisahanku dengan kamu semua".

Penegasan Nabi itu adalah isyarat, bahwa benarlah Abu Bakar seorang yang paling arif di antara para sahabat Nabi. Dan ketika Abu Bakar mendengar ucapan Nabi itu ia pun berteriak dan lantas jatuh pingsan. Ali menjadi gemetar, para sahabat menjadi gelisah; mereka semua ketakutan dan menangis menjadi-jadi. Begitu juga para malaikat di langit, makhluk-makhluk melata di bumi, hewan-hewan di daratan dan di lautan semuanya turut berkabung duka cita. Kemudian Nabi bersalam berjabatan-tangan dengan satu demi satu para sahabat mengucapkan perpisahan dan beliau pun menangislah sambil memberikan amanah-nasehat kepada mereka semua.

Setelah turun ayat Al-Qur'an yang terakhir itu, Nabi Muhammad s.a.w. masih menjalani hidupnya 81 hari lagi. Ya demikianlah setelah ayat itu turun beliau naik ke atas mimbar mengucapkan khutbah sambil menangis, dan hadirin mendengarkannya sambil bercucuran air mata pula. Suatu khutbah yang mendebarkan hati dan menegakkan bulu roma, tetapi di samping itu juga khutbah yang mengungkapkan harapan-harapan dan peringatan-peringatan.



Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahwa setelah dekat waktu wafatnya, Rasulullah memerintahkan Bilal supaya adzan, memanggil manusia untuk sholat berjama'ah. Maka berkumpullah kaum Muhajirin dan Anshor ke Masjid Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sholat dua raka'at yang ringan kemudian beliau naik ke atas mimbar lalu mengucapkan puji dan sanjung kepada Allah SWT, dan kemudian beliau membawakan khutbahnya yang sangat berkesan, membuat hati terharu dan menangis mencucurkan air mata. Beliau berkata antara lain :



"Sesungguhnya saya ini adalah Nabimu, pemberi nasihat dan da'i yang menyeru manusia ke jalan Tuhan dengan izin-Nya. Aku ini bagimu bagaikan saudara yang penyayang dan bapak yang pengasih. Siapa yang merasa teraniaya olehku di antara kamu semua, hendaklah dia bangkit berdiri sekarang juga untuk melakukan qisas kepadaku sebelum ia melakukannya di hari Kiamat nanti".

Sekali dua kali beliau mengulangi kata-katanya itu, dan pada ketiga kalinya barulah berdiri seorang laki-laki bernama 'Ukasyah Ibnu Muhsin". Ia berdiri di hadapan Nabi s.a.w. sambil berkata : "Ibuku dan ayahku menjadi tebusanmu ya Rasulullah. Kalau tidaklah karena engkau telah berkali-kali menuntut kami supaya berbuat sesuatu atas dirimu, tidaklah aku akan berani tampil untuk memperkenankannya sesuai dengan permintaanmu. Dulu, aku pernah bersamamu di medan perang Badar sehingga untaku berdampingan sekali dengan untamu, maka aku pun turun dari atas untaku dan aku menghampiri engkau, lantas aku pun mencium paha engkau. Kemudian engkau mengangkat cambuk memukul untamu supaya berjalan cepat, tetapi engkau sebenarnya telah memukul lambung-sampingku; saya tidak tahu apakah itu dengan engkau sengaja atau tidak ya...Rasul Allah, ataukah barangkali maksudmu dengan itu hendak melecut untamu sendiri?"

Rasulullah menjawab: "Maha suci Allah ya "Ukasyah, bahwa aku akan bermaksud memukul engkau dengan sengaja". (nampaknya Rasulullah ingin menghindarkan peristiwa ini agar tidak ditiru oleh umat beliau yang lain dan agar tidak terjatuh pada pemahaman islam yang dangkal - pen).



Kemudian Nabi menyuruh Bilal supaya pergi ke rumah Fatimah, "supaya Fatimah memberikan kepadaku cambukku"' kata beliau. Bilal segera ke luar Masjid dengan tangannya diletakkannya di atas kepalanya keheranan sambil berkata sendirian: "Inilah Rasulullah memberikan kesempatan mengambil qisas terhadap dirinya!" Diketoknya pintu rumah Fatimah yang menyahut dari dalam : "Siapakah di luar ?" "Saya datang kepadamu untuk mengambil cambuk Rasulullah "'jawab Bilal.

- "Apakah yang akan dilakukan ayahku dengan cambuk ini?" tanya Fatimah kepada Bilal.

- "Ya Fatimah ! Ayahmu memberikan kesempatan kepada orang lain untuk mengambil qisas terhadap dirinya"' Bilal menegaskan.

- Siapakah pula gerangan orang itu yang sampai hati mengqisas Rasulullah ?" tukas Fatimah keheranan.



Bilal pun mengambil cambuk dan membawanya masuk Masjid, lalu diberikannya kepada Rasulullah, dan Rasulullah pun menyerahkannya ke tangan 'Ukasyah.



Tatkala hal itu dilihat oleh Abu Bakar dan Umar r.a., keduanya berkata kepada 'Ukasyah: "Hai 'Ukasyah ! kami sekarang berada di hadapanmu, pukul qisas-lah kami berdua, dan jangan sekali-kali engkau pukul Rasulullah s.a.w. !" Rasulullah menyela dengan katanya : "Duduklah kalian berdua, Allah telah mengetahui kedudukan kamu berdua !"



Kemudian berdiri pula Ali bin Abi Tholib sambil berkata : "Hai 'Ukasyah ! Saya ini sekarang masih hidup di hadapan Nabi s.a.w. Aku tidak sampai hati melihat kalau engkau akan mengambil kesempatan qisas memukul Rasulullah. Inilah punggungku, maka qisaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku dengan tangan engkau sendiri!" Nabi pun menukas pula :

"Allah S.W.T. telah tahu kedudukanmu dan niatmu, wahai Ali"! Kemudian tampil pula kedua kakak beradik, Hasan dan zHusein. "Hai 'Ukasyah ! Bukankah engkau telah mengetahui, bahwa kami berdua ini adalah cucu kandung Rasulullah, dan qisaslah kami dan itu berarti sama juga dengan mengqisas Rasulullah sendiri !"

Tetapi Rasulullah menegur pula kedua cucunya itu dengan berkata :"Duduklah kalian berdua, wahai penyejuk mataku !"

Dan akhirnya Nabi berkata :

"Hai 'Ukasyah ! Pukullah aku jika engkau berhasrat mengambil qisas !"

"Ya Rasul Allah ! Sewaktu engkau memukul aku dulu, kebetulan aku sedang tidak lekat kain di badanku," kata 'Ukasyah. Lantas tanpa bicara Rasulullah segera membuka bajunya, maka berteriaklah kaum Muslimin yang hadir sambil menangis.



Maka tatkala 'Ukasyah melihat putih tubuh Rasulullah, ia segera mendekap tubuh Nabi sepuas-puasnya sambil berkata :



"Tebusanmu adalah Rohku ya Rasul Allah, siapakah yang tega sampai hatinya untuk mengambil kesempatan mengqisas engkau ya Rasul Allah ? Saya sengaja berbuat demikian hanyalah karena berharap agar supaya tubuhku dapat menyentuh tubuh engkau yang mulia, dan agar supaya Allah S.W.T. dengan kehormatan engkau dapat menjagaku dari sentuhan api neraka "



Akhirnya berkatalah Nabi s.a.w.

"Ketahuilah wahai para sahabat ! Barang siapa yang ingin melihat penduduk surga, maka melihatlah kepada pribadi laki-laki ini !". Lantas bangkit berdirilah kaum Muslimin beramai-ramai mencium 'Ukasyah di antara kedua matanya dan mereka berkata: "Berbahagialah engkau yang telah mencapai derajad yang tinggi dan menjadi teman Rasulullah s.a.w. di surga kelak !"



Ya Allah ! demi kemuliaan dan kebesaran Engkau mudahkan jugalah bagi kami mendapatkan syafa'atnya Rasulullah s.a.w. di kampung akhirat yang abadi ! Amien ! (Mau'idzatul Hasanah)



Berkata Ibnu Mas'ud (salah seorang diantara sahabat Nabi yang terdekat) :



"Di kala telah dekat waktu wafatnya Rasulullah s.a.w. kami berkumpul bersama-sama di rumah ibu kita Aisyah r.a. Nabi menoleh kepada kami dan kemudian kedua matanya mencucurkan air mata, dan kemudian beliau berkata antara lain :

"Ahlan, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Selamat datang bagi kalian semua, semoga Allah melimpahkan rahmat Nya kepada kamu!). Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertaqwalah dengan taat kepada-Nya. Telah dekat masa perpisahan dan waktu pulang kepada Allah dan kepada Surga Al-Makwa. Hendaklah Ali memandikan saya, Al-Fadhal bin Abbas dan Usamah bin Zaid yang menuangkan air, dan kemudian kafanilah aku dengan kainku jika kamu menghendaki yang demikian atau dengan kain putih buatan Yaman !"

"Apabila kamu telah selesai memandikanku letakkanlah jenazahku di atas tempat tidurku di rumahku ini di atas pinggir lubang kuburku. Kemudian bawalah aku keluar sesaat, maka awal pertama kali yang memberi sholawat kepadaku adalah Allah 'Azza wa Jalla sendiri, kemudian Jibrail, kemudian Mikail, kemudian Israfil, kemudian malaikat Maut (Izrail) bersama pasukannya dan kemudian segenap para Malaikat. Sesudah itu barulah kamu masuk kepadaku rombongan demi rombongan dan sholatkanlah aku bersama-sama!"

"Setelah para sahabat mendengar kata-kata amanah perpisahan Rasulullah s.a.w. mereka menjerit dan menangis dan kemudian berkata : "Ya Rasul Allah ! Engkau adalah Rasul kami, penghimpun pembina kekuatan kami dan penguasa urusan kami, apabila engkau pergi dari kalangan kami, kepada siapakah gerangan lagi kami serahkan urusan kami ?"

Maka menjawablah Nabi s.a.w. antara lain demikian bunyinya :

"Aku tinggalkan kamu di atas jalan yang terang, dan aku tinggalkan untukmu dua juru nasehat: yang berbicara dan yang diam. Penasehat yang berbicara ialah Al-Qur'an dan yang diam ialah Maut. Apabila kamu menghadapi persoalan-persoalan yang musykil, maka kembalilah kepada Al-Qur'an dan Sunnah, dan apabila hatimu kesat-kusut, maka tuntunlah dia dengan mengambil iktibar(mengambil hikmah) tentang peristiwa-peristiwa maut !"



Setelah itu Rasulullah jatuh sakit pada akhir bulan Safar dan tetap sakit selama 18 hari (ada yang mengatakan 13 hari dan ada pula yang mengatakan 7 hari) yang senantiasa dijenguk oleh para sahabat. Adalah beliau menderita sakit kepala sampai beliau berpulang ke Rahmatullah. Beliau diangkat Allah menjadi Rasul pada hari senin dan meninggal dunia pada hari senin juga. Pada hari akhir hayat beliau, penyakit beliau bertambah berat.

Dalam keadaan beliau yang kritis itu, beliau masih terkenang kepada kaum fakir-miskin dan melarat, dan teringat bahwa masih ada uang simpanannya sebanyak 7 dinar dalam rumahnya. Disuruhnya istrinya tercinta , Siti Aisyah r.a. untuk mengambilkan uangnya itu sambil berkata : "Bagaimana gerangan persangkaan Muhammad terhadap Tuhannya, sekiranya ia menemui Tuhannya sedang di tangannya tergenggam benda ini ?" Kemudian diserahkannyalah harta miliknya yang terakhir itu kepada fakir-miskin sebagai nilai kebajikan.



Setelah Bilal menyerukan adzan di waktu Subuh dengan semerdu-merdu suaranya ia pun berdiri di muka pintu rumah Rasulullah, maka ia pun memberi salam. "Assalamu'alaikum ya Rasul Allah!" Menyahutlah Fatimah, puteri tersayang beliau yang senantiasa mendampingi ayahnya di kala sakit. ""Rasulullah sedang sibuk dengan dirinya sendiri". Kemudian Bilal pergi ke Masjid dan ia tidak mengerti kata-kata Fatimah itu. Tatkala sholat Subuh akan dimulai , maka ia datang ke rumah untuk kedua kalinya dan ia berdiri di pintu sambil mengucapkan salam seperti semula. Kali ini suaranya di dengar Rasulullah dan lantas menyuruhnya masuk dengan katanya : "Masuklah engkau Bilal ! Saya sibuk merawat diri saya dan sakitku bertambah berat. Hai Bilal, suruhlah Abu Bakar memimpin (Imam) Sholat berjamaah!"

Kemudian Bilal pun keluar rumah menuju ke Masjid sambil menangis dan tangannya diletakkan di atas kepalanya dan sambil mengeluh ia berkata: "Oh musibah, putuslah harapan dan patahlah semangat ! Wahai kiranya, alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan ibuku!" Kemudian ia masuk ke dalam Masjid memanggil Abu Bakar. "Hai Abu Bakar !, ujarnya. Sesungguhnya Rasulullah menyuruh engkau tampil supaya mengimami orang banyak karena beliau sangat sibuk sekali dengan keadaan yang menimpa diri beliau".



Waktu Aisyah mendengar Rasulullah menyuruh ayahnya untuk mengimami sholat, ia mengemukakan keberatannya yang sangat kepada Rasulullah, karena katanya, ayahnya adalah orang lemah. "Ayahku, Abu Bakar adalah orang yang lemah, dan bila ia menggantikan kedudukan engkau, niscaya ia tidak mampu kelak", ujar Aisyah. Karena menurut pandangan Aisyah, bahwa konsekuensi menjadi imam itu adalah berat, karena bukan saja seorang itu mampu jadi Imam di Masjid, tetapi juga harus mampu menjadi Imam dalam masyarakat sebagai insan teladan. Dan menurut Aisyah, ayahnya adalah orang lemah yang tidak akan mampu mengemban dan mendukung tugas amanah yang berat itu. Berkali-kali Aisyah mengemukakan keberatannya, sehingga Nabi marah, dan alasan Siti Aisyah itu tidak dihiraukan oleh beliau, karena ia lebih tahu menilai kecakapan para sahabatnya daripada isterinya Aisyah itu. Beliau tetap memerintahkan dan berkata sekali lagi: "Suruhlah Abu Bakar memimpin sholat bersama orang banyak !" Demikianlah akhirnya Abu Bakar sempat mengimami sholat jama'ah bersama kaum muslimin selama 17 waktu menjelang akhir hayat Rasulullah.

Tatkala Abu Bakar melihat ke mihrab Rasulullah, memang ia melihat mihrab dalam keadaan kosong dari kehadiran Rasul, sehingga ia tidak dapat menguasai dirinya sehingga terpekik dan kemudian ia keluar kembali dalam suasana yang penuh duka cita. Maka menjadi gemparlah kaum Muslimin dan kegemparan itu terdengar oleh Rasulullah. Kepada Fatimah beliau bertanya : "Ada apa ini pekik dan kegemparan ?". "Kaum Muslimin menjadi gempar karena mereka tidak melihat ayah berada di kalangan mereka", jawab Fatimah.

Rasulullah kemudian memanggil Ali bin Abi Tholib dan Fadhal bin Abbas untuk membimbing beliau pergi ke Masjid, dan beliau pun sempat berjamaah bersama mereka pada hari Senin itu. Rasulullah memang memaksakan dirinya pergi ke Masjid pada pagi Subuh terakhir itu untuk memberikan ketentraman ke dalam hati umatnya yang sedang resah dan kuatir. Anas bin Malik (seorang sahabat pembantu rumah tangga Rasulullah yang setia selama sepuluh tahun sampai Rasulullah wafat) mengatakan : "Saya tidak pernah melihat Nabi secerah berseri seperti halnya dengan keadaan beliau di kala Subuh terakhir itu". Ya, sambil tersenyum beliau melambaikan tangannya kepada para jemaah yang ramai berdesak-desak itu, demi untuk menghibur dan membujuk jiwa mereka yang sedang dirundung gelisah dan cemas selama ini.



Kemudian setelah selesai menunaikan Shalat berjamaah, maka beliau menghadapkan wajahnya kepada orang banyak sambil berkata :



"Wahai kaum Muslimin ! Kamu semua berada di bawah perlindungan Allah dan penjagaan- Nya. Janganlah lupa bertaqwa kepada Allah dan mentaatiNya, karena aku tak lama lagi akan meninggalkan dunia ini. Inilah awal hari akhirat bagiku dan akhir hari duniaku !"



Kemudian beliau berdiri dan pergi masuk ke dalam rumah beliau.

Setelah itu Allah SWT, memberi perintah kepada Malaikat Maut : "turunlah engkau kepada kekasih-Ku dengan rupa sebagus-bagusnya dan bersikap lemah lembutlah kepadanya dalam menggenggam rohnya. Apabila ia telah memberi izin kepadamu , maka barulah engkau boleh masuk ke dalam rumahnya. Tetapi apabila ia tidak memberi izin maka janganlah engkau masuk dan kembali sajalah !"

Maka turunlah Malaikat Maut (Izrail) ke dunia dengan roman muka seorang Arab, lalu mengucapkan salam : "Assalaamu'alaikum, wahai para keluarga rumah tangga Nabi dan sumber kerasulan ! Apakah saya diijinkan masuk ?" Fatimah menjawab dengan berkata : "Hai hamba Allah, sesungguhnya Rasulullah sedang sibuk dengan dirinya !". Kemudian Malaikat Maut itu berseru untuk kedua kalinya : "Assalaamu'alaikum ya Rasul Allah dan wahai keluarga rumah tangga kenabian, apakah saya diperbolehkan masuk ?" Nabi s.a.w. mendengar suara itu, maka ia bertanya : "Hai Fatimah, siapakah itu gerangan yang berada di pintu ?". "Seorang lelaki Arab memanggil ayah, telah aku katakan kepadanya, bahwa Rasulullah sibuk dengan dirinya sendiri. Kemudian orang itu memanggil sekali lagi dan telah saya berikan jawaban yang sama, tetapi ia memandang kepadaku, maka tegak meremanglah bulu roma kulitku, takutlah hatiku, gemetar segala tulang persendianku dan pucatlah aku", jawab Fatimah.



Maka berkatalah Nabi s.a.w. : "Tahukah engkau siapakah sebenarnya orang itu ya Fatimah ?". "Tidak tahu ayah ", sahut Fatimah.

Berkatalah Rasulullah s.a.w. : "Itulah dia pemusnah segala kelezatan hidup, pemutus segala kesenangan, pencerai-berai persatuan, peroboh rumah tangga dan penambah ramainya penghuni kubur".



Mendengar itu, menangislah Fatimah dengan tangisnya yang keras menjadi-jadi, melolong dan ia berkata :



"Wahai ! akan meninggal kiranya penutup para Nabi;

"Wahai bencana ! akan berpulang kiranya orang taqwa terbaik, dan akan lenyaplah Pemimpin dari segala tokoh orang suci.

"Ah..., celaka ! pasti terputuslah wahyu dari langit. Akan terhalanglah aku dari mendengar kata-kata ayah mulai hari ini, dan aku tidak pernah lagi mendengarkan salam ayah sejak hari ini".



Nabi menjawab : "Ya Fatimah ! Engkaulah keluargaku yang pertama kali berhubungan dengan aku". Dan kemudian beliau berkata kepada Malaikat Maut yang sedang menunggu di luar, "silahkan engkau masuk hai Malaikat Maut !" Maka Malaikat Maut pun masuklah sambil mengucapkan salam : "Salam sejahtera atasmu ya Rasul Allah !" yang lalu dijawab oleh Nabi s.a.w. "Dan juga salam sejahtera bagimu ya Malaikat Maut ! Apakah kedatangan engkau ini berupa kunjungan ziarah ataukah bertugas mencabut nyawa ?"



- "Aku datang untuk keduanya, ziarah dan juga bertugas untuk mencabut nyawa, itu pun jika beroleh izin daripadamu; dan jika tidak saya akan kembali", sahut Malaikat Maut itu.

- Nabi bertanya pula : "Ya Malaikat Maut, dimana tadi engkau tinggalkan Jibrail ?"

- "Saya tinggalkan dia di langit dunia dan para Malaikat senantiasa memuliakannya", jawab Malaikat Maut. Dan tak berapa lama kemudian, maka datanglah Malaikat Jibrail a.s. menyusul, dan terus duduk di dekat kepala Rasulullah.

- "Apakah engkau tidak tahu, bahwa perintah telah dekat?" tanya Rasulullah kepada Jibrail.

- "Benar, ya Rasul Allah !" sahut Jibrail.

- Gembirakanlah saya ! Apakah gerangan kehormatan yang kiranya akan saya peroleh di sisi Allah ?" tanya Rasulullah.

- "Sesungguhnya pintu-pintu langit telah dibuka, dan para Malaikat telah siap berbaris-baris menunggu kedatangan roh engkau di langit; pintu-pintu surga pun telah dibuka menyongsong kedatangan roh engkau", kata Jibrail.

- "Alhamdulillah", jawab Nabi s.a.w. yang kemudian berkata : "Ya Jibrail ! Gembirakanlah aku, bagaimana keadaan umatku nanti di hari Kiamat ?"

- "Aku beri engkau kabar gembira, bahwa Allah SWT telah berfirman : "Sesungguhnya Aku (Allah) telah mengharamkan surga bagi semua Nabi-Nabi sebelum engkau memasukinya terlebih dahulu, dan Allah mengharamkan pula surga itu kepada sekalian umat manusia sebelum umat engkau terlebih dahulu memasukinya", jawab Jibrail.

- "Sekarang barulah senang hatiku dan hilang kekhawatiranku", kata Nabi yang selanjutnya menghadapkan ucapannya terhadap Malaikat Maut : "Ya Malaikat Maut, sekarang mendekatlah kepadaku !"

Maka mendekatlah Malaikat Maut mengadakan pemeriksaan untuk menggenggam roh Nabi s.a.w. Tatkala sampai roh itu di pusat, Nabi berkata kepada Malaikat Jibrail : "Alangkah beratnya penderitaan maut itu !" Jibrail pun tak sampai hati melihat keadaan Nabi yang dalam keadaan seperti itu dan ia pun memalingkan wajahnya sejenak dari memandang Rasulullah s.a.w.

- "Apakah engkau benci melihat wajahku, ya Jibril ?" tanya Rasulullah.

- "Wahai kekasih Allah, siapakah gerangan yang tega sampai hatinya melihat wajahmu sedang engkau berada dalam situasi kritis sekarat al-maut ?" jawab Jibrail.



Berkata Anas bin Malik r.a.: "Adalah roh Nabi s.a.w. sampai di dadanya dan beliau waktu itu masih dapat berkata :

"Aku berpesan kepada kamu semua tentang Shalat dan tentang hamba sahaja yang berada di bawah tanggung jawab kamu". Dan pada penghujung nafasnya yang terakhir beliau menggerakkan kedua bibirnya dua kali dan aku pun mendekatkan telingaku baik-baik, maka aku masih sempat mendengar beliau berkata dengan pelan-pelan : "Ummati ! Ummati !" (umatku ! umatku!). Maka dijemputlah roh suci Rasulullah s.a.w. dalam keadaan wajah berseri-seri dan bibir manis yang bagaikan hendak tersenyum, dipangkuan isteri tercinta, Aisyah r.a. pada hari Senin tanggal 12 bulan Rabi'ul Awwal, yakni di kala matahari telah tergelincir di tengah hari pada tahun ke-11 Hijriah, bersesuaian dengan tanggal 3 Juni tahun 632 Masehi. (menurut M. Khudhary Bey : hari senin 13 Rabi'ul awwal th. 11H - 18 Juni 633 M; menurut M Ridha tanggal 7 Juni 632 M.) . Dan adalah umur Nabi waktu itu genap 63 tahun menurut riwayat yang termashur dan yang paling sah.


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:00 am"

(0) comments



Sunday, April 17, 2005

CERPEN MENARIK

mampukah? mampukah? mampukah? tanye diri sendiri sampai infiniti, baik lelaki mahupun perempuan

AMIR SYUHADA

Untuk pertama kalinya dia tumpahkan airmata kesedihannya saat usianya belum genap sepuluh tahun. Saat itu, di depan matanya dia menyaksikan kedua orang tuanya dan ratusan ribu bangsanya dibantai dan diusir dari Deir Yasin. Itulah saat pertama dia mengenal langsung kekejaman Yahudi yang selama ini hanya didengarnya dari cerita ibunya, dan saat itu pula tergambar bayang-bayang penderitaan bangsanya Kemudian tangis kesedihan itu secara beruntun menerpanya, ketika Irgun membawa satu persatu orang-orang tercintanya tanpa pernah lagi kembali. Saat dia melepas suaminya pada perang Ramadhan (1973), saat itu Amir, putera mereka, baru saja melewati satu tahun usianya. Amir masih terlampau kecil untuk memahami, ketika suatu senja seseorang datang memberitahu tentang kesyahidan ayahnya.

Sudah terbayang masa depan hidupnya, seorang janda dan seorang bayi di tengah penindasan Yahudi. Saat itu tidak ada yang ingin dilakukannya kecuali menangis. Tapi tidak, dia tidak melakukan itu. Saat itulah dia memulai tekadnya untuk tidak ingin menambah kegembiraan orang-orang Yahudi dengan airmata kesedihannya. Lebih dari itu dia tidak ingin mengajari Amir menjadi pemuda yang lemah. Dan sejak saat itu pula, setiap kesedihan yang menerpa, digubahnya menjadi senandung-senandung jihad yang dia bisikkan ke telinga Amir, hingga memenuhi rongga dada anaknya. Dia masih mampu bertahan untuk tidak menangis saat pembantaian Taal el-Zatar ataupun Sabra Shatila yang menghabisi kerabatnya yang tersisa. Masih disisakan sedikit harapan dalam dirinya demi seorang Amir putera tercintanya. Dia tidak ingin menyia-nyiakan warisan paling berharga dari suaminya itu. Sekian tahun dia telah membendung tangis itu, tapi tidak untuk hari ini.

Kata-kata pemuda tampan dihadapannya telah mengikis kekukuhan benteng pertahanannya. Dicubanya untuk mengelak dan memujuk hatinya, bahawa yang didengarnya beberapa minit yang lalu hanyalah mimpi. Tapi susuk di depannnya teramat nyata untuk dia mengingkarinya. Amir Syuhada, pemuda tegap didepannya itu, satu-satu puteranya, kembali mengulang kata-katanya, "Bonda, izinkan anakanda pergi berjihad". Suara itu terdengar lembut dan penuh harap, seperti lima belas tahun yang lalu ketika Amir kecil meminta baju buat berhari raya. Tapi suara itu kini memendam sebuah tekad dan keberanian, dan dia tahu bahwa dia takkan mungkin sanggup menaha n gelora itu. Wanita tua itu menarik nafas panjang menahan esak yang satu persatu saat keluar. Terasa masih terngiang di telinganya 23 tahun yang lalu, kalimat senada diucapkan suaminya. Dengan berat hati dilepasnya pemergian suaminya. Dia masih menyimpan sedikit harapan bahawa suaminya akan kembali, meskipun kenyataan yang terjadi tidaklah sesuai dengan apa yang diharapkannya. Tapi kali ini hatinya teramat berat, kerana dia tahu benar apa yang dimaksud dengan kata "Jihad" oleh Amir anaknya. Baru dua hari yang lalu Amir dengan bersemangat bercerita tentang kawan-kawannya yang syahid dalam aksi bom syahadah. Itu ertinya, dia harus menguburkan seluruh harapan akan kembalinya puteranya dengan selamat, bahkan sepotong tubuhnya sekalipun.

"Amir Syuhada" (pemimpin para syahid), perlahan diejanya nama puteranya. Nama yang diberikan oleh suaminya. Nama yang menyimpan sebuah cita-cita amat dalam. "Aku tidak berharap dia menjadi orang terkenal di dunia kerana memimpin sebuah angkatan perang, tapi aku ingin dia menjadi orang terkenal di akhirat kerana memimpin rombongan syuhada. Dia harus menjadi orang yang pertama menyambut setiap kali kesempatan jihad itu datang", begitulah harapan suaminya. Betapa cepat perjalanan hidup. Betapa cepat harapan-harapan berganti. Seminggu yang lalu, Amir dengan malu-malu mengungkap keinginannya untuk mengakhiri masa bujangnya dengan membina rumahtangga. Ya, Amir ingin menikah. Sudah terbayang seorang gadis cantik menjadi menantunya, bahkan sudah terbayang pula cucu-cucu yang akan meramaikan rumah buruknya ini. Namun kehendak ternyata berkata lain. Bukan perlengkapan nikah yang dibawa pulang puteranya hari ini. Tapi sepotong baju khusus dengan kabel-kabel di sana sini dan beberapa bungkusan aneh yang baru kemudian dia tahu berisi bom. Esaknya mulai terdengar saling memburu. Begitupun cairan bening di matanya dibiarkannya mengalir, tanpa usaha lagi untuk menahan. Amir pun terdiam mematung. Baru ketika ibunya mulai tenang, diraihnya tangan tua itu dan digenggamnya penuh perasaan sambil berucap, "Bonda, anakanda lakukan ini kerana anakanda ingin merealisasikan apa yang selama ini menjadi doa bonda terhadap anakanda."

Sekilas wanita tua itu terhenyak mendengar pertuturan anaknya, tapi dia tetap diam tak menyahut. Amir melanjutkan ucapannya, "Bukankah bonda yang setiap malam berdoa agar anakanda menjadi anak yang soleh? Inilah anakanda yang berusaha mewujudkan harapan bonda. Bukankah bonda selalu menasihati anakanda untuk sentiasa istiqamah memegang panji dakwah ini, dan sentiasa memenuhi hidup dengan jihad dan pengorbanan? Menegakkan kalimat tauhid, melindungi kaum yang lemah, membela kebenaran dan keadilan? Bukankah bonda selalu mengingatkan bahawa kemanisan iman hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegak kannya dalam dirinya, bahawa bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang berjuang membela kebenaran dan keadilan, bahawa kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan pada pejuang yang telah berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan, bahawa ketabahan dan kesabaran berjuang hanya akan diberikan pada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah? Bukankah bonda yang berulangkali mengatakan hal itu? Inilah anakanda Amir yang berusaha menjalankan nasihat Bonda."

Amir mencuba untuk tetap tersenyum, sambil tangannya menggenggam telapak tua ibunya. Dulu ketika masih kecil dia suka merengek dan menarik-narik tangan itu jika menginginkan sesuatu. "Tapi aku tidak berdoa agar kamu mati," perlahan ibunya bereaksi. Dan masih dengan tersenyum Amir berucap, "Bonda...," dengan gaya merajuk Amir menyebut ibunya dan melanjutkan ucapannya, "Siapa yang mahu mati? Bonda tentu masih ingat, bagaimana ketika anakanda masih berusia 7 tahun. Jika anakanda menangis, Bonda selalu menghibur dengan cerita tentang kepahlawanan ayah, tentang keberanian ayah dalam setiap medan tempur, tentang kisah kesyahidan ayah, dan bonda selalu mengakhirinya dengan membaca ayat, Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, namun sesungguhnya mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapatkan rezeki.

Bonda, anakanda berjihad bukan untuk mati, tapi anakanda berjihad untuk syahid, untuk kehidupan yang lebih abadi." "Tapi tidak dengan bunuh diri," ibunya menukas. "Bunuh diri? Siapa yang mengatakan itu pada Bonda," terdengar nada bicara Amir meninggi, ketika sedar dengan siapa dia berbicara, kembali Amir melunakkan suaranya sambil mengulang pertanyaannya. "Siapa yang mengatakan itu pada Bonda?" tanpa menunggu jawapan, Amir melanjutkan, "Bonda.., Bonda tentu masih ingat ketika anakanda masih kecil, bonda yang selalu mengiring tidur anakanda dengan senandung jihad. Bonda yang menanam benih-benih keberanian itu dalam rongga dada anakanda, Bonda yang telah menyalakan api revolusi itu dalam jiwa anakanda. Kini hantarkanlah anakanda pergi ke medan jihad dengan senandung itu, izinkan anakanda membakar kesombongan Yahudi dengan api itu. Bonda, masih ingatkah Bonda akan senandung Khubaib bin Ady r .a. saat menjelang digantung orang-orang kafir Quraisy?
Sekiranya Allah menghendaki keberkahan dengan menghancurkanlumatkan tubuhku aku takkan peduli, asalkan aku mati sebagai muslim untuk Allah-lah kematianku pasti.

"Sungguh Bonda, jika tegaknya kalimat Allah di bumi ini harus dibayar dengan carikan- carikan tubuh anakanda, anakanda tidak akan pernah mundur. Bonda pula yang berkisah tentang kepahlawanan Ikramah dalam perang Yarmuk, ketika dia berseru, "Siapa yang sedia berjanji setia kepadaku untuk mati?" Kemudian 400 mujahidin serentak menyambutnya, dan mereka tidak mundur sejengkal pun sampai menemui kesyahidan. Inikah yang hendak bunda katakan bunuh diri...? Tidak Bonda, anakanda telah menj ual diri ini pada Allah, biarkan anakanda menepati janji." Sejenak ruang itu hening. Esakan wanita tua itupun sudah lama reda, hanya genangan bening yang masih tersisa di sudut matanya. Meski tanpa harap, dicubanya untuk terakhir kali memujuk puteranya, seperti mengingatkan dia bertanya, "Bukankah beberapa waktu lalu kau telah berniat untuk menikah?" Masih dengan senyumnya, Amir menjawab, "Bonda, sekian lama anakanda belajar tentang erti sebuah cinta. Dan anakanda telah menemukan, bahawa cinta yang tertinggi hanyalah untuk Allah. Sekian lama anakanda memendam rindu untuk bertemu Allah, dan saat ini kesempatan itu telah datang. Sungguh Bonda, anakanda tidak ingin kehilangan kesempatan." Diucapkannnya kalimat terakhir dengan nada yang tegas.

Wanita tua itu kembali menarik nafas panjang. Ditatapnya pemuda tegap di hadapanya, seakan dia ingin memastikan bahawa pemuda di hadapannya itu benar-benar Amir anaknya. Dia sebenarnya sudah menyedari sejak lama, bahawa saat-saat seperti ini pasti akan terjadi. Dia pun tahu tak seharusnya mencegah maksud puteranya. Amir bukan lagi kanak kanak kecil yang boleh dipulas telinganya kalau nakal, atapun dipujuk dengan sepotong kuih agar tidak menangis. Amir kini telah membesar menjadi pemuda dewasa, bahkan mungkin terlalu dewasa untuk pemuda seusianya. Dia tahu bahwa kata-kata yang diucapkan Am ir benar adanya. tapi dia merasa begitu berat untuk memujuk naluri keibuannya. Sejak Amir terlibat dengan berbagai aktivitas HAMAS, dia sebenarnya telah berusaha mencuba meyakinkan hatinya, bahawa Amir bukanlah miliknya.

Benar, ia telah melahirkannya, memberinya kasih sayang, tapi dia sama sekali tidak berhak mementingkan keinginannya. Benar dia telah menyerikan rumah bagi raganya, tapi tidak pada jiwanya, kerana jiwanya telah menjadi penghuni rumah masa depan yang kini sedang dirisaukannya. Amir telah menjadi milik zamannya, sejarahnya dan tentangannya.

Dia hanyalah sebatang busur, dan Amir adalah anak panah yang meluncur. Sang Pemanah Maha Tahu sasaran bidikan keabadian. Direntangkan-Nya busur itu dengan kekuasaan-Nya hingga anak panah itu meluncur jauh dan tepat. Meliuk dalam suka cita dalam rentangan tangan Sang Pemahan. Sang Pemanah mengasihi anak panah yang meluncur laksana kilat, sebagaimana pula dikasihi-Nya busur yang mantap. Dia seharusnya gembira, 24 tahun ini mendapatkan kesempatan menyertai perjalanan sejarah Amir. Dia seharunya bangga kerana benih yang dia tanam dengan senandung-senandungnya telah tumbuh subur, dan kini saatnya berbuah. Tidak, dia tidak boleh terbawa perasaannya. Dia tidak boleh menghalangi buah yang telah ranum untuk dipetik. Di tatapnya wajah pemuda di had apannya, sungguh tampan dan bercahaya, persis wajah as-syahid suaminya. Sorot matanya tajam, menyimpan semangat yang bergelora. Sama sekali tak ditemukan keraguan di sana.
Perlahan tangan tuanya meraba wajah itu. Wanita tua itu mencuba untuk tersenyum, ya, dia harus ikhlas. Dengan suara bergetar dia berkata, "Pergilah anakku, jangan kau risaukan bonda. Simpan kesedihan dan derita bonda jauh disudut hatimu. Jangan kau pergi jika masih ada setitik dendam, bersihkan niatmu hanya untuk meraih redha Allah. Pacakkan tinggi-tinggi panji tauhid di bumi ini. Kalau memang hanya dengan carikkan tubuhmu ia akan tertegak, bonda merelakanmu. Pergilah anakku, dan jangan kau kembali kepada bonda selama nyawamu masih tersisa..." Diciumnya dahi putera satu-satunya itu. Wanita itu tak lagi menangis.

Dilepaskannya pemergian puteranya dengan senyum keikhlasan. Matahari senja menyapu lorong-lorong Tel Aviv. Tidak ada yang memperdulikan ketika seorang pemuda tegap berjalan menghamprii sebuah pos tentera Israel. Tanpa sebarang kata-kata, Boommm..!!, tubuh pemuda itupun meledak menghantar menemui Rabbnya. Berjajar para bidadari berebut kekasih yang baru tiba, seorang pemuda tampan dengan pakaian pengantin dari syurga tampak berbahagia.

Lepas Isya' di sebuah perkampungan di jalur Gaza, seorang lelaki berjalan mengendap-hendap, mengetuk pintu sebuah pondok dengan hati-hati sambil mengucap salam. Wajah seorang wanita tua muncul menjawab salamnya. Tanpa menunggu lelaki itu mendahului berbicara, "Amir Syuhada telah syahid petang tadi. Dan hanya ini yang tersisa dari jasadnya, yang dipesankannya menjelang berangkat." Berkata demikian lelaki itu sambil memberikan sebuah mushaf mungil di tangannya. Wanita tua mendakap mushaf itu didadanya, seperti ia mendakap Amir kecil sewaktu tidurnya. Dia tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan yang dirasakannya hari ini. Seakan ada yang menuntun, dia berjalan menghampiri kamar puteranya. Dengan hati-hati dikuakkannya pintu kayu yang menghalanginya. Sungguh, dia mencium bau harum di kamar itu. Bau harum yang khas keharuman kamar pengantin.

Ibunda...,
Kau ucapkan selamat tinggal,
tatkala aku berangkat berjihad,
Dan kau katakan padaku,
Jadilah singa yang mengamuk meraung,
Kemudian aku berlalu,
mencatat segala pembataian dengan darahku,
Bonda jangan kau bersedih,
Kini belengguku berat Bonda,
Namun...kemahuanku tak terkalahkan,
Penjara dan siksaan mereka tak menakutkanku,
Aliran letrik tak kuasa menyengatku,
Bonda jangan bersedih,
Goncangku kanku jadikan pintu jahim,
yang meledak menghentam para musuh,
Betapapun kuatnya belenggu,
Dengan sabar dan tekad bulat kurantas belengguku,
Bonda jangan kau bersedih,
Bersabarlah Bonda,
Jika tiada lagi pertemuan,
Dan semakin panjang malam mencengkam,
maka esok kita kan hidup mulia,
Di atas negeri kita sendiri,
Bonda...jangan kau bersedih.

"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yan Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah."
(Asy-Syahid Hasan al-Banna)

"Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama."
(Mustafa Luthfi al-Manfaluthi)


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:26 pm"

(0) comments



Thursday, April 07, 2005

testing 1 2 3


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:35 pm"

(0) comments



ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Asma ALlah by Sami Yusuf

Ethics

Jijik

Kembali ke Leeds

Sebuah Novel Drama

Moral yang merudum

AQ peringkat akhir musim kedua

Negaraku merdeka

Damai bertemu keluarga

Perfectionism





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD