M e n c a r i R e d h a I L a h i
Wednesday, May 04, 2005

CUBE TEKE HARI NI NAK CAKAP PASAL APE?

AssalamuƔlaikum...

hehe...memandangkan pagi tadi free block 445, maka Alhamdulillah byk kelapangan...sempat la ngabiskan soklan mammalian physiology yg tak siap siap tuh...pastu...mengemas cele seround...

jadi, hari nih nak cakap pasal kebersihan...

orang islam pada hari nih selalu dikaitkan ngan imej selekeh [org islam yg ikut tol tol ajaran Islam...paham la kan?] tetapi bile pk pk ade gak kebenarannya. Cuba bandingkan rumah org begitu ngan org yg kurang sket...memang jauh bezanya. Kemahalan perabot bukan la ape yg nak dipersoalkan. Cuma dari segi kekemasan dan kebersihan. heee..paham tak nih? tak paham letak kat tagboard la ye. Dari segi pemakaian lak, pun boleh dibandingkan. [ini in general...tak sume yg mcm tu]

Jadi, kalau kite tengok, ajaran ISLAM nih dah cukup lengkap dan syumul dah..sampaikan ke kebersihan pun dititik beratkan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

" Kebersihan itu sebahagian daripada iman ".

haaa...sebahagian daripada iman tuh...jgn main main...sape yg tak suke kebersihan maksud nye? jawab sendirik. Jadi, oleh itu, marilah same same kite perbetulkan balik persepsi orang kat orang islam nih. Jadikan imej orang ISLAM itu kemas, bersih. pakai tudung cun cun sket...jgn terkelepet ke sane sini...iron baju lawa lawa. wangi wangi sket...jgn busuk...cele ke rumah ke bilik ke kemas selalu. Jangan kite jadi salah seorang yg memburukkan imej islam..wanaĆŗzubillahiminzalik...

tapi kene ingat la dalam berpakaian tu ada hadnya. tak semestinye kene lawa sangat baju sampai org ajnabi tertarik kat kite tandanya bersih dan kemas. alaa....pepaham la..korang kan bijak terpandai terpilih sumenye....kalau dah tertarik tu dah jatuh hukum haram lak...pastu...jgn sekali kali kata org yang simpan jambang tu semak...tu sunnah nabi s.a.w. Sape kite nak persoalkan? huhu...bahaya tuh...kalau pernah, beristihgfar la..ana pun pernah bising kat ayah ana dulu..."semak la org simpan jambang nih, tak leh ke simpan janggut aje?" ha..kene la sedebik...kene tempelak la...insap dah insap...tu la...dalam tak sedar media barat nih pun dah buat minda kite nih terima sesuatu yg tak betul...jambang je semak, jambang je pengganas. heee....ok..tu je kot nak membebel...kalau salah betulkan la...

bukan setakat kebersihan fizikal aje...jiwa pun kite kene sucikan selalu...dengan ape? bertaubat, muhasabah diri, zikir, mengaji Al-Quran, menghadiri majlis ilmu dan dengar..jgn hadir aje..dan dengan mujahadah nafsu...jihad melawan nafsu...yg penting nih la..jiwa kene suci...bile jiwa dah suci, insyaAllah yg lain pun tip top jugak...

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 222 :

Bermaksud : " SesungguhNya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri ".

kesimpulan akhir khas untuk jiji am untuk sume.... =P tak salah la mu nak vain...hehehehe....

kemas cele selalu...hehe...bersenam bersenam!!!


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 10:00 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Tarbiyyah Jasadiah

Ukhuwah Islamiyah

EKSPERIMEN 5-S

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

Nasyid Rabitah Hati

Solat Sunat Istikharah

Pemuda Pemudi harapan Agama

Hujan yg turun bagaikan mutiara

Ujian, didikan terus dari ALLAH s.w.t.

KeredhaanMU





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD