hmm...sape dah bace bagus la...saye pun baru tergerak nak membaca hari nih...hmm...moga berbekas di hati dan diambil manfaat dan pengajaran daripada artikel tersebut...insyaALlah...
dari mailinglist bahantarbiyyah...selamat membaca...
AMaNaH PeMeRgiAnmu
Matahari dengan perlahan menyembunyikan dirinya dan bulan mengambil tempatnya selari dengan sunnatullah alam..., khadijah melihat wajah mujahid dalam dakapannya..dan akhirnya Muhammad membuka matanya perlahan- perlahan. Menatapinya dengan sejuta sayang. 'Ummi..., malam ini Abi mungkin tak balik...'dia bersuara perlahan... 'Ada kerja yea abi?' Dia mengangguk.. .. 'Semoga Allah meredhai abi..mengurniakan janjiNya dengan kesyahidan atau menang...! 'Doa khadijah sambil merenung buah hatinya yang sedang dalam dakapannya. Malam ini, seperti malam-malam sebelumnya..dan sudah menjadi kebiasaannya.. dia perlu merelakan Muhammad tak menemaninya. Di tengah malam buta, tatkala para insan asyik dibuai mimpi, Khadijah menghantar kepergian mujahidnya dengan senyum dan untaian do'a. 'Jaga amanah kepergian abi yea, jaga calun mujahid kita'. Ucapnya seraya membelai perut isterinya yang mulai besar.
Hingga saat ini, khadijah tak pernah tahu kerja Muhammad..yang pasti Khadijah yakin itu semua adalah sebahagian dari cita-citanya untuk mencari keredhaan Allah swt..dan dia akan senantiasa setia menjadi serikandi hidup mujahidnya.. menemaninya dalam tiap waktu. .duka dan tawa..
'Aaah..!'..dia terjerit kecil..perutnya mulai memulas-mulas..petanda mujahid kecil sudah tidak sabar terjah ke dunia luar ..Aduhhh..dia berehat sebentar..nafasnya turun naik..rasanya belum tiba masanya lagi..mujahid kecilnya baru 7 bulan dalam kandungannya..dia terduduk..kenangan lama mula menerjah ruang fikirannya... terbayang sebuah episode silam..sebuah episod mengharukan..bagaimana ketika dia mula-mula dilamar oleh Muhammad...
Sejak permusafiran itu, diam-diam dia sering berdo'a, semoga Allah memperkenankan hasratnya..menjadikan Muhammad sebagai teman hidupnya.. kali pertama terpana dengan kejujurannya, keberaniannya dan semangat jihad yang tersemat dalam dirinya..akhirnya ..betapa tuhan itu Maha penyayang..pemilik segala hati.. air matanya gugur tika mendapat khabar insan yang melamarnya memang sungguh Muhammad..dan katanya yang hingga ke saat ini jauh tersemat di lubuk hatinya... 'ana memilih enti kerana agama enti, jadi kekalkanlah agama enti sebagai perhiasan peribadi enti..'.. 'wahai khadijah, telah berlalu waktu tidur.' Allah memberi dia lebih dari apa yang diminta. Lalu dia terus menangis dan tersenyum..ada keharuan disitu..kerana doanya dimakbulkan..dipertemukan dengan mujahidnya dengan suatu perasaan yang amat halus dan tulus..kerana landasannya taqwa..maka ia kudus..
'krinnnnnnnnnnnnnnngggg'..deringan telefon mematikan lenanya..entah bila dia terlelap.. khadijah mengesat sisa air mata yg berbaki di wajahnya..lantas bergegas mengangkat telefon.. 'Assalamualaikum wr wbt..ukht khadijah..' ...'....akh Muhammad di tahan askar-askar rejim Zionis ketika perarakan di hebrun..' nada syeikh faisal perlahan..tp cukup jelas.. 'syukran syeikh...' nadanya hampir tidak terkawal, tapi ditahan semahunya..sukar untuk menerima kenyataan..'abi..abi..' Detik itu, hanya Allah sandaran utama..hatinya merusuh dan meronta-ronta. Diusap perutnya perlahan..tangannya digenggam kuat! Padu! 'akan umi tuntut bela abi..tunggulah kelahiran mujahid kecil ini!' 'umi mesti tabah'..itu pesan abi setiap kali keluar melaksanakan tugasnya.. Dia amat benci dengan Yahudi. Perangai mereka pun tidak pernah berubah sejak dahulu. sangat tamak. Suka menindas. Memang wajarlah mereka dilaknat di dalam al-Quran. Dia tertunduk...melihat sekitar pondok kecilnya...inilah 'syurga' yang selama ini menjadi tempat dia menabur pahala dan amal bersama Muhammad. Gerak bibirnya mengisyaratkan doa dan pengharapan yang dipanjatkan pada Maha Berbuat Sesuatu..
'Wahai org yg berselimut, bangunlah mendirikan solat dimalam hari kecuali sedikit waktu darinya. Iaitu separuh malam atau kurangkan sedikit darinya, atau tambahkannya dari separuh dan bacalah al-Quran itu dgn bacaan yg teliti. Sesungguhnya kami akan turunkan kepadamu firman2 yg berat. Sesungguhnya bangun beribadat di waktu malam itu adalah lebih memenatkan dan lebih jelas bacaannya.' Khadijah berwudhu dan kemudian solat dua rakaat..... sambil mengusir bayang-bayang Muhammad bersama doanya semoga Allah memberinya keputusan yang terbaik..
'Dakwah dan jihad tidak mempercepatkan ajal, (begitu juga sebaliknya, duduk relaks tanpa dakwah tidak akan melambatkan ajal) tetapi dakwah dan jihad akan mengangkat daei ke syurga Firdaus. Sekiranya seseorang muslim itu tidak mahu bergabung bersama dengan Imam Ahmad atau pewaris Imam Ahmad pada hari ini dan dia duduk sahaja kerana uzur atau seolah-olah ada uzur, maka dia disepatutnya merasa sedih. Paling kurang dia sepatutnya mencela dirinya sendiri kerana tidak bersama-sama dalam gerombolan daei di siksa.'
2 bulan telah berlalu...dan di tengah kepekatan malam, tatkala para insan asyik dibuai mimpi, khadijah terus memanjatkan doa.. air matanya beruraian....berharap agar insan yang terlalu dicintainya pulang...sedu sedan hanyut dalam khusyuknya...sekali sekala sakitnya mencucuk..menganggu ketenangan malam..dan akhirnya..sudah tak tertahan lagi...masanya sudah tiba... khadijah pasrah dengan ketentuan Allah. Dalam saat-saat yang amat genting itu, dia teringat bahawa abi berpesan melahirkan jundinya dalam keadaan sedang menghafal Qur'an...dan ketenangan menyelubungi dirinya.... dia mula mengulang hafalannya di tengah kesakitan yang amat sangat..dia ingat juga kata-kata abi di suatu senja... 'ummi...permulaan jalan ini mudah, kemudian datanglah peringkat duka cita. ...permulaannya dengan mengorbankan kegembiraan, pertengahannya mengorbankan nyawa...'
dia telah memasrahkan seluruh hidupnya pada allah..tangannya menggigil dan peluh mula memercik...... .ingatannya pada abi terlalu kuat tika itu...namun digagahkan dirinya..dia pasrah...abi tinggalkan umi dengan Allah dan Rasulnya..itu kata abi..dia ingat lagi... 'Abi akan tinggalkan umi dan anak kita ini dengan siapa?' 'Berpisah dgn umi bukanlah sesuatu yg mudah pada hati Abi kerana itu perpisahan itu terlalu berat..namun panggilan dari Allah lebih kuat dari itu, ummi..Doakan di syurga kita tidak akan berpisah selama-lamanya...Abi tinggalkan umi dengan Allah dan rasulnya!'..
Tangis merdu seorang mujahid yang baru hadir ke dunia memecah ketenangan malam... .. didekatkan telinga mujahid kecilnya agar jika Allah menghendaki sesuatu... biarlah mujahidnya juga dalam keadaan sedang mendengar alunan ayat-ayat Allah Ta' ala. 'Selamat datang wahai jundullah kecil, engkau lahir tanpa abi disisimu yg pergi berjuang melawan thoghut…. Mudah-mudahan suatu ketika engkau dapat menumpas para thogut durjana itu. Insya Allah ummi akan menjadikan rumah kita sebagai kandang bagi singa-singa Allah. bukannya kandang bagi ayam-ayam yang mudah disembelih oleh para thogut'...
Dibelai mujahid kecil lalu dia mengesot perlahan-lahan..tanpa siapapun menemani...dia menguruskan mujahidnya sendirian....alunan ayat alquran yg keluar dari bibirnya menenangkan hatinya dan mengurangkan sakitnya...hanya Allah yang tahu tika itu perasaannya..diazankan mujahidnya.... 'aah..mujahidku...andainya abi ada..' dia menangis lagi... 'astagfirullah'..dia terus mengesat air matanya..cuba ditahan agar tidak terus tumpah..dia mesti tabah..dia kan serikandi jihad abi...diletakkan mujahidnya ditepi lantas terus mengambil wudhu'..berdoa dan solat..itulah rutinnya kini tika kesihatannya menghalang dia utk kemana-mana..keadaan keselamatan juga amat membimbangkan...dan khadijah terus hanyut dalam kesyahduan solatnya...doanya agar abi diberi keputusan yg terbaik...rindunya sudah tak tertahan lagi.... begitu rindu, kerinduan yg terbayang..rindu mendengar alunan ayat suci dari suaranya yg merdu..terlalu rindu abi menemaninya ketika qiamullail ..rindu..rindu..yg mengoyak hati... Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?(Al-Ankabut: 2)
Allah tahu isi hatinya..dan Allah pasti mebalas kesabaran hambanya yang soleh..dan tanpa diduga..bunyi pintu terkuak... 'Assalamualaikum wr wbt ummi...' 'Abiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....'
betapa indahnya merasa susah kerana Allah..merasa rindu kerana Allah...dicerca kerana Allah..dihina kerana Allah..menangis kerana Allah!..hanya kerana kita berpegang teguh pada jalan Allah...
Dalam suatu hadih Qudsi, rasulullah telah bersabda :ertinya: (Allah telah berfirman): 'sesungguhnya sudahlah terlaksana kasihku terhadap terhadap org yg berkasih sayang krnku, dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg saling bekorban keranaKu dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg bersahabat keranaKu...'
Wahai orang-orang budiman dan soleh! Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat! Di hadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa. Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku, Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan..
ya banil islami.. seeru fi thariqil khalidin.. La tahabul mauta.. la takhsyau siyathal azhalimin.. imla'u ddunya salama.. wansyurul adlal mubeen.. liya'eesyan annasu ikhwanan.. bihaqqin amininina.... hayya narqubul fajral jadida.. innana narqubu haqqa.. zalika yauma saeed... yauma an yusyriqa nuurun.. fanaral ayyama eeda.. yauma an nurji'al haqqa.. majdanal madhi atthalida...
wahai putera islam.. Kamulah pimpinan generasi baru.. Selamatkanlah umat ini, aturkan langkah... Dan hapuskan penderhaka semuanya... Kibarkan benderamu... Teguhkan langkahmu segagah datukmu dahulu... Kembalikan keagungan kita yang lalu... Dengan keazaman yang waja...
Wahai putera Islam... Ikutilah jejak langkah pahlawan terbilang... Jangan gentar pada kematian... Jangan takut dibelasah manusia-manusia kejam... Isikan dunia ini dengan kesejahteraan... Tegakkan keadilan yang sejati... Agar manusia biasa hidup bersaudara... Dinaungi kedamaian yang sebenar-benarnya... Wahai putera Islam... Marilah kita nantikan fajar baru... Sesungguhnya kita benar-benar penanti... Hari bahagia itu... Dihati terpancarnya cahaya... Semuanya bergembira laksana hari raya... Dihari kita berjaya membangun kembali... Keagungan kita yang telah lama pergi.....
Semoga kita akan tetap hidup dalam dakwah seperti mereka..dan dakwah hidup kerana kewujudan mereka..mereka hidup semati dgn dakwah..dan dakwah hidup semati dgn mereka..Amien ya rabb...
totally insane la these people!! [tgk la video di bawah]...hmm..geram2..kita plak tak sedar sedar plak org islam dipijak-pijak...bukan sekadar tak sedar, berfikir pun tak mahu...boleh pulak amik keputusan nak jadi ignorant ek...
hmm..sungguh sedih la keadaan sekarang...wahai pembaca blog yg budiman, anda sume tak rasa mende yg sama ke??? haihh.....
isk isk isk...bilekah mentaliti rakyat negaraku akan berubah??? tertekan sungguh melihat berita ini..namun, sudah cukupkan usaha kita yang menggelar diri sebagai seorang islam untuk bersama-sama mengajak orang lain dalam mendalami islam dalam erti kata yang sebenar??? tah2 kene tanye tak kat akhirat nanti?? hmm...
anyhow, balik2 cite cintan cintun...pengarah filem tak mo buat cite lain dari yang lain ka?...takkan nak tengok market je kot...huhu...tak mo berusaha ka nak memartabatkan orang melayu wahai pengarah2 filem sekalian...hmmm...buat la filem berdasarkan buku encik faisal tehrani tu pun dah cukup bagus..hmm...
dah lame rasanya tidak mengupdate blog dengan mende berilmiah...tak pe la...kesempitan masa utk mencari-cari mende utk di share...cuma yg ada...tak lain dan tak bukan sah sah la lagu..huhu...my ummah, sami yusuf...nevertheless, dah tukar lagu blog kepada Make a Prayer, juga dari Sami Yusuf...hmm...sgt mengharukan dan menyayat hati...hmm..ni beberapa ayat yg dipetik dari hasil pembacaan website2 semalam...sesaje je browse...moga dapat manfaat...
"Perasaan antara al-Raja' iaitu terlalu mengharap dan al-Khauf iaitu takut mestilah sentiasa kita sematkan dalam hati agar kita tidak terlalu yakin bahawa segala amalan kita samada solat, puasa, sedekah dan amalan soleh yang lain memang telah diterima oleh Allah sehingga kita tidak berusaha untuk memperelokkannya dan kita juga tidak boleh merasa terlalu takut segala amalan tadi sentiasa ditolak sehingga timbul perasaan malas untuk beribadat sehingga kita terus hanyut dengan maksiat. Kita mesti berada antara keduanya iaitu antara takut dan mengharap agar segala amalan kita tidak dilakukan sambil lewa serta ia dilakukan dengan penuh keyakinan dan ikhlas sambil mengharap ia diterima oleh Allah."
wallahu'alam...
My Ummah
My ummah, my ummah He will say Rasulullah on that day Even though we've strayed from him and his way
My brothers, my sisters, in Islam Let's struggle, work, and pray If we are to Bring back the glory of his way
CHORUS: Ya Allah ya rabbal 'alamin Ya rahmanu ya rahim Ya rabbi O Allah Lord of the Worlds O Merciful and Beneficent O my Lord
Let the Ummah rise again Let us see daylight again Once again
Let's become whole again Proud again 'Cause I swear with firm belief in our hearts We can bring back the glory of our past
My ummah, my ummah He will say Rasulullah on that day Even though we strayed from him and his way
Look at where we were And look at where we are And tell me Is this how he'd want it to be? Oh no! Let us bring back our glory
Hmmm....this is my first attempt using windows moviemaker...
nway, doakan la assignment osteoporosis ini berjaya...sungguh banyak mehnah dan tribulasi sepanjang penyiapan assignment tercinta nih...lepas nih bakal menanti untuk disiapkan ialah essay on chronic illness dan reflective diary PPD...whatever..sabar2 balqis...terasa bertukar profesion kepada penulis journal plak...huhu...yeah right..ALlah knows best...so why should we complain?
diharapkan sahabat2 lepas tgk video nih, rasa sama mcm ana rasa bile dengar lagu nih...rasa mcm mane tu? huhu...sungguh sukar utk diexplain...nway, moga video nih ade manfaat dan tidak melalaikan la..ameen...
memang video ini sungguh byk kelemahan eg. tulisan yg tidak jelas etc..i've tried my best...mintak tunjuk ajar sume....utk search di youtube.com sile letak keyword mestica atau nasyid atau nasheed...
Sejauh mana diri ini mampu gigih dan tekun dlm mencari redhaMU...sedangkan diri merungut tidak sudah dengan ujian sekelumit cuma? hmm...
Puisi Usaha Gigih Oleh Faisal Tehrani
Perlu ada usaha yang gigih kawan untuk menjadi seperti Ibrahim, dermawan menyembelih putera kesayangan; seperti Ismail yang taat dan setiakawan menyerah pasrah tanpa mempersoalkan;
atau tidakkah terlihat pada Ayub sejenis kekentalan tak mengeluh oleh ujian; menjadi ibarat Zakaria yang berbicara dengan lambang-lambang, tiga hari dan berdoa dengan suara yang penuh kelembutan; seperti Yunus terbuang, di tengah kaumnya hidup dalam keterasingan; juga kembaranya Isa, satu-satu harta yang ada ikut dilepaskan; atau seperti Musa berpakaian dan kebesaran Muhammad, selain dari akhlak juga al Quran, dia hidup dalam kemelaratan; diberikan langit dan bumi menolak tetapi memohon kepada Tuhan sehari lapar sehari kenyang menghindari dunia penuh lapis kemewahan.
Bukan senang kawan jalan yang ingin diterokai, bukan sekadar ada lapan liku tetapi juga harus menjadi seperti Adam dahulu, berkhalwat dan diberi akal fikiran memikir tentang satu demi satu kejadian-kejadian Tuhan setelah itu berbuat dosa -satu dosa kutukan ke atas iblis dan godaan-godaan celaka ke atas syaitan yang menyesatkan dan Adam dihumban; tiga ratus tahun penuh penyesalan diberi kenikmatan bertemu di puncak Arafah, bertaubat dan membersihkan bermula dari kekesalan dan perenungan baru dicapai lapan cabaran dan penuh usaha penuh kegigihan.
Nevsehir-Konya, 23 Zulhijjah 1424 Hijrah.
Puisi ini sudah tersiar di Dewan Sastera Ogos 2004