M e n c a r i R e d h a I L a h i
Saturday, January 27, 2007

KIMAH SANGAT SWEET

Assalamu'alaikum wbt...

Cuba teka sape bagi link youtube ni kat saye? ehehe...Hakimah Muhammad!! a.k.a. jiji a.k.a. qeemmss katojie...kimah, kamu sangat sweet! =)

Memang tengah serabut, tetibe die bagi link ni kat yahoo messenger dan kimah kate "link ni specially for you"...terharu2...

Lagu ni pun sangat sweet la lirik die..

Semoga ukhuwah ini kekal sampai bila-bila...

[I'm still smiling while typing this entry]




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:10 am"

(0) comments



Wednesday, January 24, 2007

CARAMELISED CHICKEN WING

Assalamu'alaikum wbt...

Ok, hari ni nak berkongsi satu resepi...sebenarnye membeli buku resipi masakan cina kat kedai hari tu...Minat kepada masakan cina bermula ketika buat SSC Traditional Chinese Medicine. Sebab senang sangat nak masak, maka menjimatkan masa, dan sedap...sangat berguna apabila nak makan sedap, tapi tak rajin sangat nak masak..huhu...Cuba la resepi ni.. =) senang je..manis sikit la..tak yah guna blender pun..kalau tak de fish sauce, gune je soy sauce..yg pelik bahannye madu ngan soy sauce je kot [bagi yg jarang masak masakan cina]

CARAMELISED CHICKEN WING

12 large (1.5kg) chicken wings
2 tablespoons peanut oil
3 cloves garlic, crushed
1 tablespoon chopped fresh ginger
1 tablespoon fish sauce
1 tablespoon soy sauce
1/4 cup (60ml) honey
2 green onions, chopped


Remove and discard tip from each wing. Cut wings in half at joint.

- Heat oil in wok or large pan
- Stir-fry garlic, ginger and chicken for 5 minutes.
- Add sauces and honey; mix well.
- Cook, covered, about 10 minutes, or until chicken is lightly browned and tender, stirring occasionally.
- Serve sprinkled with green onions.

Sambil-sambil basuh ayam tu...kacau2 benda dalam kuali tu, selawat2 sket =) Moga berkat ler makanan yang kite makan tu..inshaALlah...kata ibuku, rahsia makanan sedap adalah ikhlas memasak kerana ALlah dan selawat selalu...

=) Selamat mencuba! [macam resepi sendiri je.. =P]


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:36 am"

(1) comments



Friday, January 12, 2007

SUDAH LAMA DITINGGALKAN

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah lama blog ini ditinggalkan, dalam erti kata lain, diabaikan tanpa sebarang tulisan. Kekangan masa tidak patut dijadikan alasan kerana diri masih ada masa untuk menghabiskan masa lapang berbual-bual dengan sahabat-sahabat setempat kediaman yang entah bermanfaat entahkan tidak.

Namun semenjak dua menjak ini, seperti ketandusan idea untuk menulis atau memilih bahan untuk dikongsikan bersama...Lebih banyak berfikir dan menyimpan sendiri kerana tidak semua perkara dapat diluahkan dengan kata-kata mahupun tulisan. Kehidupan sehari-hari sebagai seorang pelajar semakin sukar hari demi hari. Kadangkala terfikir tentang masa depan yang masih belum pasti. Resah dengan bermacam-macam perkara, termasuk tanggungjawab-tanggungjawab yang akan disoal di akhirat nanti...

Jika dapat mendengar lagu yang mempunyai susunan bait lagu dan kata-kata yang indah, atau melihat lukisan-lukisan yang bermakna diri akan sedikit terhibur. Meskipun tidak berunsurkan ketuhanan, namun diri merasakan betapa hebatnya Yang Maha Mencipta pencipta lagu dan lukisan tersebut.

Walaubagaimana hebat sekalipun hiburan ciptaan manusia, tentu sekali tidak dapat menandingi tingginya mukjizat Al-Quran. Bacalah berpuluh ribu kali sekalipun, pasti tidak akan jemu. Apa lagi yang dapat menghiburkan hati jika tidak berhubungan terus dengan Yang Maha Menciptakan, Yang Maha Mengasihani para hambaNYA? Justeru, seresah-resah fikiran, sehebat-hebat ujian melanda, sederas-deras ombak menghempas pantai diri, dahi ini perlu sujud ke tanah, menyembah dan memohon pada Yang Satu.

ALlah...diri ini merasakan hati sangat kotor...diri ini sangat tidak bersyukur...diri ini tidak sentiasa mengingatiMU...Apakah akan Kau pandang diri ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayang??


(Monolog dalaman yang ditaipkan)


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:12 am"

(0) comments



ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Asma ALlah by Sami Yusuf

Ethics

Jijik

Kembali ke Leeds

Sebuah Novel Drama

Moral yang merudum

AQ peringkat akhir musim kedua

Negaraku merdeka

Damai bertemu keluarga

Perfectionism





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD