M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, June 15, 2007

PERFECTIONISM

http://discoveryhealth.queendom.com/perfectionism_abridged_access.html


About Perfectionism

Perfectionism can be a healthy quality that drives a person to try his/her best and to make the effort to excel. Some people, however, take the strive for perfection too far...and there is a price to pay. Extreme perfectionists are forever dissatisfied; they can never fulfill their own expectations so, in their own eyes, they are always failures. Chronic perfectionism is driven by deep-seated feelings of inferiority and self-hate, and by nature it reinforces a negative self-image. Performing tasks or fulfilling goals becomes intimidating and unpleasant, since the perfectionist knows deep down that the finished product will never meet his/her expectations. So the perfectionist might have problems with procrastination. Perfectionism, then, can become a double-edged sword - the perfectionist is driven by a desire to succeed, as well as a fear of failure which leaves him/her paralyzed.
In all realms, striving for excellence can be beneficial and lead to a fulfilling professional and personal life. Accepting nothing less than excellence, on the other hand, can be emotionally scarring.

Results of Your Perfectionism Test

Perfectionism
Your score = 67%


What does your score mean

According to this test, you have some perfectionist tendencies that may be making you unnecessarily unhappy. You sometimes set high standards that are difficult to meet; either you impose those expectations on yourself, others, or a combination of the two. You may even think that others expect you to be perfect. While a desire to do your very best and strive to reach your full potential can bring you personal fulfillment, you have to learn when good is 'good enough'. It's important that you strengthen your ability to distinguish between reasonable aspirations and unrealistic demands. When you set unattainable objectives, you are being cruel to yourself and denying yourself the rewards and self-acceptance that you deserve.

Gambar: Penghargaan buat alwancomics.com



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:12 am"

(0) comments



Friday, June 01, 2007

JENGUK-JENGUK LUAR NEGARA: PENURUNAN BLAIR DAN NASIB UMAT ISLAM????

Nota:
cometh = comesSimply an archaic form."(e)th" has been replaced by "(e)s" as the ending for the third person singular form in the present tense.

Cometh the hour, cometh the man is the usual phrase.

It seems to mean, ''When a time of need arises, a man to do the job will appear.''



Cometh The Hour
By Catherine Mayer
Time Magazine June 4, 2007, Portfolio section, page 40


IT WAS GORDON BROWN'S BIG day, the launch of his campaign to replace Britain's outgoing Prime Minister Tony Blair. Any serious contenders had already hung up their gloves, unwilling to challenge the heavyweight politician Blair once dubbbed the "great clunking fist".

Brown's prize was certain; his campaign would turn into a cross-country victory tour. Yet he arrived at the London launch venue not in pomp and plendour but by crowded Tube train. "There was a classic British silence on board. Nobody stared," says Tom Stoddart, a photographer who traveled with Brown for TIME, exclusively chronicling 10 days of his life as Prime Minister-in-waiting. Brown too, acted as if this were a trip like any other, averting his gaze from a newspaper across the aisle emblazoned with his own unsimiling face.

Until June 27, when Blair stands down, Britain effectively has two premiers: one traveling the world to bid farewell, his successor on a meet-the-people mission as he prepares for power. Stoddart, who also accompanied Blair on his election campaign in 1997, observes: "Brown is going to be a very different sort of leader. He spends a lot of time listening to people one-to-one. Blair was more hit-and-run." The photographer has watched the outgoing Chancellor relax into his new role, but says there are still limits to his patience with the imagemakers assisting him: "Whenever they come at him with a comb, he's like a young child and bears their attentions for a while before ruffling his hand through his hair."




Puji-memuji Blair-Bush dalam kejian rakyat
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7800&Itemid=89
Subky Abdul Latif Tue May 22, 07 06:11:11 PM

Tony Blair tidak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain pada 27 Jun ini atas kehendaknya sendiri, tetapi adalah atas tekanan tekanan rakyat dan Parti Buruh yang dipimpinnya.
Sejurus selepas mengumumkan pengunduran dari pimpinan Parti Buruh, Tony Blair berangkat ke Rumah Putih, mengadakan pertemuan perpisahan dan bersama mengadakan sidang media di taman di belakang Rumah Putih.

Dalam sidang media itu Blair memuji Presiden Bush sebagai pemimpin agung dunia dan kawan paling akrabnya. Bush juga memuji Blair sebagai pemimpin agung juga dan rakan yang payah dilupakannya.

Kedua-duanya seronok kerana mereka sekata, tetapi wartawan bertanya Bush adakah dia akan dapat kawan seperti Blair selepas ini?

Bush harap begitu tetapi dia pun tidak tahu. Blair yakin Gorden Brown yang sudah pun menjadi pemimpin Parti Buruh yang baru adalah seorang yang mahu terus berkawan intim dengan Amerika.

Bush memang patut memuji Tony Blair kerana sanggup menjadi sekutu pak turut kepadanya. Dia dapat menjadi seorang yang sangat berguna kepada Bush, kerana semua perancangan jahatnya, kata bekas Presiden Ameika Jimmy Carter, diterima Blair secara membuta-tuli.

Jimmy Carter berkata benar, kiranya Tony Blair tidak menjadi kawan yang membuta-tuli, maka kekejaman Amerika dan tentera sekutu di Iraq tidaklah seteruk yang ada sekarang.
Dasar gila Bush untuk melanggar Iraq dan Afghanistan itu mungkin tidak dapat disekat, tetapi kalau Tony tidak jadi pak turut yang sangat pandir, menjauhkan diri dari kejahatan perancangan Bush, kalau pun Bush tidak dapat dihalang, tetapi Iraq tidak hancur seperti sekarang dan perang tidak mungkin berlaku begitu panjang.

Bukan mustahil kiranya Tony Blair boleh bersikap tidak seronok dengan niat buruk Bush seperti sikap Presiden Chirac dari Perancis dan bekas Canselor Shroeder dari Jerman, dasar gila Bush itu mungkin tidak terjadi.

Yang amat menyeronokkan Bush ialah kebodohan Blair yang mengikut saja apa Bush kata, malah lebih malang Blair sanggup berbohong kepada Parlimennya tentang senjata pemusnah raksasa yang dikatakannya dimilik Iraq. Percaya kepada pembohongan itu Parlimen meluluskan dasar Blair untuk berperang sama di Iraq.

Tony Blair sebelumnya adalah seorang pemuda yang pintar dan cerdik. Dalam usia yang begitu muda dia dapat menjadi pemimpin Parti Buruh dan membina semula Parti Buruh yang hancur semasa kekuasaan Margaret Thatcher. Hampir dua dekat Parti Buruh lumpuh.

Di bawah pimpinannya Parti Buruh menumbangkan kerajaan Parti Konservatif yang selepas pimpinan Thatcher dipimpin oleh Perdana Menteri John Major. Dia menjadi Perdana Menteri Britain yang paling muda ketika usia 40an.

Di bawah pimpinannya Parti Konservatif pula mengambil giliran sebagai parti yang hancur seperti Parti Buruh sebelum dipimpin Blair. Tiga kali pilihan raya umum berturut-turut parti itu kalah teruk. Ketika Blair baru menjadi pak turut Bush itu, Blair masih mampu membawa kemenangan kepada Parti Buruh.

Kehabatan Tony Blair itu dikagumi dan dihormat oleh semua pihak. Tetapi kejadian 11 September 2001 telah menjadi Blair seorang bijak yang sangat dungu.
Ketika pihak di Eropah tidak mahu menyertai peperangan di Iraq seperti dalam perang pertama di bawah George Bush Senior, Blair cuba membuktikan sikap setia kawan yang tak berbelah bagi kepada Amerika. Sokongan bodohnya itu menyebabkan NATO jadi bodoh sama.

Bush rasa dia beruntung dalam kawan seperti Blair, tetapi Blair yang entah apa sudah jadi, berjaya menjadi pak turut kepada Bush tetapi tidak menjadi sahabat Amerika yang baik. Seorang sahabat mesti membantu sahabatnya supaya tidak terjerumus dalam kancah kebinasaan.

Bush sudah berjaya membodohkan Kongres Amerika. Bush berjaya jmenunduk dan membodohkan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi Blair memberikan nasihat yang jujur kepada Bush dan mengelak dari menjadi Britain sebagai negara pak turut nombor satu kepada pentadbiran Bush.

Rakyat Amerika dan rakyat British cepat sedar bahawa sokongan Blair itu membawa malapataka kepada bukan saja Iraq tetapi Amerika, Britain dan dunia seluruhnya.

Bush mahu membawa demokrasi ke Iraq. Tetapi yang ada di Iraq ssekarang bukanlah demokrasi tetapi huru-hara yang tidak pernah berlaku walau pun semasa berada di bawah pentadbiran kejam Saddam Husain.

Bush mimpikan membolot minyak Iraq tetapi khazanah Amerika bagi menghadapi peperangan di Iraq saja sekarang ini sudah beribu bilion, tetapi tiada demokrasi dan tiada keamanan di Iraq. Askar Amerika yang terbunuh tidak sebanyak warga Iraq yang mati dan cedera, tetapi setiap hari ada askar Ameria yang maut. Sehingga rencana ini ditulis, askar Ameria yang mendiang sudah mencapai 3,400 orang.

Rakyat Amerika sudah setuju Bush gila dan rakyat Britain pun terasa malu bahawa mereka rupanya dipimpin oleh seorang pak turut yang dulunya cerdik tetapi sekarang amat dungu.

Rakyat Amerika sudah menarik sokongannya kepada parti Bush. Dia sudah tidak menguasai Senet dan Dewan Perwakilan. Kongres sudah tidak meluluskan peruntukan perang tambahan. Kini Bush sedang bergaduh dengan Kongres.

Malapetaka yang sama menimpa Parti Buruh Britain. Sudah banyak pilihan raya kecil dan tempatan Parti Buruh kalah. Dan harapannya mengekalkan kuasa tidak jelas kiranya Blair terus memimpin. Meraka tahu dia bijak dan dia tidak baik untuk rakyat Britain.

Parti Buruh tahu Bush tidak jadi pemimpin Amerika yang baik. Dia sudah tidak disokong lagi oleh rakyatnya. Maka Britain tidak mahu Parti Buruh jadi macam parti Bush. Mereka tidak mahu Blair meneruskan pimpinan.

Parti Buruh tidak mengulangi kecemerlangannya dalam pilihan raya di Ireland Utara dan Scotland. Parti Buruh menuntut Blair berhenti dan rakyat apatah lagi.

Demikian Blair menjadi seorang Perdana Menteri paling bijak tetapi terpaksa disuruh pergi. Itu bijak yang tidak boleh diikut.

Semua rakyat Amerika mengira Bush bukanlah pemimpin besar Amerika dan dunia, tetapi Tony Blair yang hilang bijaksana tetap mengatakan Bush pemimpin agung. Semua rakyat Britain tidak merasakan Blair pemimpin yang berguna, hanya Bush yang mengatakan dia pemimpin agung. Bush terpaksa kata begitu kerana dialah yang merosakkan Blair, tetapi Blair lebih bodoh suka dia dirosakkan oleh dasar gila Bush.

Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut.


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:08 pm"

(0) comments



ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Asma ALlah by Sami Yusuf

Ethics

Jijik

Kembali ke Leeds

Sebuah Novel Drama

Moral yang merudum

AQ peringkat akhir musim kedua

Negaraku merdeka

Damai bertemu keluarga

Perfectionism





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD