M e n c a r i R e d h a I L a h i
Thursday, May 05, 2005

RATAPAN ANAK DESA - oleh usrah Al-Firdaus


Desiran pepohon melambai di keharmonian pagi
Syahdu meruntun hati
Di desa pusaka ini
kejernihan tiada lagi
hancur diulit mimpi

lenyaplah kemurnian jiwa
benteng diri mula bergelora
hanyut bersama dodoian neraka
hukum tuhan mula dipersenda
di manakah erti hidupmu?
dibuai khayalan yang tak berpedoman

haruskah kalian membisu tanpa suara?
munculnya zuriat yang tak berhaluan
pemimpin yang bersenikan syaitan
melaungkan nilai kebendaan
menodai kesucian islam
serakah durjana mula diserapkan


mengapa ia harus terjadi di bumi pertiwi yg kita sanjungi????

haruskah kalian...
memerhatikan saja? mereka bertakhta di persada dunia


dengan alunan irama yang penuh bermakna
moga kau mengerti akan syahadah yang suci tetap bersemadi subur di alam ini...


itulah die bait bait lagu ratapan anak desa oleh usrah al-firdaus. huhu...sedih sedih...terutama part yg die tanye tanye tuh...tak sedih ke? sayu je dengar...tau jawapan die MESTI LA TAK BIARKAN AJE...tapi setakat mane kite berusaha? ummat islam terus leka leka leka dan leka...terutama nya pemuda pemudi islam yg sebenarnye memainkan peranan penting dalam usaha menegakkan syiar islam di muka bumi ni. sama sama muhasabah diri.

ISLAM itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada ISLAM...suatu hari nanti ana percaya ana dan sahabat sahabat sume nak tengok bumi malaysia tercinta nih menjadi sebuah negara islam yg tulen. maka, marila sesame usaha. tak leh nak elaborate lelebih...heh...pepaham je la... anyway, they can't do anything if Allah does not permit them to do so, right? ingat, tempat pergantungan hanya pada ALLAH, bukan makhluk...

wallahuálam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:07 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Kebersihan

Tarbiyyah Jasadiah

Ukhuwah Islamiyah

EKSPERIMEN 5-S

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

Nasyid Rabitah Hati

Solat Sunat Istikharah

Pemuda Pemudi harapan Agama

Hujan yg turun bagaikan mutiara

Ujian, didikan terus dari ALLAH s.w.t.





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD