M e n c a r i R e d h a I L a h i
Saturday, October 15, 2005

SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD

Assalamu'alaikum...

pekaba sume? lame gak tak mengupdate blog nih...seminggu dah...erm...sibuk..sungguh sibuk...[update ttg diri sendiri jap] mcm2 keje dah dapat...tajuk essay utk student selected component (SSC)iaitu Discuss the afferent endings located in the heart and the reflex responses they produce...1500 words...hantar first draft 7th Nov...deadline 5th Dec..pastu dapat tajuk essay untuk drug juge..kene cite pasal ADME...work in pairs...me partner ngan shaq..dapat drug baru pulak tuh..isk..Acrivastine..terhiris tol tadi cari kat dalam buku2 pharmacology kat library tak jumpe...search internet baru ade...deadline 7th Nov gak...erm...pastu pagi tadi fire alarm kol 3.30 a.m. ya rabbi...rase tak mo turun je...huhu...bukannye ade mende terbakar pun...sape tah yg drunk gi pecahkan fire alarm tu...huhu...ish ish..tapi kalau dok dalam bilik pekak la telinga...hmm...tak pe la...ade la hikmahnye tu...nak suruh bangun tahajud mungkin...huhu...

Dalam kesibukan ni..mencari cari jugak la masa nak bace mende mende ilmiah sket..huhu..bile pk pk...btol la kata as-syahid imam hassan al-banna...kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang kite ade...memang btol la kite sebenarnye tak perasan pun kengkadang kite nih bazir masa sedangkan tanggungjawab tak selesai lagi...dah ade peringatan daripada ALlah dalam Al-Qur'an, tapi kite tak mo amik kisah...buat acuh tak acuh je...huhu...

tgh wonder ke pe kaitan tajuk ngan isi entry? erm...sile lawati laman web ustaz hasrizal.. http://www.saifulislam.com ... I took that quotation from his article [now i know where u get that quotation encik hazman..dan tq juge kerana suh gi bace artikel tuh...baru hari ni dpt membace] bace la...moga dapat manfaat...rajin2 la lawat website ustaz hasrizal...[ok, speak to yourself balqis] menarik je sume artikel2 beliau...baik dari segi isi mahupun cara penulisan =)

Ni ade satu puisi...best gak...amik dari laman web epmram kiriman saudara firdaus_akhtar...so, sama2 hayati puisi nih k? dan mudah-mudahan kite tergolong antara orang yang bertaqwa...insyaALlah...


BENARKAH LILLAHI?

Hatiku berdegup kencang
tatkala melewati ayat AlLah,
"kul inna solaati, wanusuki
wa mahyaaya wa mamaati
lilLahi Rabbil 'aalamin"

lantas bertubi soalan menyerangku
semata mendapatkan jawapan
akan kebenaran ayat itu dariku ..

benarkah solatku lilLahi?
sering hati tiada bersama dalam solatku
bacaan yang kusebut tiada kuhayati
rukuk dan sujud tiada cuba kuni'mati
peluang berbicara dengan ALlah tiada ku ternanti-nanti
waktu menunaikan kadang kala aku lepasi

benarkah belajarku lilLahi?
pergiku ke sekolah penuh keterpaksaan
aku siapkan kerja rumah dalam kemalasan
bila tidak faham, mengomel aku sendirian
menjelang peperiksaan aku lantas kerisauan
soalan yang susah pantas aku menyalahkan
usaha kutabur sedikit kejayaan besar ku harapkan

benarkah makanku lilLahi?
tika menghadap rezeki aku sering dalam kealpaan
bersenang lenang aku meremehkan ni'mat diberikan
kadangkala melebihi had hingga timbul kemalasan
kadangkala ku bazirkan yang berlebihan
tenaga dari makan tiada kuguna untuk perbaiki 'amalan
ku penuhi nafsu makanku tanpa memelihara imaan

benarkah tidurku lilLahi?
sebelum lelap tiada aku menghisab diri
timbunan dosa kian meninggi saban hari
ampunanNya terlupa aku pinta
tidurku lama, tanpa dzikr padaNya
sering sepertiga malam aku hiasi dengan dengkuran
kerna sahutan katil lebih ku agungi dari sahutan Tuhan

bila nafsu merajai perjalanan hidupku
wajarkah ku katakan semua ini lilLahi?

Pohon dariMu Ya Rabb..
Agar bisa daku memimpin dan mendidik hatiku..
Agar bisa akur..
Segala-galanya...
Adalah lilLah... untukmu Ya Ilahi..amin.




p/s: erm..erm..tak janji la dapat update blog selalu mcm dulu..huhu...seminggu sekali tu insyaALlah...doakan diri ini istiqamah ye...hmm...terasa mcm isi entry kali ni mcm terabur..maaf la..agaknye tu la petunjuk keserabutan kepala otak nih...huhu...

wallahu'alam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:26 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Di antara 1000 engkau yang terpilih

Hmm...pengalaman berharga?

Ahlan ahlan ya Ramadhan

Sedih

Cinta Pertama

Khabar dari Bumi Leeds

Kecuakan mula melanda

Sambutan Merdeka

Wahai kakakku, bacalah

Copyright





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD