M e n c a r i R e d h a I L a h i
Wednesday, August 31, 2005

SAMBUTAN MERDEKA

Assalamu'alaikum...

Jangan confuse entry nih ngan entry dulu...entry dulu tajuknye SEMPENA MERDEKA..yg nih..SAMBUTAN MERDEKA...

Hari tu jalan-jalan dalam kereta, berhenti la kat satu traffic light nih...pastu ade poster...poster sambutan kemerdekaan kat satu tempat kat ipoh nih [bukan kat padang Majlis Perbandaran Ipoh ye..yg tu tak main la]

Pastu gi la malam tadi...Acaranye first skali solat isya' and solat hajat [tak gi yg nih sbb saye and parents gi lepas solat isya'] Pastu ade deklamasi sajak dan puisi...best dan sungguh bermakna sume sajak dan puisi die [berkaitan dengan merdeka...merdeka dari beberapa konsep yang berlainan]. silap tak bawak pen ngan kertas...so, mintak maaf la...tak dapat nak share ngan sume. Daya ingatan pun tak kuat. Pengajarannye, bawak pen dan kertas ke mana-mana.

Dah abis sume tu, tiba la masanya Ustaz Akil Hayy Rawa memulakan persembahan beliau. Ni first time die buat persembahan kat ipoh, walaupun tempat kelahiran die sebelah ipoh je..iaitu gopeng. Sesape yang tak kenal, dulu zaman 70-an, beliau nih penyanyi rock..group pe..saye tak sure...tapi sekarang Alhamdulillah dah jadi pendakwah bebas. lagu2 yang didendangkan beliau malam semalam mostly selawat [eg: one of selawat 10 hajat, qasidah burdah dan lain-lain] and dua lagu Ramli Sarip...Iqra' and Kau Yang Satu...suara die, masyaAllah...sedap...diselitkan antara lagu-lagu tu nasihat dalam bentuk lawak yang bernas...bijak mengendalikan penonton..huhu...Oleh itu, jangan la teragak-agak nak gi ceramah or konsert beliau...insyaAllah..kalau berhibur pun berhibur yang dibenarkan dalam Islam...

Tu muqaddimah je...isi sebenar entry ni ialah...nak share lirik lagu Ramli Sarip nih [Encik Ramli Sarip nih bekas penyanyi kumpulan Sweet Charity yg kemudiannya keluar dari kumpulan tersebut dan mula menghasilkan lagu2 bersifat ketuhanan]...selalu dengar kat radio tak rase pape...tapi semalam dengar rase macam meresap lak kat dalam otak nih...[selawat pun mcm tu gak...terus sayu bile dengar selawat tu..kalau bace sendiri...ape pun tak rase..huhu...iman senipis kulit bawang----->ye ke? tah2 senipis satu cell...ya Allah, perkuatkanlah imanku..ameen] dpt menghayati pe yang nak disampaikan lagu. [plus...best la susunan bahasa sastera lirik die... =) ] disebabkan sastera nye mendalam jugak la...ade la certain part yang saye pun tak paham sangat..huhu...cukup la saye beri contoh satu bait lagu ramli sarip yang saye tak tahu tajuknye pe:

Andai kasturi hilang harum... Mawar tak menguntum.... Kasih tak bersambung....
Biar emas setinggi gunung... Kan kupeluk rimbun ampun.... Rahmat yang maha agung....


[sungguh dalam maksudnye...kene dok lelamaaaaaaaaaa baru boleh interprete]




Iqra'

Gementar menggigil
Roh yang kudus
Di puncak sendirian jiwa resah
Suara kalam... keagungan

Mencari kebenaran atas kebenaran
Dari adat lembaga kezaliman
Kemusnahan kehancuran oh... oh...

Sejarah alam wujud kerana Nya
Dialah yang hakiki dan abadi
Kesucian kemuliaan

Kalaulah matahari di tangan Nya
Walau bulan di tangan kiri Nya
Biar hancur
Jasad terkubur

Rela redha rela
Redha rela redha

Di atas nama kebenaran
Di atas nama ketulusan
Di atas nama tuhanmu
Di atas nama Yang Maha Esa
Di atas nama Yang Maha Kuasa
Di atas nama Tuhan yang satu

Katakan Tuhan itu satu... (3X)





Kau Yang Satu

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU




Kemudian tepat jam 12 malam, doa pun dibacakan...takbir pun dilaungkan...nasyid aka lagu tema pun dinyanyikan...diiringi oleh dentuman mercun dari padang MPI...

wallahu'alam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 12:40 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Wahai kakakku, bacalah

Copyright

Sempena Hari Merdeka

Tanpa Tajuk Khusus

Seminggu

Mawlay

Warkah Buat Puteriku

Ad-Da'wah Ilallah

Akademi Fantasia Khayalkan Rakyat

Berbumbungkan Angkasa Kelabu





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD