M e n c a r i R e d h a I L a h i
Saturday, July 30, 2005

AKADEMI FANTASIA KHAYALKAN RAKYAT-UNGKU AZIZ

Assalamu'alaikum...

mekasih sarah, emel ko pasal akademi fantasia tu...best...tapi orang melayu kite nih bukannye nak dengar ckp ulama' dah skrang. diorang pulak lagi 'alim dari ulama'...huhu...na'uzubillahiminzalik...jadi, kite suggestkan la orang suruh dengar ahli fikir, tokoh negara setidak-tidaknye..sbb dah tak mo dengar sangat ckp ulama'...sekurang-kurangnye amik la pandangan orang yang bijak pandai....kalau tak mo ikut gak...tak tau la den nak ckp apo laie ha...huhu...

ckp ulama' tak mo dengar, ckp ahli fikir tak mo dengar, ckp tokoh negara tak mo dengar...jadi la kite melayu yang akan hilang dari dunia...tinggal la kata-kata hang tuah dalam kenangan.."TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

[heh..apesal tetibe balqis semangat melayu nih? saje je...sbb kalau sebut islam org tak mo dengar...kalau cakap bangsa, semangat aje...isk isk...pe nak jadi]---> paham tak sindiran nih? kalau tak paham, buat-buat paham.. =P

tengok debat perdana yang kat sepang dalam tv hari tu, saye suke dengar penadapat Prof. Diraja Ungku Aziz ngan Dr. Tan Seng Giaw je...huhu...yang lain tak tau la...yang pasti saye tak minat.

nway, walaupun tak de kaitan, tapi nak cakap gak..hari nih birthday ayah!! =)


AKADEMI FANTASIA KHAYALKAN RAKYAT-UNGKU AZIZ

Oleh : Admin

Tarikh : 18 Jul 2005, 10:24 pm




KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) – Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.

Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu.


Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi.

Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang.

Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang ditayangkan di media massa.

Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan.

Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri.

Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan penilaian semula pencapaian mereka selama ini.

Katanya, apa yang berlaku memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini bertindak mengikut arahan 'orang lain'.

Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir.

"Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya," tegasnya merujuk kepada bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan membaca buku.

Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa.

"Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu," jelasnya lagi.

Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon dari penonton di luar dewan.

Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik.

Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh generasi muda negara.

Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti meletakkan garispanduan bagaimana untuk menjadikan program-program seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang.

Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi muda akan lebih mudah 'memahami kerana kita bercakap dalam bahasa mereka'.
- zs



wallahu'alam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:06 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Berbumbungkan Angkasa Kelabu

Musafir Yang Berkelana

Notis Penyepian diri

Syukur

Tunjuk Ajarku Sifu Final Part

Tunjuk ajarku sifu part 2

Hmmm...

Tunjuk Ajarku Sifu

Bangga dgn kejayaan orang lain??

Interesting email that i should share





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD