M e n c a r i R e d h a I L a h i
Wednesday, June 22, 2005

INTERESTING EMAIL

Assalamu'alaikum...

I got this email from my junior in KYUEM. The author of this email is unknown. huhu..sayang sayang...i thought his piece of writing is really good. Just want to share this with all of you and spread this to our sisters insyaALlah...moga dapat mengingatkan kita yang sering alpa dan leka..


SILA BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba & rasulNya. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang memiliki sifat2 terpuji. Juga salam buat kita semua & orang2 yang beramal soleh. Sesungguhnya setiap perintah Allah itu adalah yang terbaik...

Sekarang ini, di dada2 akhbar sibuk terpampang berita tentang perisian atau software yang mampu menapis kemasukan atau akses ke laman lucah di internet. Saya tak pasti bila ianya mula diperkatakan kerana saya memang dah lama tak beli akhbar arus perdana (kalau baca pun yang percuma saja) tanda boikot, tapi saya menjangkakan ianya bermula atasa saranan Tun Dr. Mahathir.

Tergelak kecil saya bila baca kononnya laman & gambar2 pornografi atau bogel ini punca gejala sosial di Malaysia. Entahlah. Bagaimana corak pemikiran ahli politik atau manusia2 sekular ini saya pun tak berapa pasti. Kerana ucapan mereka selalu tersasar & selalu berputar belit. Saya sendiri tak pasti apa hujjah mereka untuk pendakwaan sebegini.

Saya bukan membela laman2 lucah ini. Saya bukan setakat bersetuju malah terlalu amat sangat bersetuju (pencemaran Bahasa Melayu ni!). Tetapi adalah sesuatu yang menggelikan hati bila seseorang yang pernah berkata bahawa pendedahan aurat bukan punca gejala sosial, mengatakan yang laman lucah ini punca kerosakan masyarakat.

Saya pernah terbaca dalam Utusan Malaysia (naskhah percuma) tentang tulisan All Women Action Society (AWAM) yang menyelar pendapat pendedahan aurat punca jenayah rogol. Bermacam2 hujjah yang manusia dangkal ini telah persembahkan yang mana saya sendiri tak berapa nak ingat. Tapi antaranya ialah kejadian di mana wanita yang bertudung pun dirogol.

Seolah2 jenayah rogol terjadi semata2 kerana individu yang dirogol itu adalah seseorang yang memberahikan tanpa ada desakan atau dorongan dari luar. Kalaulah begini hujah mereka, ternyata laman2 web ini tidak akan memberikan apa2 impak kepada sosialiti masyarakat kita. Kerana si pelawat hanya akan teruja kepada model2. Dan mereka hanya akan merogol model itu sahaja, kalau berkesempatan. Setuju atau tidak?

Jadi untuk apa ditapis bahan2 lucah ini? Begitu juga dalam kes Jeslina Hashim. Dia yang berpakaian yang mendedahkan sebahagian besar badannya bukan sahaja dilepaskan malah dibela golongan eksekutif negara kita. Ini menunjukkan pendirian mereka yang berpakaian seperti itu tidak akan memberikan sebarang impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat. Astaghfirullah...

Dan di akhbar Sigap, sisipan Utusan Malaysia baru2 ini (juga naskhah percuma), bintang lari berpagar Malaysia, Moh Siew Wei dengan tegas menyatakan bahawa pakaian atlit wanita (berbaju ketat tanpa lengan dan berseluar pendek) sebagai seksi adalah pandangan yang salah. Itu hanya keperluan & keselesaan untuk berlari. Hm... Tak seksi ke? Oleh kerana seksi itu perkataan Inggeris (sexy), mari kita cari maknanya dari kamus Oxford.

Seksi atau sexy ada 2 makna.
1.Of or about sex (yang berkaitan atau berkenaan dengan seks) dan
2.Causing sexual desire (menyebabkan keinginan seks).


Bermakna pakaian atlit sukan wanita, sekiranya mampu menimbulkan keinginan seks kepada yang melihatnya, maka bolehlah dikategorikan sebagai seksi. Dan, apakah bezanya melihat wanita seksi dengan melihat wanita bogel? Tak banyak perbezaan akan tetapi, persamaannya ialah kedua2nya akan mengakibatkan atau menyebabkan lahirnya keinginan seks dalam diri orang yang melihatnya.

Ini pengalaman saya sendiri. Hari saya kembali bekerja, saya terpaksa duduk bersebelahan dengan perempuan dalam bas ekspress. Memang saya kurang selesa. Tambah lagi si gadis yang bertudung memakai baju berlengan pendek (dalam keadaan bas yang sejuk tu? Hm...) dan berseluar jenis kapas yang ketat. Sesekali bila dia nak keluar (di duduk di sebelah tingkap), dengan selamba je dia bergesel dengan saya. Terasa lembut je...

Allahu Akbar... Saya ni lelaki. Masih muda dan sihat zahir batin. Bayangkanlah. Ok. Saya boleh tahan tu. Tapi sepanjang perjalanan dari JB ke Kerteh yang memakan masa lapan jam, saya jadik betul2 serba salah. Dalam keadaan yang sejuk, bila tersentuh dengan kulit lawan jantina, memang terasa hangatnya. Puas saya mengelak tapi yang menghairankan dia boleh buat selamba je...

Malam tu saya tidur tak berapa lena (selalunya dalam bas pun saya lena semacam...) sebab takut tersentuh mana2 yang tak patut. Bila terjaga, kalau tangan saya tersentuh kulitnya saya akan segera tarik. Dalam hati saya sentiasa memuji Allah betapa hebatnya ketentuanNya apabila Dia mewajibkan wanita menutup seluruh tubuh kecuali muka & 2 tapak tangan. Kalaulah gadis tu berlengan panjang...

Mungkin ada yang ketawa baca cerita ni. Tapi saya nak ingatkan. Tatkala saat begitulah syaitan sedap menggoda. Tambah lagi kalau kita adalah orang yang baru bertaubat & sedang menuju ke arahnya. Maka tak hairanlah kalau anda boleh terdengar cerita wanita diraba dalam bas ekspress. Tapi jangan salah anggap lak. Saya taklah sampai tahap meraba gadis tu (wana'uzubillah).

Balik ke persoalan asal, penapisan bahan lucah di internet memang perlu. Akan tetapi bukan bahan lucah di internet sahaja. Malah bahan lucah yang sebenarnya berada di sekeliling kita ini juga perlu ditapis. Maaf, tapi bagi saya setiap wanita yang mendedahkan auratnya (termasuk juga lelaki yang mendedahkan aurat) adalah bahan lucah. Bukan setakat mereka yang betul2 berbogel sahaja.

Memang panas bertudung. Memang panas berlengan panjang (seperti kata Jeslina Hashim) akan tetapi neraka Allah itu jauh lebih panas. Dan Allah memerintahkan wanita menutup aurat bukan untuk menyiksa atau merendah2kan mereka. Sebaliknya adalah untuk melindungi mereka. Kalau semua orang berpakaian labuh & bertudung (termasuk yang dalam tv), insyaAllah jenayah rogol dapat dibendung.

Kaum wanita di Afghanistan sekarang ini mengakui mereka lebih selamat di zaman Taliban. Seperti dalam petikan yang saya baca (sekali lagi, naskhah percuma) bahawa kini mereka terpaksa berjaga2 di waktu malam kerana jenayah rompak & rogol terlalu tinggi. Mengapa? Kurang kawalan? Mungkin tapi faktor terkuat ialah kerana Amerika Syarikat (AS @ Anak Setan) telah membawa masuk tv satelit yang memaparkan aksi seks sebaik Taliban tumbang.

Sememangnya saya tak mampu membuat perubahan besar dengan artikel sekecil ini. Lagipun, berapa kerat sangat orang yang akan baca posting saya. Tapi saya harap anda yang membaca dapat mengingatkan diri sendiri (termasuk saya sendiri) dan orang2 di sekeliling anda supaya menutup aurat. Katakan pada wanita yang mendedahkan aurat mereka. Sekiranya berlaku jenayah rogol, mereka adalah salah satu puncanya.

Yang belum menutup aurat, segeralah menutup aurat. Yang dah menutup aurat, perbetulkanlah atau perkemaskanlah. Aurat seorang wanita bukan hanya rambut sebaliknya seluruh tubuh. Apa guna bertudung tapi berlengan pendek atau berseluar ketat atau tersingkap dada. Imaginasi seorang lelaki itu kuat. Kalaupun cuma nampak luaran (ditutup baju) tapi nampak bentuk sudah cukup untuk mereka (atau kami) membayangkan yang selebihnya.

Sekiranya kerajaan ingin menyekat kemasukan bahan lucah, maka wajibkanlah penutupan aurat. Haramkan sebarang bentuk program hiburan yang mendedahkan aurat walaupun kita berhadapan dengan risiko tv yang tiada gambar. Dan haramkanlah juga sebarang bentuk hiburan yang membolehkan pergaulan bebas lelaki & perempuan seperti konsert2 & fiesta sureheboh tu.

Kalaulah kerajaan bersungguh. Kalaulah kerajaan kita benar2 mahu dan
kalaulah kerajaan kita benar2 Islam...
Walaupun sekadar Islam Hadhari.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah;

Wassalamualaikum warahmatullah...




wallahu'alam...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:37 am"

Comments:
Penulisnya bernama Ruzaihan Junit.

Tulisan asal ada di sini.

http://www.mail-archive.com/hidayahnet@yahoogroups.com/msg03559.html
 
ooo...mekasih...tq tq akak! =)
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Iklan Sunsilk

Home Sweet Home

Sepetang dan sepagi di kuala lumpur

No Compromise!!

Lepas satu, satu

Ku pinta redhaMu

Tupai

Ghuzwatul fikr

Hmm...

Bila pointblank mula bersuara





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD