M e n c a r i R e d h a I L a h i
Thursday, June 09, 2005

GHUZWATUL FIKR


Ghuzwatul fikr berasal dari kata "al-ghazw" dan "al fikr", yang secara harfiah dapat diertikan "perang pemikiran". Yang dimaksud ialah usaha-usaha gempur pihak musuh musuh Allah SWT untuk meracuni pikiran umat Islam agar umat Islam jauh dari Islam, lalu akhirnya membenci Islam, dan pada tingkat akhir Islam diharapkan habis sampai ke akar-akarnya. Usaha ini telah berlangsung sejak lama dan terus berlanjut hingga kini.

Ghuzwatul fikr ini dimulai ketika kaum salib dikalahkan dalam sembilan kali peperangan besar. Kemenangan kaum muslimin itu sangat mengagumkan kerana pasukan muslim yang bertempur dalam peperangan hanya sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan pasukan kuffar. Pasukan Khalid bin Walid misalnya pernah berperang dengan jumlah tentera sekitar 3000 orang, sedangkan pasukan Rom yang dihadapi berjumlah 100 ribu orang [ ratio 1:35]

Allah memenangkan kaum muslimin dalam pertempuran tersebut. Kekalahan demi kekalahan itu akhirnya menyebabkan kaum salib mencipta strategi baru. Di bawah pimpinan Raja Louis XI, strategi baru tersebut dilancarkan. Caranya bukan lagi berupa penyerangan fizikal, tetapi musuh-musuh Allah itu menghantar orang-orang terbaik mereka ke Kota Makkah untuk mempelajari ISLAM. Niat atau motivasi mereka bukan untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran ISLAM, tetapi untuk menghancurkannya. Pembelajaran dengan niat yang terpesong itu ternyata berhasil.

Tafsir dikuasai, hadis dimengerti, khazanah ilmu ISLAM digali. Setelah sampai ke tahap dan tingkat ahli, para "pelajar" ISLAM dari kaum Salib ini kembali ke Eropah, lalu membentuk semacam Research and Developent untuk mengetahui kelemahan ummat ISLAM agar dapat mereka kuasai.

Kesungguhan mereka dalam mempelajari ISLAM tersebut memang luar biasa. Dikatakan dalam sejarah, kisah seorang pelajar ISLAM dari kaum salib yang rela meninggalkan anak isterinya hanya untuk mengembara ke negara-negara ISLAM untuk mencari kelemahan negara-negara itu. Di antara pernyataan mereka ialah,

"Sia-sia jika kita berperang melawan umat ISLAM selama mereka berpegang teguh pada agama mereka. Jika mereka teguh dan kuat terhadap agama mereka, kita pasti tidak dapat berbuat apa-apa. Oleh itu, tugas kita yang sebetulnya adalah menjauhkan ummat ISLAM dari agama mereka. Barulah kemudian kita mudah mengalahkan mereka..."




Gleed Stones, mantan Perdana Menteri Inggeris juga mengatakan hal yang sama,

"Percuma memerangi ummat ISLAM, kita tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda pemuda ISLAM Al-Quran masih bergelora. Tugas kita kini adalah mencabut Al-Quran dari hati mereka, baru kita akan menang dan menguasai mereka..."




Dahulu, para penjajah menyerang kaum Muslimin dengan senjata bom, meriam dan peluru. Serangan itu hingga kini sebetulnya masih tetap berlangsung. Hanya yang dijadikan sasaran bukan lagi jasmani, tetapi akidah umat Islam. Salah satu tujuannya ialah bagaimana agar fikrah (ideologi) atau akidah umat Islam rosak. Tujuan paling akhir adalah bagaimana agar Islam dan umat Islam berhasil dihabisi riwayatnya dari bumi Allah SWT ini. Serangan inilah yang disebut ghuzwatul fikri (perang ideologi). Dan senjata yang dipergunakan bukan lagi bom atau peluru, tetapi surat kabar, majalah, radio, televisyen dan media media massa lainnya, baik cetak maupun elektronik, baik yang sederhana, maupun yang super canggih. Untuk mengantisipasi atau mengimbangi serbuan ghuzwatul fikr itu, umat Islam antara lain harus mempunyai jemaah yang kukuh, yang dikelola oleh para Ulama dan jurnalis Muslim yang betul betul faham Islam secara benar; dengan peralatan dan teknologi yang memadai dan mampu menampilkan tulisan dan berita yang benar serta baik secara menarik dan bijaksana.


Ada beberapa jenis ghuzwatul fikri ini dan salah satu daripadanya adalah dengan merosakkan pola pemikiran kaum muslimin. Ideologi-ideologi dan isme-isme yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah diwarwarkan secara meluas melalui media-media yang telah disebutkan tadi. Dunia sekarang telah berjaya mereka kuasai dan orang ISLAM semakin lemah dari satu generasi ke satu generasi memandangkan semakin ramai yang tertipu dengan ideologi-ideologi duniawi yang dicipta oleh mereka sekadar untuk memuaskan nafsu serakah mereka dan sama sekali tidak dapat menandingi kesyumulan ISLAM yang diwahyukan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Mereka selalu memakai kata-kata terrorists, fundamentalists, extremists untuk memburuk-burukkan golongan pejuang kaum muslimin yang gigih mempertahankan kemerdekaan negeri mereka dari penguasaan penjajah yang zalim dan melampaui batas sedangkan apa yang mereka perjuangkan adalah benar di sisi agama ISLAM. Apa yang disampaikan kepada kaum muslimin di negeri-negeri lain adalah sesuatu yang benar-benar jauh dari realiti bahkan sengaja diputarbelitkan dari kenyataan yang sebenar. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, ramai golongan muslimin yang dengan buta tuli dan tanpa usul periksa menerima berita ini bulat-bulat tanpa terdetik di hati mereka bahawa mereka sebenarnya ada agenda tersendiri untuk menghancurkan agama ISLAM!!!

Tengok sahaja di negara kita sekarang, malaysian idol, audition, akademi fantasia dan lain lain rancangan-rancangan melalaikan dan banyak kemungkaran dari kebaikan berleluasa dan hanya sebilangan kecil sahaja yang benar-benar merasakan perkara ini bertentangan dengan ajaran ISLAM. Konsep humanisme diagung-agungkan. Manusia mempunyai hak asasi masing-masing untuk menentukan keputusan hidup mereka dan apabila bertentangan dengan ajaran ISLAM, tiada siapa yang patut mempersoalkan keputusan itu kerana kita hidup atas jalan yang kita pilih sendiri. Hmm....Ada yang lebih berani berkata, "Kalau perbuatan saya itu satu dosa, itu hal saya dengan ALlah. Orang lain tak perlu sibuk untuk tahu..." Tidakkah ini lambang kemenangan kuffar?


Sesungguhnya, majoriti kita memang telah tewas dalam peperangan ini!!! We must do something!





"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 1:18 am"

Comments:
bagus2..teruskan usaha dalam bidang penulisan..
in ENGLISH macam pointblank bagus gak..we need more people like this
 
tq anonymous..hajat di hati memang nak tulis in English..tapi i've got to polish my writing skill in English dulu kot..huhu...karat dah..insyaALlah, doakan ye
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Hmm...

Bila pointblank mula bersuara

Keperibadian Salahuddin Al-Ayyubi

Share 2

Share

Dah dpt lirik dah!!

Fi Lailateen

Wanita-Wanita Malam

Notis

Generasi Al-Muzammil





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD