M e n c a r i R e d h a I L a h i
Saturday, June 04, 2005

SHARE 2

Assalamuálaikum...

Disebabkan semalam dah janji nak update blog hari ni utk kisah kedua, kene gak la update walaupun sebenarnye pagi nih tak de la berhajat nak berlama-lamaan depan comp...

selingan jap...semalam celebrate birthday one kat takraw court blakang kampung topaz...sementara tunggu kedatangan cik one, tgk bintang yg bertaburan kat langit..huhu..cantik!!..subhanallah...teringat lak kenangan lepas spm, malam tu memang tido tiga jam je kot [can't really remember]...selebihnye panjat bumbung bangunan reramai dan makan makan atas bumbung plus tengok bintang [tu la bestnye skolah sume perempuan..heheh] dan yg bestnye, dpt tgk about 3 to 5 tahi bintang, or meteor [pape je la org panggil, sy sendirik tak sure]...memang gembira gile time tu sebab tak pernah tgk dan mcm malam tu byk pulak bintang yg cerah cerah sumenye...Alhamdulillah...rezeki Allah nak kasik utk saye nak tgk...memang indah btol ciptaan Allah nih...hmm...sayang ek, tak de kamera canggih nak amik gambar-gambar nih..kalau bangun subuh tu, pandang pandang la langit...lately nih byk gak la bintang sebab tak hujan..tak de awan..hmm..

ok dah..sambung kisah kedua semalam seperti yg dijanjikan.



KISAH KEDUA

Petempuran memperebutkan Kota 'Aka ni berlangsung cukup lama. Masing-masing pihak Eropah dan Islam belum mempunyai gambaran kalah atau menang. Pasukan Eropah mendapat banyak bantuan sama ada dari darat atau dari laut. Kejadian berlarut-larut ini mendapat tanggapan dari Al-Fadhil, seorang hakim di Mesir. Hakim ini menulis surat kepada Sultan Salahuddin, kandungannya antara lain sebagai berikut:



"....Bahawa pengepungan yang berpanjangan ini disebabkan banyak dosa dan kejahatan yag dilakukan orang-orang kita. Kerana ALLAH sekali-kali tidak akan memenuhi kehendak seseorang selain sesuai denagn kepatuhan orang itu kepada-NYA.

"....Apa yang kita dapatkan adalah sebenarnya merupakan dari apa yang kita kerjakan. Apabila kita benar-benar mengerjakan sesuatu dengan penuh tanggungjawab, maka ALLAH pasti akan menunjukkan hasil yang sepadan. Jika kita selalu taat kepadaNYA, maka ALLAH pasti tidak akan melimpahkan rahmatNYA kepada lawan-lawan kita...."




Itulah sebahagian apa yang disampaikan oleh Al-Fadhil, seorang hakim terhormat di Mesir. Satu amaran yang tegas yang keluar dari hati bersih dan jujur. Seorang menteri berperibadi luhur dan selalu menggunakan akal dalam menganalisa setiap persoalan. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA kepada hakim yg mulia itu...

__________________________________________________________________________________

Jadi, ana nak mengajak rerakan sume relate la ngan situasi pada masa skrang...tak perlu ana elaborate lebih...sudah terang lagi bersuluh...ana quote part of lagu ABABIL yang dinasyidkan oleh RAIHAN:

Persoalannya mengapakah kita di zaman ini
dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita
tiada pembelaan dari Tuhan untuk umat ini
kerna cinta dunia dan takut mati
(al-wahan)
cubalah kita koreksi diri




wallahuálam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:34 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Share

Dah dpt lirik dah!!

Fi Lailateen

Wanita-Wanita Malam

Notis

Generasi Al-Muzammil

Ape Nak Jadi Malaysia Tanah Airku

Muslim Scholars For Hire

Soldiers of ALLAH - 1924

Futur Jamai'e dan Kejayaan Islam - Final





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD