Tuesday, May 17, 2005
FUTUR JAMAIE DAN KEJAYAAN ISLAM - FINAL PARTAssalamuálaikum...
akhirnye sampai gak ke part final..huhu...sori la..kali nih agak panjang...dah tak larat nak sambung sambung laie..
hari nih abis paper bio core Alhamdulillah...yeay!!! tujuh paper lagi..huhu..doakan eh...lagi sebulan aje dok kat sini...erm...tempat yg byk meninggalkan nostalgia dan memori suka dan duka [adeih..abis la..ayat makin jiwang dari hari ke hari]..k la..stop merepek..mari membaca...moga dapat manfaat...
CARA-CARA MENGHADAPI FUTUR1 Membaca dan merenung kandungan al-Qur'an "Dan Kami turunkan al-Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman" (QS al-Isra:82).
Ada dua perkara yang dianjurkan oleh Ibnul Qayyim bagi mengatasi kemalasan yang muncul dari kekerasan hati.
* Pertama, alihkan hatimu dari dunia, lalu tempatkan ia di akhirat. Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian al-Qur'an, memikirkan dan memahami apa yang
dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan serta amati semua ayat-ayat Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.
2 Merasakan keagungan Allah Mengamati dan memikirkan nas-nas al¬Qur'an dan juga ayat-ayat(tanda-tanda kekuasaan) lainnya merupakan sarana yang paling bermanfaat untuk mengubati jiwa yang dilanda lemah iman. Antara ungkapan indah dari lbnul Qayyim Rahimahumullah ketika mensifatkan keagungan Allah:
"Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan, menjadikan malam dan siang, menggantikan hari demi hari di antara manusia, membalikkan ke¬kuasaan dan menggantikannya de¬ngan kekuasaan yang lain, urusan dan kekuasaan-Nya berlaku di bumi serta diantara keduanya, di lautan dan di daratan. Ilmu Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.
Pendengaran Nya mencakupi berbagai suara dan tak ada yang menyerupaiNya. Bahkan Dia dapat mendengar suara hiruk pikuk yang saling bertindih dengan berbagai perbezaan bahasa, pendengaran¬Nya tak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus-menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang¬orang yang mempunyai keperluan. Penglihatan-Nya meliputi segala sesuatu yang tampak, sehingga Dia mampu melihat
langkah-langkah kaki semut hitam di tengah-¬tengah padang pasir yang luas terbentang di tengah malam gelap gulita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelas bagi-Nya. Firman Allah:
"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. " (QS ar-Rahman: 29).
3 Mendalami ilmu syar'i Maksudnya ialah
ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu-ilmu syari'at, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga, azab pedih di neraka, hikmah syari'at, masalah halal dan haram, perjalanan hidup para anbiya' dan pelbagai perkara yang tak terhitung manfaatnya.
Allah SWT berfirman:
'Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS az-Zumar:9).
4 Mencari persekitaran dan lingkungan yang solehKeadaan seseorang banyak ditentukan oleh persekitarannya. Lingkungan yang baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang akan mendapat teguran dan bimbingan tatkala melakukan kesalahan. Di sana pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati. Demikianlah mekanisme yang hidup pada zaman para salafushalih. Mereka gemar dan sentiasa bersemangat ketika bertemu dengan saudaranya mengadakan pertemuan-pertemuan untuk
majlis zikrullah , sehingga iman mereka terus bertambah. Muadz bin Jabbal RA pernah berkata kepada seorang laki-laki:
"Duduklah bersama kami untuk beriman sejenak (untuk memperbaharui iman)"5 Memperbanyakkan amal soleh Amal soleh mampu memberikan pengaruh yang amat ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kebaikan dan apa sahaja amal soleh pasti jiwa merasa kedamaiannya. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan untuk melakukan amal soleh. Antaranya adalah:
Pertama, berusahalah sesegera mungkin melaksanakannya. Allah SWT
berfirman:
"Bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. ": (QS Ali Imran: 33).
Kedua, berusaha melakukan amal soleh secara berterusan. Dalam sebuah
hadis Qudsi, Rasulullah SAW berkata tentang Rabbnya:
"Hamba-Ku sentiasa bertaqarrub kepada Ku dengan mengerjakan amalan nafilah (sunat sehingga Aku mencintainya. "
Kalimat "ma yazalu" yang dinyatakan dalam hadis di atas menunjukkan pengertian secara berterusan.
Ketiga, menjaga berterusannya amalan tersebut hingga tidak menimbulkan rasa bosan. Di antaranya caranya adalah bersikap variatif dalam
melaksanakan ibadah, menjaga keseimbangan dan tidak terlalu berlebihan.
Keempat, mengulang amalan yang tertinggal dan yang terlupa. Sikap ini penting bagi memastikan kita sentiasa mengikat diri dengan amal soleh. Rasulullah SAW bersabda:
""Barangsiapa yang tertidur hingga ketinggalan bacaan wiridnya dan sebahagian malam atau sebahagian bacaan wirid, lalu ia membacanya lagi antara solat subuh dan solat Zohor, maka ditetapkan baginya seakan-akan dia membacanya pada malam itu. "(HR, an-Nasa i)."
Kelima, menumbuhkan perasaan pengharapan agar segala amal yang dilakukan diterima, dan khuatir amalannya ditolak oleh allah SWT. Pengharapan ini
tentulah disertai dengan usaha dalam amal-amal soleh.
6 Tumbuhkan rasa takut su'ul khatimah (kesudahan yang buruk)Takut kepada su'ul khatimah akan mendorong seorang muslim untuk taat dan memperbaharui iman di dalam dada. Pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW seorang laki-laki dari pasukan kaum muslimin yang melakukan serangan demikian hebat. Namun, tatkala masalah tersebut diberitahu kepada Rasulullah, beliau bersabda:
"Dia benar-benar menjadi penghuni neraka..... Mengapa pula ya, Rasulullah?". jawapannya ditemui kemudian. Ternyata ketika berada di medan peperangan tersebut, ia menderita luka parah dan menanti ajal yang tak kunjung tiba. Akhirnya, kesabarannya hilang dan orang tersebut mengambil pedang untuk membunuh dirinya sendiri.
7 Banyak mengingati MatiMengingati mati juga akan membenteng seseorang dari derhaka kepada Allah manakala hati yang keras boleh berubah menjadi lunak. Tidaklah seseorang itu mengingati mati tatkala dia dilanda kehidupann yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang. Di antara cara yang paling penting untuk mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis,
mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang
kotor." (HR. Hakim)
8 Kepatuhan dan Berlepas DiriErtinya saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta memusuhi dan berlepas diri dari orang-¬orang kafir. Hati yang bergantung dan terpaut pada musush-musuh Allah, akan menjadi lemah. Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, bila kepatuhan dimurnikan dan hanya kepada Allah SWT maka ia akan menghidupkan keimanan dan semangat dalam hati.
9 Memuhasabah jiwa tatkala datang kelemahanMenurut Ibnu al- Qayyim, hati itu memiliki dua sikap: menerima dan menolak. Manfaatkanlah dua situasi itu, sama ada ketika ia cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkanlah amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam. Dan pada ketika hati sedang menolak (futur), ikatlah hati dengan melakukan amal-amal wajib. Berinteraksilah dengan hati dalam keadaan lemah-lembut sehingga sampai saatnya ia cenderung untuk menerima kembali.
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Wahai Rasulullah, apa pendapat anda bila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?" Rasul menjawab: "Peliharalah keburukanmu dari manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu."
10 Menelaah kisah teladan salafussoleh.Sikap dan keteladanan salafussoleh termasuk para ulama dan mujahidin hingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga menyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan para salafussoleh sebagai qudwah
BAHAYA FUTURWalau pun futur adalah sesuutu yang lumrah berlaku dalam diri manusia, tetapi ia mestilah diurus, sebagaimana yang diajarkan oleh hadits di atas dengan memalingkan perasaan itu kepada sesuatu yang sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan mengkibatkan kesan buruk. Antara kesan buruk itu ialah;
1 Pengabaian kepada amanah.Futur menyebabkan seorang aktivis dakwah bermalas dalam menunaikan tugas dakwahnya. Ini kadangkala sehingga menyebabkan tugas berkenaan lewat disempurnakan atau terbengkalai sehingga mengganggu keseluruhan projek yang hendak dilaksanakan. Apa jua pengabaian kepada kewajiban adalah pelanggaran amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.
2 Gugur dari jalan dakwah.Sekiranya futur tidak ditangani atau dibiarkan tanpa dirawat, ia akan menjadi satu tabiat. Lama-lama, perasaan ini menjadi sebati dan aktivis berkenaan menjadi semakin jauh dari amal dakwah. Akhirnya, ia terus tidak lagi terbabit dalam amal dakwah. Apabila seorang itu gugur dari jalan dakwah, maka ia telah hilang banyak kebaikan dari usaha dakwah. Lebih buruk lagi, ia telah mengabaikan kewajiban dakwah yang ditaklifkan ke atasnya sebagai seorang Muslim.
3 Mengakhiri kehidupan dalam keadaan yang futur.Apabila seseorang itu berlama-lama dalam keadaan futur sehingga menjadi kebiasaannya, maka ia menanggung risiko besar untuk mati dalam keadaan sedemikian kerana dia tidak tahu akan masa kematiannya. Adalah ditakuti, jika Allah taala mengambil nyawanya sedangkan dia dalam keadaan futur, sedangkan Allah taala menghisab amal manusia berdasarkan akhir hayatnya. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan daripadaMU dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas..."(Riwayat Abu Daud)
Di dalam sebuah hadits, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka
padahal ia termasuk ahli syurga, dan ada pula yang mengamalkan amalan
ahli syurga padahal ia termasuk ahli neraka. Sesungguhnya amal itu
tergantung pada kesudahannya." (Riwayat Al-Bukhari)...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:01 am"