M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, May 13, 2005

FUTUR JAMAIE DAN KEJAYAAN ISLAM - PART 1

Assalamuálaikum...

Apesal tetibe pilih tajuk nih? huhu...sebab nak mengingatkan diri sendiri la..dok laung laung jihad, dok laung laung dakwah, tak nak la dapat penyakit futur nih...wanauzubillahiminzalik...sama sama lah kite memohon kepada ALLAH s.w.t agar di lindungkan daripada penyakit futur ni...amiin...
Artikel nih ditulis oleh DR. SAYID MUHAMMAD NUH. sapekah die? ana pun tak tau...tapi mende yg beliau tulis nih tak contradict pun...memang betul insyaALLAH...dapat from mailing list mymasjid. tapi ana tak amik sume and ana buat banyak siri la...nanti korang tak larat nak bace lak...moga bile dah tau ape tanda tanda futur nih, kite cecepat istighfar dan kembalikan semangat kite dan berdoa agar Allah beri kekuatan...


MAKNA FUTUR DARI SEGI BAHASA:

a) putus setelah bersambung atau tenang setelah bergerak
b) malas, lambat, pelan, setelah rajin dan bersungguh-sungguh


MAKNA FUTUR DARI SEGI ISTILAH:

Futur adalah satu penyakit yang menimpa sebahagian aktivis, menimpa secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatan yang terendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat dan kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali. [tetibe jadi malas dalam perjuangan]


CERITA SAHABAT:

Pada zaman rasulullah terdapat seorang sahabat yang pernah mengalami futur dimana pada saat itu ketika rasulullah menyerukan perang kepada seluruh kaum muslimin, hampir seluruh kaum muslimin langsung menyambut seruan itu kecuali orang-orang munafik dan orang-orang yang berhalangan tanpa alasan termasuk Ka'ab bin Malik. Akibat tindakan Ka’ab bin Malik tersebut Allah mengujinya dengan cara Rasulullah memerintahkan kepada sahabat yang lain untuk memencilkannya dan menyuruh isterinya untuk tidak menegurnya selama 50 hari.

Namun dengan keistiqomahan beliau kemudian Allah mengampuni dengan menurunkan ayat At-Taubah:118

"dan terdapat tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi menjadi sempit bagi mereka padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah (terasa) sempit oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari siksa Allah, melainkan kepada-Nya. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubat mereka. Sesungguhnya Allah lah
maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.




MENGENALI AL-FUTUR

1 Apabila melakukan maksiat dan dosa berulang kali.

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai suatu kebiasaan. Sehingga pada suatu ketika individu itu semakin sukar meninggalkan kesalahan tersebut. Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Akibatnya, seseorang menjadi semakin berani melakukan dosa dan kesalahan yang berikutnya. Anas RA pernah
berkata:

'Demi Allah, nescaya kamu melakukan suatu dosa yang kamu anggap dosa itu lebih nipis dari rambut. Sedangkan kami dahulu menganggap perbuatan tersebut termasuk dalam `maubiqat' (dosa besar). "




Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan dimaafkan kecuali orang yang (berani) melakukan dosa secara terang-terangan. " (HK. Bukhari).




2 Apabila merasakan kekerasan dan kebekuan hati.

Kekerasan hati laksana batu keras yang tak dapat diubah atau dipengaruhi oleh kejadian-kejadian di sekitarnya serta sukar menerima teguran dan nasihat.


3 Apabila diri merasakan kesukaran untuk tekun dalam beribadah.

Seperti sukar untuk khusyuk dalam solat, ketika berzikir, membaca al-Qur'an dan berdoa.


4 Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah

Atau merasa cenderung untuk meremehkan amalan dan ibadahnya. Contohnya enggan atau meremehkan kehadiran solat berjamaah atau menunaikan solat di awal waktu. Ketika dia menunaikan amal ibadah, ia hanya merupakan aktiviti yang kosong dari roh. Allah SWT menyifatkan orang munafiq dalam firman Nya:

`Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. " (QS. an-Nisaa':142).




5 Apabila perasaan cepat dilanda gelisah.

Malah dada begitu terasa menyesak laksana orang yang sedang menghadapi masalah berat
yang menghimpit, sedangkan masalah dihadapi hanyalah masalah yang remeh saja. Juga rasa tidak tabah dan `pucat lesi' ketika menghadapi musibah atau cubaan.


6 Apabila suasana jiwa yang tak tersentuh dengan kandungan ayat suci al-Qur'an.

Sama ada ayat itu berupa janji, ancaman, perintah, mahupun larangan. Timbulnya sikap malas untuk mendengar dan menyemak al-Qur'an, apatah lagi membacanya.


7 Apabila lalai atau malu mengamalkan zikir.

Dengan alasan zikir adalah suatu yang sukar malah merasakannya sebagai amalan yang berat. Firman Allah SWT:

"Dan, mereka tidak menyebut-Allah kecuali hanya sedikit sekali." (QS. an-Nisaa:142)




8 Apabila berkurangnya rasa marah atau tidak terusik langsung hati untuk merasa marah tatkala melihat kemungkaran atau perlanggaran peraturan dan hukum yang diharamkan Allah SWT.

Berkurangnya rasa cinta atau lenyap sama sekali kecintaan terhadap perbuatan ma'ruf dan keta'atan. Atau dengan kata lain, segala permasalahan di anggap sama, sehingga tak terdetik dalam hati untuk melarang kemungkaran atau menganjurkan kebaikan. Sesiapa yang dilanda kemalasan ini adalah seseorang yang enggan untuk aktif dalam dakwah Islam.


9 Apabila menilai sesuatu hanya dari segi perkara tersebut itu
dosa atau tidak sahaja dan tidak melihat dari sudut perbuatan yang
makruh.


Kebanyakan orang apabila ingin melakukan perbuatan, ia bertanya adakah perbuatan tersebut dosa atau tidak? Ini merupakan sesuatu yang baik. Namun yang lebih baik adalah bertanya dcngan soalan "Adakah perkara tersebut haram atau makruh ?" kerana perkara yang makruh akan menyeret seseorang kepada perkara syubahat. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim "Barangsiapa yang terjerumus dalam syubahat, bererti ia berada dalam yang haram”. [ana la nih..huhu..isk isk...astaghfirullah...]



10 Apabila kurang memberi perhatian terhadap urusan atau hal ehwal umat Islam.

Tidak pernah atau tidak mahu mendoakan saudara seIslam mereka apatah lagi mengeluarkan infaq (sumbangan/ perbelanjaan) untuk mereka. Perasaannya begitu dingin dan 'beku', ketika menyaksikan permasalahan umat Islam yang sedang dikuasai musuh, ditindas, dizalimi, diseksa dan sebagainya. Malah merasa bersyukur dan gembira kerana tidak tertimpa musibah tersebut. Tidak pernah prihatin atau tidak pernah mahu bersusah payah berjuang untuk mengatasi keadaan umat Islam juga merupakan suatu
petunjuk atau indikasi ketiadaan rasa tanggung jawab terhadap agama.

Secara jelas Rasulullah SAW telah bersabda antara lain

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai buat dirinya" malah dalam hadis baginda yang lain pula : " Seorang muslim adalah saudara muslim, tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya tidak menolongnya. Barangsiapa yang memerhatikan keperluan saudaranya maka Allah memerhatikan keperluannya. Barangsiapa melepaskan kesusahan saudaranya, maka Allah akan melepakan kesusahannya di hari Kiamat... "





11 Apabila cenderung memperbanyakkan perdebatan dan menjauhi urusan amal.

Perdebatan yang berlebihan atau berbantah-bantah yang terlalu kerap ditambah pula tanpa hujah yang benar dan tepat, atau tanpa pengetahuan dan dalil yang jelas justeru menjadikan hati menjadi keras dan beku. Malah yang lebih menakutkan adalah sebagai sebab munculnya benih-benih perpecahan.



12 Apabila terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.

Keadaan terlalu memerhatikan urusan dunia hingga berlebih-lebihan dalam memerhatikan diri sendiri, baik dalam masalah makan, minum, pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya.



13 Apabila menghindar atau memisahkan diri dari persekitaran persahabatan dengan orang-orang baik.

Muncul rasa tidak selesa atau kurang enak apabila berada di dalam suasana dan persekitaran orang-orang yang berjuang di jalan Allah.



TO BE CONTINUED....


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:58 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Selawat

Doaku untuk sahabat

Ujub

Ratapan Anak Desa

Kebersihan

Tarbiyyah Jasadiah

Ukhuwah Islamiyah

EKSPERIMEN 5-S

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

Nasyid Rabitah Hati





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD