Wednesday, May 11, 2005
SELAWATAssalamuálaikum...
Erm...hari nih lepas tazkirah subuh muslimat tak lepak lepak cam bese sementara menunggu nak gi dining. Hari nih Alhamdulillah reramai bace doá pagi, selawat pelindung diri, selawat menenangkan jiwa dan selawat murah rezeki plus asma'ul husna. Alhamdulillah diberi taufiq oleh Allah s.w.t untuk bace reramai. Suatu perkara yg patut di syukuri untuk hari ini...
Tapi, pagi tadi ana agak rasa kecewa waktu selawat beramai ramai...ntah...tetibe ade perasaan kecewa dan marah [sikit ke? Mcm byk je..huhu] bile melihat ada di kalangan kita yg tergelak lucu apabila tersilap melagukan selawat selawat tersebut. Perlukah kite geli hati sedemikian? kite tengah selawat nih...Tetiba rasa darah menyirap..huhu..tak tau la...ana tahu
ana tak berhak nak kate orang tak menghayati selawat kerana itu terpulang kepada keikhlasan hati masing masing [
ntah ntah ana pun tak menghayati]...nih cume ape yg ana nampak dan rasa..
Cuma nih satu teguran. Walaupun ana rasa ana sendiri pun tak de la menghormati selawat dan menghayati selawat tahap 'dewa' pun, namun kite sesama la jaga perilaku dan adab ketika selawat. Kita nak berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. nih, wajar ke kita berkelakuan sedemikian?
Meskipun selawat tu dinasyidkan dan ana akui memang sedap dan mendayu...namun, waktu kite mendendangkan selawat tu beramai ramai, moga kita tak jadi alpa dan lalai dengan irama selawat tersebut. Memang, tak dinafikan ia membantu untuk kite khusyuk dlm berselawat, tapi perhati perhatikan la maksud dalam bahasa melayu tuh,
terutama ana la...sebab ana tak pandai bahasa arab.
Cuma rasa kecewa sket la...dan ini
KHUSUSNYA peringatan buat diri ANA...dan AMNYA buat antum sume. Semoga kita sama sama menjadi lebih khusyuk dan menghayati selawat, rather than menghayati irama selawat tersebut dan berusaha menghormati selawat selagi termampu. Saling mengingatkan la sesama kita.
Sini nak letak satu dalil pasal selawat nih, buat pedoman bersama:
Allah telah berfirman didalam Al Quran Al Karim yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat kepada Nabi.Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan bersalamlah kepadanya dengan sepenuh salam(kehormatan)."
(Al Ahzab:56)
Kiranya memadai apa yang diutarakan oleh Allah Ta'ala di dalam ayat ini sebagai menunjukkan kemuliaan dan kehormatan terhadap junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan sebagai menggalakkan terhadap kita hamba-hambaNya yang Mu'minin untuk memberikan selawat dan salam ke atasnya.
Harap jgn ade yg tersinggung la kalau teguran nih tak berhikmah langsung. tapi percaye la...ana memang nak mengingatkan rerakan yg ana sayangi sekalian dan diri ana yg lemah dan hina dina ni.
Wallahuálam...
P/S: nape ana tak tegur stret je pagi tadi :
1) Ana pengecut
2) Ana tak nak spoil mood pagi tu
3) Ana takut org tak dpt nak absorb nasihat sebab sume org aim nak gi makan
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:10 am"