M e n c a r i R e d h a I L a h i
Saturday, May 07, 2005

UJUB

Assalamuálaikum...

Hari ni nak cakap pasal ujub...nape ana pilih tajuk nih? Sebab tadi waktu maghrib time mengaji al-Quran ana rasa ana dah ujub...huhu astaghfirullah…itu la manusia yg lemah imannya seperti ana nih...penyakit hati memang tak dapat nak buang terus. Isk isk…alangkah hinanya diri ini...

APA UJUB NI SEBENARNYA?

Kata Imam Ghazali r.a dalam kitab Ihya Ulumuddin:

Hakikat 'Ujub itu ialah Takabur yakni membesarkan diri yang hasil di dalam batin dengan sebab disangka akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada Ilmu atau daripada amal. Maka jikalau terdapat ketakutan atas hilangnya ilmu atau amal, tidaklah ia dinamakan Ujub. Demikian juga jikalau suka ia akan sifat kesempurnaan dengan memandang keadaan nikmat itu daripada Allah Taala, maka itupun tidak dinamakan Ujub. Tetapi sekiranya dibangsakan kesempurnaan itu kepada dirinya dengan tidak bimbang akan hilangnya kesempurnaan itu dan tidak menilik akan limpah nikmat daripada Allah, maka ini dinamakan Ujub.

KISAH UJUB

"Ada seorang bila ia berjalan dinaungi oleh awam. Maka ketika berjalan ada orang berkata; "Saya akan berjalan di belakang orang itu di bawah naungannya. Tiba-tiba datang "Ujub pada orang yang bernauangan dengan awam itu dan berkata; "Orang semacam itu akan berjalan di bawah naunganku!!!" Maka berjalanlah keduanya, kemudian ketika berpisah jalan, mendadak naungan itu ikut pada orang yang dihina itu".

BAHAYA UJUB

1. Terhalangnya taufiq dan pemeliharaan daripada Allah s.w.t
Firman Allah Taala yang menjelaskan punca kekalahan tentera Islam dalam peperangan Hunain;
"Dan pada hari perang Hunain kerena kamu ujub sebab ramai kamu, maka tiada terkaya daripada kamu akan sesuatu"
2. Merosakkan amal soleh. Menghancurkan semua ganjaran pahala, malah memadamkan cahaya mata hati


Sayyiditina A'isyah r.a ketika ditanya oleh seorang;

"Bilakah saya mengetahui bahawa diriku telah berbuat baik?" Jawabnya; Bila kamu merasa belum baik. Lalu ditanya lagi; Bilakah saya mengetahui bahawa aku jahat(busuk/keliru). Jawabnya; Jika kamu merasa bahawa kamu sudah baik"

Umar bin Abdul Aziz jika khutbah lalu kuatir Ujub, ia hentikan khutbahnya dan bila menulis lalu takut Ujub, ia koyak-koyakkan tulisannya sambil membaca; "Allahumma inni a'udzu bika min syarri nafsi" (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku).

Tu la nak share…entry yg agak panjang kot...tapi insyaAllah beri manfaat utk semua termasuk diri ana. Penyakit ujub nih sangat sangat bahaya sebab tanpa kita sedar kita dah memuji dan melambung diri sendiri dalam hati dan maka dengan itu sia sia lah ibadah kite..huhu..oleh itu, kita cuba la didik hati jangan sentiasa tilik diri dan amal...kalau ade terdetik tuh, terus la beristighfar...insyaAllah, kalau betul betul nak berubah, maka Allah sentiasa akan membantu hamba2NYA. Berdoa lah selalu agar dihapuskan penyakit hati dalam diri kita…

wallahuálam....


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 10:53 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Ratapan Anak Desa

Kebersihan

Tarbiyyah Jasadiah

Ukhuwah Islamiyah

EKSPERIMEN 5-S

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

Nasyid Rabitah Hati

Solat Sunat Istikharah

Pemuda Pemudi harapan Agama

Hujan yg turun bagaikan mutiara





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD