M e n c a r i R e d h a I L a h i
Monday, May 09, 2005

DOAKU UNTUK SAHABAT

Assalamuálaikum...

tetibe nak mode jiwang la hari nih..kes kes..Alhamdulillah ana mempunyai sahabat sahabat yg sumenye baik baik belaka...caring, ade sense of humour..hehehe...dan yg paling penting mengingatkan ana di kala ana alpa dan leka. syukran bebyk wahai sahabat sahabat ku...huhu...korang memang dah byk sabar la ngan perangai ana yg merepek dan hangin tak tentu arah nih. kejap monsun barat daya, kejap monsun timur laut. ok. sini nak quote sket la antara ciri2 sahabat yg baik:

1. Jika engkau berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau merapatkan persahabatan dgnnya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan kebaikan kepadanya, ia akan menerima dgn baik
5. Jika mendapat sesuatu kebajikan [bantuan] daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik padamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri [kerana malu hendak meminta], ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu itu [membuat sesuatu utk menghilangkan kesusahan itu]

huhu..nampak sangat la ana nih bukan sahabat yg baik...sori ye...ana nampak tak caring kot? hehe...org kate ana sebenarnye caring, tapi tak tunjuk je..huhu...tak tau la..korang nilai la ana nih cam mane..kalau buruk, betulkan la ana..

anyway, ade satu point kat atas tu, tak apply kat ana la kalau korang sahabat yg baik..point no. 8. huhu...kalau ana tengah bermuram durja, jgn ditanye ape sebab yg dimuram durjakan..kalau ana nak kasik tau, ana kasik tau sendiri. kalau tanye gak, mintak maap ler kalau respon nye menyinggung hati..biasanye ana diam aje...jadi kalau rase terabai tu mintak ampun ye...sesungguhnye ana manusia lemah, yg sentiasa melakukan kesalahan. sayang korang sume...ukhwah fillah abadan abada!!!! moga ukhuwah yg terbina membawa kita makin dekat kepada ILAHI!!!


Doaku untuk sahabat...

Ya ALLAH
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMU dan ENGKAU adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya ALLAH
Jangan ENGKAU tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah ENGKAU ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah ENGKAU tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah ENGKAU hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah ENGKAU bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah ENGKAU sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah ENGKAU redhai dan tepat untuknya melainkan telah ENGKAU tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya ALLAH
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMU dan berubahnya kesejahteraanMU dan mendadaknya seksaMU dan berbagai macam murkaMU

Ya ALLAH
Sungguhnya aku bermohon kepadaMU tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMU

Ya ALLAH
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. ENGKAUah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya ALLAH
Sungguhnya aku bermohon kepadaMU bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya ALLAH, aku bermohon baginya kepadaMU tingkat yang tinggi di syurga. Ya ALLAH perkenankanlah permohonanku.





hati beri pada tuhan ... mata pandang depan ... kaki terus jalan
Biar rebah jangan berubah, "Biar terbuang terus berjuang". Senyum mujahid menuju syahid!



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:14 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Ujub

Ratapan Anak Desa

Kebersihan

Tarbiyyah Jasadiah

Ukhuwah Islamiyah

EKSPERIMEN 5-S

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

Nasyid Rabitah Hati

Solat Sunat Istikharah

Pemuda Pemudi harapan Agama





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD