M e n c a r i R e d h a I L a h i
Sunday, May 22, 2005

APE NAK JADI MALAYSIA TANAH AIRKU

Assalamuálaikum...


Rujuk: Utusan Hiburan 22/5/05

GEGARAN AF3 BERMULA
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN


RESAH yang bergantungan di dada dek kerana mandi tak basah, makan tak lalu, tidur tak lena kerana penangan demam Akademi Fantasia akan kembali lagi.

Kali ini mungkin penangannya menjadi lebih kuat.

Mana tidaknya penerbit, Astro menyediakan pelbagai hadiah sebagai tanda terima kasih kepada penonton yang sudi menjadi juri mengadili bakal bintang-bintang baru dalam AF3 yang akan bermula.

Itulah strategi AF yang terbaru dalam menambat hati penonton.

Justeru, sama ada suka ataupun tidak, kita perlu mengakui hakikat bahawa AF telah merobah banyak benda dalam kehidupan sebahagian daripada kita.

Dari sebuah rancangan yang bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang seni suara, kehadirannya ditunggu dan dinanti dengan penuh debaran semenjak dua tahun lalu.

Rancangan ini telah merembeskan air mata jutaan rakyat Malaysia dan juga merobekkan poket penonton yang tidak berkira dalam soal SMS untuk melihat bakat pilihan mereka kekal dalam akademi.

Apa juga skeptikal tentangnya, AF sebenarnya telah melahirkan banyak bintang baru yang kehadiran mereka memberi warna baru kepada industri hiburan.

Kredibiliti AF dapat diukur dan dibuktikan dengan kesinambungan kejayaan pelajar-pelajarnya di musim yang lalu.

"Kejayaan juara AF1, Vince meraih anugerah-anugerah dalam bidang nyanyian dalam dan luar negara menjadi pengukur kejayaan kami dalam membimbing bakat-bakat baru.

"Khai (AF1) dan Farah (AF2) juga tidak kurang hebatnya, masing-masing meraih kejayaan di Anugerah Era 2004 dan Anugerah Industri Muzik 2005.

"Ramai lagi bintang AF yang mara sebagai calon finalist untuk pelbagai majlis anugerah gilang-gemilang di persada seni tempatan," kata Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah dalam sidang akhbar memperkenalkan 20 peserta AF3 di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Memahami apa yang diinginkan oleh penonton, musim ketiga ini kata Zainir tawaran lebih hebat dihidangkan stesen televisyen berbayar itu.

Semua ini bagi merancakkan lagi kehadiran AF3 yang sudah pun bermula dengan Konsert Prelude pada Sabtu lalu yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro.

Jika tahun-tahun lalu undian hanya boleh dibuat melalui SMS, kali ini pengundian diperluaskan kepada dua kaedah yang berbeza.

"Penonton di Malaysia kini boleh menghantar undian menggunakan dua kaedah baru iaitu menerusi talian tetap dengan mendail nombor 5-digit individu khas pelajar pilihan ataupun melalui butang R berwarna merah di alat kawalan jauh Astro.

"Tiga cara ini lebih memudahkan penonton untuk membuat pemilihan," kata Zainir.

Sementara itu lapan peserta telah disingkirkan oleh juri profesional malam semalam.

Konsert Prelude ini buat pertama kalinya diperkenalkan dan konsep terbaru ini adalah antara usaha yang dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti peserta-peserta yang akan ke AF3.

Seperti tahun-tahun lalu, hanya 12 peserta akan membawa cabaran ke Akademi Fantasia yang terletak di The Lake Homes Bunglow, The Mines South Lake, Mines Resort City pada 29 Mei ini.

Bagai yang telah diketahui ramai, seniman M. Nasir pada tahun ini diberi tanggungjawab untuk merencanakan rentak dan perjalanan AF3 selaku pengetua.

Tenaga pengajar lain ialah Siti Hajar, Linda Jasmin, Fatimah Abu Bakar dan Adnan Abu Hassan.

AF3 juga akan diserikan dengan kehadiran tenaga pengajar baru iaitu Marlia Musa, Mohd. Fathee Abdullah dan Dr. Azahari Othman.

Sementara itu tawaran hebat bukan saja untuk penonton, malah pesertanya juga berganda sesuai dengan semakin banyak tajaan yang diperoleh oleh penganjur.

Untuk juara, hadiah bernilai RM250,000 sedang menanti termasuklah sebuah apartmen dan kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch selain berpeluang melancong ke luar negara dan wang tunai RM20,000.

Hadiah ini berkali ganda lebih hebat daripada apa yang diterima oleh juara AF1 dan 2, Vince dan Zahid yang hanya menerima hadiah utama sebuah kereta.

Selain itu, di sidang media yang sama Zainir turut mengumumkan pelantikan Kudsia Kahar sebagai pengkritik tetap AF3, bersama dengan juri-juri jemputan lain setiap minggu.

Nampaknya komen-komen mengenai Kudsia tidak menggoyahkan Astro untuk terus mengekalkannya dalam panel juri AF kali ini.

Seperti kata Zainir, "Kudsia mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam bidang penyiaran, seni dan muzik selama lebih 15 tahun."









KOMEN TTG PERKARA YG DIBOLDKAN

1) AF memang byk merubah kehidupan sebhgn drpd kite - ke arah mane tuh? huhu...anak2 muda makin ramai nak jadi penyanyi yg suara cop je sume...semangat juang makin hilang...buang mase gi tempat tu walhal masjid masjid ketandusan anak anak muda....membawa perubahan yg membawa kita jauh dan terus jauh dari pembentukan generasi rabbani

2) merembeskan air mata? untuk perkara yg sia-sia? berbaloi ke? huhu...bukankah air mata yg mengalir kerana takutkan ALLAH itu, ALLAH janji hamba tersebut tidak akan dimamah api neraka walau sedikitpun? [utk berhusnu dzon, maka kite assume mereka memang lembut hati, tu sbb mende mcm nih pun boleh nangis. dan malam malam, mereka turut menangis kerana takutkan Allah....] walau ape ape pun, kemungkaran dan kebaikan itu tidak boleh selari. yg hak tetap hak, yg batil tetap batil! benar kan? erm...

3) merobekkan duit penonton utk hantar sms - TAU TAK PE, TAK TAU TANYE...huhu...kasik duit kat rumah anak anak yatim lagi bagus. kasik kat pengemis pengemis yg dah tua tua yg tak de kudrat nak bekerja tu lagi bagus.

ape peranan kite? senyap je ke? huhu...sama sama saling memberitahu rerakan yg lain. Tegakkan Islah, teruskan usaha dakwah! Tegakkan daulah islamiyyah!!!! Ber'intima''lah dengan yg paling sempurna...u know what i mean, rite?

p/s: intima' = menceburkan diri, melibatkan diri, menganut dan sewaktu dengannye. [abg mokh kasik tau]

maza yakni intima'i lil islam = kenapa saya menganut islamm


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 12:56 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Muslim Scholars For Hire

Soldiers of ALLAH - 1924

Futur Jamai'e dan Kejayaan Islam - Final

Futur Jamai'e dan Kejayaan Islam - Part 2

Futur Jama'ie dan kejayaan Islam - Part 1

Selawat

Doaku untuk sahabat

Ujub

Ratapan Anak Desa

Kebersihan





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD