M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, June 03, 2005

SHARE

Assalamuálaikum...

semalam bace buku SALAHUDDIN AL-AYYUBI karangan Dr. Mahmud Syalabi before tido...pastu, ade satu mende yg tetibe menusuk lak bile bace...jadi nak share la...
dah lame dah bace buku nih..huhu..dah dekat sebulan...bace terengsot engsot...walhal boleh je...tapi tula namenye byk bagi alasan nak blaja la..nak tu la nak nih la..erm...bace buku ni sebab lepas tengok KINGDOM OF HEAVEN...nak tau sejarah yg die potray kat filem tu, tol ke tak...patutnye ana letak entry pasal my review of that film kan? tapi....nanti la...rase cam nak tengok again reramai ngan rerakan lepas abis exam...insyaALlah...jadi, kembali kepada point tadi, maka ana nak share la ape yg menusuk jiwa ana semalam...ade org yg tak tau sejarah pasal turutan perang perangnih, tapi, tak pe la..kite amik ape yg penting, k? dan diingatkan mende nih dah di ringkaskan...kalau nak bace lebih detail, sile la mencari buku dan bace.

KISAH SATU

Kemenangan gemilang di Hiththin [dalam peperangan Hiththin] semakin membangkitkan semangat dan kepercayaan diri dari pasukan mujahidin. Jadi, ini membawa kepada beberapa kejayaan lain termasuk la kejayaan menakluk kota 'Aka yg berjaya ditakluki tanpa peperangan, tetapi utusan datang untuk meminta keamanan dan perlindungan daripada pasukan ISLAM.

Lepas beberapa ketika, selepas Kota 'Aka yang sudah berada di tangan kaum Muslimin kali ini dikepung oleh kaum Nasrani Eropah. Keadaan seolah-oleh berbalik. Biasanya yang mengepun satu kota adalah pasukan Muslim, kini pasukan Muslim yang berada di kota 'Aka dikepung secara besar-besaran oleh orang Eropah. Kepungan nih hebat...dapat banyak bantuan dari banyak pihak Eropah termasuk dari segi pensejataan. Bangsa Eropah berjaya membuat satu senjata yang cukup mengejutkan. Berupa tiga buah kenderaan tinggi dan mempunyai tayar. Terbuat dari kayu dan besi. Kenderaan in besar sehingga mampu mengangkat lebih kurang lima ratus orag pasukan. Kenderaan tersebut boleh diarahkan kemana saja. Dilengkapi pula dengan senjata atau alat pelempar api. Benar-benar senjata baru yg cukup lengkap.

Pastu, berita nih meresahkan Sultan Salahuddin. Pastu, pk nye pk, akhirnye dapat ditemukan kelemahan senjata baru itu. Yakni dengan dibakar. Sebab mende tu dibuat dari kayu dan besi. Kayu senang terbakar. Besi lak boleh dilelehkan dengan campuran ramuan tertentu. Sultan dapat bertindak cepat. Segera dikeluarkan maklumat bagi para ahli peleburan besi. Bagi mereka disediakan hadiah yang cukup menarik.

Muncul seorang pemuda ahli tembaga yg bernama Ali bin Arief Annahhasien bersedia utk membakar kenderaan2 tersebut. Beliau pun menyediakan ramuan ramuan yg beliau tahu. Ramuan tersebut dibakar dalam tiga panci tembaga hingga mendidih.

Cairan inilah yang disiramkan ke atas kenderaan itu dengan menggunakan alat pelempar api, sehingga dapat dilakukan dari dalam kota 'Aka. Lemparan tepat pada sasaran. Ramuan itu ternyata ramuan yg ampuh. Terdengarlah jerit kesakitan dari lima ratus pasukan yang lebur bersama leburnya kenderaan itu. Serentak dengan itu terdengarlah pekik takbir dari umat ISLAM. Kaum Eropah benar-benar marah dan kecewa. Senjata baru mereka hancur hanya dalam satu hari saja. Di pihak ISLAM kegembiraan mewarnai seluruh pasukan. Senjata yg menakutkan telah musnah. Sultan Salahuddin memanggil pemuda tersebut dan memberikan hadiah sesuai dengan janji. Tapi apa jawab pemuda itu?

"....Saya melakukan semua itu hanyalah demi membela agama ALLAH. Hanya limpahan pahala dariNya yang saya harapkan. Dari kalian saya tidak mengharapkan apa-apa, walaupun sekadar ucapan terima kasih..."

Demikianlah ucapan pemuda Ali bin Arief ketika menolah hadiah yg diberikan Sultan Salahuddin.



mampu ke nak jadi cam tu? same same pk kan...alang alang buat keje sket pun nak harapkan org acknowledge keje kite buat. astaghfirullah...betapa hati kite ni berkarat tahap max..huhu..moga dapat pengajaran...esok insyaALLAH sambungan kisah kedua yg menusuk hati..actually, lebih kepada kata kata...wallahuálam...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:49 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Dah dpt lirik dah!!

Fi Lailateen

Wanita-Wanita Malam

Notis

Generasi Al-Muzammil

Ape Nak Jadi Malaysia Tanah Airku

Muslim Scholars For Hire

Soldiers of ALLAH - 1924

Futur Jamai'e dan Kejayaan Islam - Final

Futur Jamai'e dan Kejayaan Islam - Part 2





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD