M e n c a r i R e d h a I L a h i
Sunday, June 05, 2005

KEPERIBADIAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI, PAHLAWAN PERANG SALIB

Assalamuálaikum...

Berdepan dgn pelbagai tribulasi yg memeritkan, umat ISLAM seperti kehilangan arah dan pedoman. Di merata dunia umat ISLAM menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh-musuh ALLAH. Mereka disembelih, diperkosa dan diusir dari tanahair sendiri. Dalam suasana tragis ini, umat ISLAM amat memerlukan pimpinan berwibawa bagi memulihkan martabat dan maruah umah yg selama ini ditijak-tijak dan dihina secara berterusan. Salahuddian Al-Ayyubi adalah antara contoh pimpinan yg ulung bagaimana ummah mampu mengalahkan musuh yg kelihatan gagah perkasa tetapi sebenarnya kontang dan tandus jiwa mereka....

[1]

Kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan pasukan ISLAM ternyata menumbuhkan semangat luar biasa pada kaum Eropah. Serentak mereka bangkit, berjuang bersama-sama menghadapi Salahuddin. Berdatanganlah tiga gabungan pasukan dari negara-negara Almania(German), Feransa(Perancis), dan Inggeris. Masing-masing dipimpin oleh rajanya. Pasukan German di bawah pimpinan Raja Frederick Barbaros, pasukan Perancis dipimpin oleh Philip Agustus, dan pasukan Inggeris dipimpin Raja Richard. Ancaman ketiga-tiga pasukan itu benar benar merupakan hal yg cukup hebat. Apalagi dibantu dgn kekuatan penuh dan angkatan laut masing-masing.

Jumlah pasukan yg begitu byk dan begitu kuat, sama sekali tidak menakutkan beliau. Yang ditakutkan hanyalah kemurkaan ALLAH s.w.t. Keyakinan demikianlah yang byk menghasilkan ketenangan sehingga dlm mempersiapkan strategi perang dpt berjaya dgn cemerlang. Sifat khusus yg beliau miliki ialah semakin byk musuh yg dihadapi maka semakin kuat dan teguh pendiriannya. Perasaan gerun atau takut tidak ada sama sekali. Usaha beliau yg utama adalah memohon pertolongan kepada ALLAH s.w.t. Beliau yakin, jika ALLAH bersamanya, kemenanganlah yg akan dicapai. Tapi jika ALLAH s.w.t telah meninggalkannya, maka apapun usaha yg dilakukan sama sekali tidak akan membuahkan hasil. Dan itulah akhirnya yg terjadi. Pengepungan kaum Eropah utk merebut kembali Baitul Maqdis sama sekali tidak berhasil.



[2]

Di antara pasukan2 ISLAM [tentera Salahuddin], ada sekelompok sukarelawan yg bertugas menyusup ke daerah lawan. Tugas ini khusus dilakukan malam hari. Mereka bertugas menculik org2 penting dr pasukan lawan dari khemah2nya. Satu kali ada seorang sukarelawan yg salah menculik. Di malam yg gelap gelita, yg terambil olehnya adalah seorang bayi kecil.

Hilangnya bayi dari khemah pd tgh malam itu terus diketahui oleh ibunya. Seketika wanita itu berteriak-teriak seraya menangis meraung-raung. Kemudia dibawa menghadap rajanya, Raja Richard. Mendengar kisah yg menimpa sang ibu, Raja tersebut menyarankan agar menghadap Sultan Salahuddin. Katanya :

"Cubalah pergi kepada Sultan Salahuddin. Laporkan masalahmu kepadanya. Aku yakin dia akan mengabulkan permohonanmu itu. Aku dengar dia seorang yg berhati lembut, penuh kasih sayang. Pergilah..!! Kami mengizinkanmu. Segeralah berangkat, mintalah anak itu daripadanya..."

Pergilah ibu itu ke khemah pasukan ISLAM. Sesampai di gerbang penjagaan, dia disoal oleh pengawal. Setelah wanita itu menceritakan urusannya, segera dia dihantarkan kepada Sultan Salahuddin. Saat melihat Sultan, wanita tadi terus jatuh menangis teresak-esak. Ketika itu Sultan Salahuddin yg berada di atas kuda di tengah-tengah pengawalnya. Melihat keadaan wanita itu, sultan segera menanyakan sebabnya. Setelah mendengar ceritanya, sultan terharu sekali, bahkan sampai menitiskan air mata. Segera beliau memerintahkan untuk mengembalikan bayi itu.

Ternyata bayi itu telah dijual di pasar oleh sukarelawan yg tersilap culik tadi. Sultan memerintahkan utk menebus kembali bayi itu. Beliaulah yg membayar harga tebusannya. Setelah didapatkan, bayi tersebut segera diberikan kpd ibunya yg masih menunggu. Sejenak ibu itu menyusui bayinya itu. Sultan pun segera memerintahkan utk menghantarkan ibu dan anaknya dgn kuda diiringi oleh beberapa org pengawal supaya selamat tiba di perkhemahannya.

Peristiwa tersebut menjadikan lawan-lawan beliau memberikan simpati dan pujian tersendiri. Mereka menyebut Salahuddin sebagai "seorang yg berjiwa penuh kasih sayang." Kerana kelebihan dan kemuliaan peribadi beliau membuatkan seorang penyair mengatakan :

"Katakanlah kepada raja-raja yg ada...!!

Agar berhati-hati dalam menjaga kekuasaannya.

Sebab telah datang seorang penguasa dunia

dan pengasihnya telah tiba...! "





wallahuálam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:38 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Share 2

Share

Dah dpt lirik dah!!

Fi Lailateen

Wanita-Wanita Malam

Notis

Generasi Al-Muzammil

Ape Nak Jadi Malaysia Tanah Airku

Muslim Scholars For Hire

Soldiers of ALLAH - 1924





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD