M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, June 10, 2005

TUPAI

Assalamuálaikum...

Tupai



Mesti korang pelik, ape la buang tabiat perempuan sorang nih...entry pasal tupai lak..huhu...saje..nak buat mende ringan sket...sbb rase macam otak serabut gile kot minggu nih. [Minta ampun dan maaf kepada rerakan kerana agak emotional kot minggu nih..huhu..korang tau la pasal ape ye].

Lagu Tupai yang encik Halim Yazid nih, ana first dgr kat umah. Lagu favourite ayah...huhu...naik muak gak la dalam kete dok pusing pusing lagu tu gak [kaset halim yazid tu kawan die kasik]. Memula memang rase apehal la lagu nih...tapi lelama dgr, ade la jugak pengajaran..[tak paham sgt pun awal-awal tu]

Pastu, dok cari gak la lagu nih kat internet..lastnye, semalam maizatul jumpe berserta ngan lirik..sape nak dgr, save target la link kat bawah ni.

http://www.geocities.com/totallyblank_o/HalimYazid_Tupai.mp3


TUPAI - HALIM YAZID


Ada seko anok tupa,
Atah jula mokte,
Kudung eko, peghuk lapa
Jale caghi make 2x

(Ada seekor anak tupai di atas dahan pokok rambutan.
Ekornya kudung, perutnya lapar. Jalan2 cari makan)



Kejadie tuhe, di pangge namo tupa
Asa nyo dale ute, sejenih mamalia..

(Diciptakan tuhan, diberi nama tupai. Asalnya dr hutan, sejenis mamalia)


Kalu pasa jakkik kot dahe,
Dio lah ye paling handa,
Jatoh jaghe-jaghe,
Keghano dio tok soba..

(kalau pasal lompat-lompat dr dahan ke dahan, dia lah yg paling terer.
Jarang2 jatuh. Kalau jatuh pun sbb dia tak sabar)



Sepanda-panda tupa meloppak,
Jatuh tannoh jugok,
Nok wi hambak oghe jahak,
Janghe telajok maghoh

(Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
kalau nak tangkap atau kejar org jahat, jgn terlampau marah)



Oghe jame ghitu, pakak hambak tupa
Bimbe ko buoh baghu, takok tok de besa
Hanyo deghie, duku .. kalu de nya keghik tupa,
Pendek taung tu, nyo deghie tok de nok jua

(Org zaman dulu, ramai-ramai kejar tupai. Risaukan kebun,kalau ada buah baru, takut tak sempat besar. Kalau pokok durian ke, duku ke.. kalau dah digigit tupai, tahun tu mesti durian tak boleh nak jual)


Oghe seghabuk, tupa seko
Beghambak aghi-aghi,
Nyo pakak likong, nyo pakak pekong,
Tupa tok leh laghi

(Org serabut dgn tupai seekor. Hari2 berkejar-kejar.
Semua org pakat2 kepung, pakat2 baling dgn batu.. Akhirnya tupai tak boleh lari lagi)



Setakak bede ado, tupa habih mati,
Hokni lah sayo raso, kito sangak ghugi
Kito maknusio, setinggi mano pong kito ngaji,
Nok wak tupa seko tetu skali doh tok jadi

(sejak ada senapang/ pistol, tupai dah byk mati. Yg ini lah saya rasa, kite sgt rugi. Kite manusia ni, setinggi mana pun kite belajar, kalau nak soh buat tupai sekor, tentu skali tak menjadi)


Loni kapung, atah pagar, jaghe buleh tengok,
Bapok tupa, ibu tupa, jale bawok anok 2x

(Skarang ni, di kampung, kalau kat atas pagar, dah jarang boleh nampak..
bapak tupai, mak tupai jalan bawak anak)



Ghaso sie sunggoh, tengok seko anok tupa,
Keghano telajok kughuh, sapa tok leh nok niti pagar
Bulu-bulu pong habes lughoh, air mato begha-begha,
Maghi dale baghoh, bokali keno ghacung tupa

(rasa kesian sungguh!.. bila tengok seekor anak tupai.. Disebabkan terlalu kurus, sampai tak boleh nak meniti pagar. Bulu2 di badan pun dah habes luruh,
air mata berlinang-linang. Dtg dr dlm baruh, mungkin dia termakan racun tupai)



PENGAJARAN

1. Tupai seekor mamalia

2. Kalau nak marah atau nak bengang, marah dan bengang lah kerana ALLAH...[kalau tupai makan buah kite kire marah kpd ALlah ke? jawab sendiri] pk balik, nape la aku marah. Adekah sesuatu mende atau seekor haiwan atau seorang manusia itu telah mencabuli hak ALlah? kalau ye, maka bertindaklah secara rasional dan jangan mengkhinzir buta.

3. Manusia sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni. Manusia dikurniakan akal dan itu merupakan satu nikmat. Jadi gunakanlah akal tu dengan baik untuk memakmurkan bumi ini. Bukan untuk menghancurkan bumi ni. Banyak manusia menggunakan akal tanpa berlandaskan wahyu. Itu yang jadi hura hara dunia nih. Alam tercemar, dunia tak aman, manusia lemah ditindas. Ini sume gara-gara sekelompok besar manusia yang terlalu mengikut nafsu serakah dan hidup dgn mentaliti "aku senang cukup. org lain, gasak aaa!!"

4. Lagu rakyat adalah lebih memberi pengajaran daripada lagu-lagu pop dan rock yang merepek [ade jugak la yg ok...tapi lebih byk yg melalaikan] dan ade juga yg boleh merosakkan aqidah secara tak langsung. kalau lagu omputih tu byk la kot. dok puja puja syaitan. kalau lagu melayu : "Tiada lafaz yang lebih agung Kalimah cintamu" . Familiar tak? haa..suke hati je letak...walhal, kalimah agung adalah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...

5. Jangan judge lagu berdasarkan kesedapan lagu, judge la melalui lirik. Carilah pengajaran...


wallahuálam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:40 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Ghuzwatul fikr

Hmm...

Bila pointblank mula bersuara

Keperibadian Salahuddin Al-Ayyubi

Share 2

Share

Dah dpt lirik dah!!

Fi Lailateen

Wanita-Wanita Malam

Notis





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD