M e n c a r i R e d h a I L a h i
Tuesday, June 21, 2005

IKLAN SUNSILK

Assalamu'alaikum...

Sewaktu pertama kali saya menonton iklan sunsilk di televisyen, saya cuma menganggapnya sebagai iklan biasa tetapi setelah menontonnya beberapa kali, timbul perasaan tidak puashati dalam diri saya tentang iklan tersebut.

Pertama sekali, saya tertanya-tanya, apakah 'significant' atau kesinambungannya iklan tersebut dengan produk yang ingin dipromosikan iaitu Syampu Sunsilk itu sendiri. Saya ingin meringkaskan jalan cerita iklan tersebut yang bagi pada pendapat saya tidak mempunyai kesinambungan dengan produk syampu yang ingin dipromosikan ; Seorang gadis remaja yang masih belajar menggunakan syampu Sunsilk. Gadis itu kemudian belajar di perpustakaan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan jatuh hati dengan seorang pemuda kacak yang juga belajar di perpustakaan tersebut. (Sehinggalah ke akhir iklan, kedua-dua remaja ini di "highlight" kan)

Dapatkan pembaca semua mengaitkan iklan ini dengan produk syampu yang ingin dipromosikan? Mungkin pihak advertiser bagi iklan ini ingin menjadikan iklan ini sebagai sasaran kepada wanita yang bertudung, tetapi, cuba bandingkan iklan ini dengan iklan sunsilk sebelum ini di mana Wardina menjadi model iklan. Bukankah iklan itu mempunyai kesinambungan dengan produk walaupun 'target group' nya masih golongan wanita yang bertudung? Lagipun, bagi iklan sunsilk terbaru ini, pemuda tersebut tidak dapat melihat pun rambut gadis remaja itu, dan terpikat dengan apa sebenarnya? Dengan wajah gadis remaja itu? Maka iklan tersebut lebih sesuai untuk krim pencerah muka atau pelicin muka. Btol tak? huhu...

Siapalah saya untuk mengatakan hal 'advertising' dan 'promotion' memandangkan saya tidak mempunyai apa-apa kelulusan tentang bidang ini. Tetapi itu adalah pandangan seorang penonton umum yang berfikir secara logik akal.

Namun apa yang lebih penting dan perlu diambil perhatian ialah, nilai-nilai islam yang ditinggalkan dan diabaikan dalam iklan ini. Dalam iklan ini kita lihat, gadis remaja dan pemuda itu bermain-main mata di perpustakaan. Adakah ini dibenarkan dalam Islam? Tentu sekali tidak. Di sini saya sertakan dalil untuk suruhan menahan pandangan di dalam Al-Quran iaitu ayat 31 dan 32 surah An-Nur seperti berikut (sila rujuk tafsir al-quran untuk ayat penuh)

" Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...(sehingga akhir ayat 31)"

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...(sehingga akhir ayat 32)"


Jadi, bagi saya, iklan seperti ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat yang kurang berilmu pengetahuan dalam hal ini. Mereka akan menganggap hal ini adalah suatu kebiasaan dan tidak menyalahi ajaran Islam. Adakah ini yang kita mahu terjadi di Negara kita yang mengisytiharkan Negara ini sebagai Negara Islam dan juga dipandang dan dihormati oleh Negara-negara Islam yang lain?

Akhir sekali, saya ingin menegaskan, kita perlu mempunyai identiti iklan tersendiri. Jangan samakan iklan kita dengan iklan barat yang tidak mempunyai dan tidak mengambil kira nilai ajaran Islam. Such small things really portray how much we practice Islam in our so called Islamic country.

wallahu'alam...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 2:42 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Home Sweet Home

Sepetang dan sepagi di kuala lumpur

No Compromise!!

Lepas satu, satu

Ku pinta redhaMu

Tupai

Ghuzwatul fikr

Hmm...

Bila pointblank mula bersuara

Keperibadian Salahuddin Al-Ayyubi





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD