M e n c a r i R e d h a I L a h i
Thursday, July 28, 2005

BERBUMBUNGKAN ANGKASA KELABU

Assalamu'alaikum...

Pekaba sume? Ana kurang sihat sket...huhu...demam panas, added value, sakit tekak...ade la tuh dosa yg ana buat..huhu...[sakit sakit tu ade hati ngadap comp...ish ish ish...sbb tak larat nak buat keje lain----> alasan la tuh]

Hari ni tajuk pe ye nak tulis...bersamamu...tgk tak rancangan nih? Ana tgk je rancangan nih mesti sedih..huhu..yg dah dewasa tu tak de la kesian sgt, yg kecik kecik, yg remaja2 tgh blaja, baby baby tu sayu hati nengok. Pastu, suke gak lagu Wajah yg cik Jaclyn Victor nih nyanyi...Suke lirik die especially yg first perenggan ngan "Engkaulah perwira, di medan derita"...masyuk dan mantap ayat sasteranye...best2.

Wajah

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalanananmu
Onak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah.......wira....



Hmm...ramai lagi orang yang susah dan miskin kat Negara Malaysia yang so called maju nih...yang kaya, kaya sangat. Yang miskin, anak-anak sampai tak mampu sekolah..huhu..pengemis pun wujud kat Negara kite nih. Hmm...tapi bile fikir fikir orang Indonesia yang datang ke Malaysia nih yang memang tak de pape, selamat je berniaga makanan kat Selayang Mall...hmm...ramai je pendatang asing dapat bertapak kat Negara kita dan dapat kumpul wang dengan baik. Di mana salahnya?

Memang patut kita membantu mereka yang kurang berkemampuan nih dengan wang supaya dapat meneruskan kehidupan. Namun, saya fikir lebih baik kite berikan wang sebagai modal untuk mereka terus hidup. Tunjukkan jalan bagaimana mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan...contohnya dengan berniaga..di situ lah peranan IKS. Industri kecil dan sederhana dan pihak-pihak berwajib. Disebabkan kesusahan hidup tuh, most probably mereka dah tak nampak jalan dah untuk melakukan sesuatu to gain money for their living.

Nak derma duit through sms pun tak berani. Huhu...takut jadi mcm derma tsunami hari tuh. Disahkan diselewengkan sebahagiannye...isk isk...tu la padah bile rasuah berleluasa...Tengok berita semalam? Rumah tetap untuk mangsa tsunami, setelah tujuh bulan, tak naik satu tiang pun kat tapak perumahan. Pe nak jadi nih? Tujuh bulan tu cukup lame dah tuh...diorang janji dalam mase setahun. Kite tunggu dan lihat.

Maybe ade yg tak paham pe yg ana nak sampaikan nih. Untuk memudahkan pemahaman, kite rujuk satu kisah di zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang berikut:

Adapun wajibnya jaminan pemerintah untuk mewujudkan pekerjaan bagi orang ini, ialah seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Anas r.a. bahawasanya ada seorang kaum Anshar datang kepada Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Tidakkah ada sesuatu di dalam rumahmu?

Jawabnya: Ada, pakaian yang kasar, setengahnya kami pakai, dan setengah lagi kami hamparkan, dan bekas yang kami minum air dengannya.

Berkata Nabi: Bawakan keduanya kepadaku!

Orang itu pun membawa kedua-dua barang itu kepada Nabi s.a.w. maka diambilnya keduanya itu dengan tangannya, lalu diunjukkan untuk dijual, kata nya: Siapa mahu beli kedua barang ini?

Berkata seorang: Saya mahu membelinya dengan dua dirham.

Maka Nabi s.a.w. pun menjualkannya dengan dua dirham, lalu memberikannya kepada orang Anshar itu, seraya berpesan kepadanya: Beli makan satu dirham, dan segera kembali dan berikannya kepda isterimu. Dan yang satu dirham lagi belikan kapak, dan bawa dia kemari.

Orang Anshar itu pun membeli kapak dan membawanya kepada Nabi s.a.w, maka Nabi pun pasangkan kayu kepada kapak itu dan menyerahkannya kepada orang Anshar itu, seraya berkata: Ambil kapak ini, dan pergi mencari kayu, kemudian jual, dan jangan datang lagi sampai lima belas hari.

Orang Anshar itu patuh dengan arahan Nabi itu. Dan selepas lima belas hari, dia pun datang dengan sepuluh dirham, yang dengan sebahagiannya dia dapat membeli pakaian, dan sebahagian lagi dia dapat membeli makanan.

Maka berkata Nabi s.a.w. : Cara begini adalah lebih utama bagimu daripada engkau datang meminta-minta, sebab meminta-minta itu meninggalkan tanda dimukamu nanti di hari kiamat.



Adapun wajibnya bantuan masyarakat kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan; iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri, daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda berkata:

"Barangsiapa yang mempunyai kelebihan harta, hendaklah diberikannya kepada siapa yang tidak ada harta. Dan barangsiapa yang mempunyai kelebihan makanan, hendaklah ia memberikannya kepada siapa yang tidak ada makanan."

Dan telah sabit juga sebuah sabda daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda berkata:

"Sesiapa yang mati melarat antara kaum-kaum yang kaya, maka terhindarlah dari mereka itu perlindungan Allah dan perlindungan RasulNya."

Ada satu kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang memberi maksud bahawa zakat itu di dalam islam, tiada diberikan melainkan untuk menutup keperluan serta menjamin cara-cara berusaha, sehingga menjai sebab untuk bermalas-malasan atau bersenang-senang atau bertawakkal tawakkal semata.

Jika kita perhalusi, ini merupakan suatu bukti yang terang sekali, bahawa Agama Islam itu adalah agama rahmat dan agama kemanusiaan dan keadilan, yang diutus oleh Allah Ta'ala untuk menjadi pancaran petunjuk bagi umat manusia seluruhnya, dan sebagai menara bercahaya untuk membasmi kegelapan hidup. Setiap kita ada tanggungjawab tersendiri. Sama ada pemerintah atau masyarakat. Jika syariat Islam diamalkan secara menyeluruh, mungkinkah wujud masalah seperti ini lagi? You know the answer very well...

Kalau ade yang silap, sila komen. Komen antum amat-amat dialukan. Mekasih.. =)

wallahu'alam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 3:51 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Musafir Yang Berkelana

Notis Penyepian diri

Syukur

Tunjuk Ajarku Sifu Final Part

Tunjuk ajarku sifu part 2

Hmmm...

Tunjuk Ajarku Sifu

Bangga dgn kejayaan orang lain??

Interesting email that i should share

Iklan Sunsilk





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD