M e n c a r i R e d h a I L a h i
Monday, June 27, 2005

TUNJUK AJARKU SIFU

Assalamu'alaikum...

haa...bace tajuk mesti leh agak nak ckp pasal pe...huhu...rancangan MENTOR...sebenarnye bukan nak kutuk rancangan nih...cuma..nak kutuk diri sendiri sebab...terpedaya jugak ngan rancangan nih...melekat lak duduk depan tv lepas solat isyak...ehm..LEPAS SOLAT ISYA'...tengok mende melaghokan tuh...lepas mengadap ALlah s.w.t. buat mende melaghokan...astaghfirullah...ape nak jadi nih balqis??? Balik umah nih memang dugaan tv hebat la...sib baik la minat terhadap tv dah luntur sket...tu sebab saye lagi suke la mengadap computer surf internet...lagi selamat rasanya [dua dua pun tak bagus kalau sampai melalaikan] hmmm...tahap pengaratan hati mesti bertambah-tambah cuti nih..isk isk...nauzubillahiminzalik...[dah tau cam tuh, buat la sesuatu balqis nih pon!! takkan nak biar je]

Ckp pasal hati nih...ade bace buku baru baru nih...jadi nak share la sket ape yg saye dah bace...

________________________________________________________________________________


KEPENTINGAN MEMELIHARA HATI

Antara tanda-tanda hati masih sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith RasuluLlah ada diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya:

"Siapakah orang yang paling baik Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah: "Tiap Mu'min yang makhmumu'L Qalbi." Beliau ditanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumu'L Qalbi?" Beliau menjawab: "Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dengki."



Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan. Sifat lapang dada dan jauh pandangan. Rasulullah pernah menafsirkan maksud ayat 22 dalam surah Az-zumar dengan lapang dada sebagai suatu kurnia ALLAH.



Example


Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya?) Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati ALLAH. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.



Nur Ilahi kalau menerangi seseorang maka dadanya menjadi lapang dan banyak sabar. Inilah juga yang dimaksudkan oleh firman ALlah dlm surah Ar-Ra'du ayat 28:

"Hanya dengan mengingati ALLAH sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram..."



Manusia unggul yang kita teladani; Nabi Muhammad SaLlaLlahu 'alaihi Wasallam telah mengajar kita cara memelihara hati supaya senantiasa subur dan bersih. Dalam kesempatan ini kita akan huraikan beberapa contoh ajaran dari sunnahnya untuk dijadikan pedoman kepada sesiapa yang hendak menurut menjejak langkah orang-orang yang tinggi martabat ruhaniyyah mereka...

TO BE CONTINUED...

________________________________________________________________________________


so, cam mane? sesame la kite check hati kite...kalau kite badan kite sakit, kite kene berubat..kalau hati kite sakit, kite kene berubat gak. huhu...same same koreksi diri...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:23 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Bangga dgn kejayaan orang lain??

Interesting email that i should share

Iklan Sunsilk

Home Sweet Home

Sepetang dan sepagi di kuala lumpur

No Compromise!!

Lepas satu, satu

Ku pinta redhaMu

Tupai

Ghuzwatul fikr





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD