M e n c a r i R e d h a I L a h i
Thursday, June 30, 2005

TUNJUK AJARKU SIFU FINAL PART

Assalamu'alaikum...

2. Muraqabatullah (pendekatan diri kepada Allah)

Kita patut kerap bermuraqabah dengan Allah dalam segala tindak tanduk, urusan, perkataan, 'amalan, perasaan dan runtunan emosinya. Kesungguhan bermuraqabah dgn Allah boleh menyelamatkan kita dari tergelincir dan menyeleweng. Hatinya sentiasa peka dan menurut kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri.

Kita harus tahu bahawa urusan hidup ini terbahagi kepada tiga jenis:

1. Suatu yang jelas baik dan wajar, maka hendaklah dituruti.

2. Yang jelas buruk dan merugikan maka hendaklah dihindari.

3. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.

Muraqabah dengan Allah akan lebih teguh dan berkesan dengan bertambahnya pendekatan diri kepada Allah dan perasaan bahawa Allah hampir dengan dirinya. Allah berfirman dlm surah al-qaf ayat 16:




"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

Diceritakan bahawa semasa Tawus Al-Yamani, (rahimahuLlah) di Makkah ada seorang wanita amat terpikat dengannya. Wanita tersebut sering menggodanya hingga pada suatu hari ia menurut Tawus sampai ke Masjidil Haram. Ketika itu orang sedang ramai di dalamnya. Tawus pun menoleh kepada wanita itu dan berkata: " Ayuhlah, sempurnakan hajat saudara. "

Wanita itu pun menjawab: " Di tempat inikah? Bukankah orang ramai melihat? "

Tawus menjawab: " Malu di lihat oleh ALlah kan lebih patut dan wajar! "
Dengan kata-kata tersebut perempuan itu pun insaf dan bertaubat. Akhirnya ia menjadi orang baik.


[jadi, mcm mane kite nak mendekatkan diri dengan ALlah kalau kite sendiri tak rasa kehadiran Allah yang sentiasa di sisi kita dan mengetahui apa yg kite lakukan? ini la langkah pertama untuk kite bertaqarrub ilallah...]



3. Berjihad melawan nafsu

Yahya bin Mu'az berpesan : "Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan ruhani)." Latihan riadah ini ada empat macam:

1. Sedikit makan
Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat

2. Sedikit tidur
Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih

3. Bercakap sekadar perlu
Apabila kurang bercakap badan selamat

4. Sabar menanggung gangguan orang lain
Dengan bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yg dituju

Para da'ei wajib sentiasa berjihad melawan nafsu sendiri. Ia harus menguasai dirinya supaya tidak berlebihan dalam makan, minum, pakaian, dalam bercakap dan memuaskan kehendak nafsu. Tepat seperti yg dianjurkan oleh Rasululah s.a.w:

"Orang yang mujahid itu ialah org yang berjihad melawan nafsu dan menundukkannya supaya patuh kepada Allah s.w.t."



Dalam konteks jihad melawan lidah Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kuasailah lidahmu, memadalah rumahmu (untuk berpeleseran) dan tangisilah kesalahan (dosa)mu sendiri."



Sebenarnya kejayaan seorang penda'wah dalam da'wah dan keberkesanan da'wahnya di kalangan orang byk bergantung kpd sampai di mana ia dapat menguasai lidahnya. Surah Ali Imran Ayat 159:



Seandainya engkau kasar dan keras hati nescaya mereka bubar dan menjauhkan diri dari sekelilingmu."



Sikap menjaga lidah, memastikan ia berkata benar, menjauhkan diri dari mengumpat, menghasut, bohong dan sifat celupar, tanda iman masih selamat dan sihat. Sifat ini melindungi hati dari tercemar dan menyeleweng. Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan:

"Iman seseorang itu tidak akan betul melainkan apabila hatinya lurus. Dan hatinya tidak akan lurus sehingga lidahnya lurus (berkata benar)."



Para da'ei harus menang dalam pertarungan melawan dan mengasuh nafsunya. Hanya dengan itu ia boleh menang di medan-medan yang lain. Tetapi jelas untuk mencapai kemenangan dalam hal ini bukan mudah. Kalaupun menang utk suatu ketika namun belum tentu terlepas dari pesonanya pada masa. Sebab itu mengawas nafsu dan diri dari masa ke masa, waspada terhadap bisikan dan bujukannya adalah suatu cara yg paling mungkin dan selamat utk menyelamat dan memberikan kekebalan pada diri...



Mari kite sama sama amalkan tiga mende nih...huhu...moga hati dilimpahi Nur Ilahi..ameen...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:50 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Tunjuk ajarku sifu part 2

Hmmm...

Tunjuk Ajarku Sifu

Bangga dgn kejayaan orang lain??

Interesting email that i should share

Iklan Sunsilk

Home Sweet Home

Sepetang dan sepagi di kuala lumpur

No Compromise!!

Lepas satu, satu





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD