M e n c a r i R e d h a I L a h i
Sunday, August 14, 2005

SEMINGGU

Assalamu'alaikum...

huhu...walaupun terasa malas sbnrnye nak mengupdate psl pre-departure baru2 nih, tp digagahkan juge diri ini. sebab dah janji ngan adik2. nway, tak detail sgt la ye adik2. I'll try my best.

Alhamdulillah a day before pre-departure dpt result. huhu..syukur kerana telah Allah berikan kejayaan ini kepada saye dan sahabat2 yg lain. terima kasih kepada Yong yg mengcheckkan emel dan rajin melayan adik nih telepon bebyk kali sebab tak percaye bebenor ngan result yg yong ckp tuh..huhu. Pastu, the next day, bermula la program pre-departure. Alhamdulillah...everything went well except for some friends yg agak bersedih dengan result yg diterima, tidak menghadirkan diri. hmm...bersabarlah ye rakan2. Sume tu ade hikmah tersendiri. Kengkadang kite terlampau sempitkan pemikiran kite dengan makna "kejayaan" atau "success" itu sendiri. Tak semestinya kite gagal dlm peperiksaan, kite gagal dalam hidup. mungkin sebenarnye kite berjaya, kerana kite jadi lebih matang dari orang lain. Cuba kite renungkan kata2 nih ---> "Keyakinan kepada Allah ibarat air yang tak pernah kering, menjadikan seseorang mu'min itu tetap teguh tika insan lain berguguran dan tetap tenang ketika insan lain keresahan.."

So, berbalik kpd cite pre departure tadi, akhirnya saye menjejakkan kaki semula ke negeri sembilan yg telah lame gak la ditinggalkan. huhu..tapi udaranye tak la berape sihat. Jerebu. Petang tu dah start program.

Slot 1: Me, myself and I
Slot ini berkisar tentang apakah tujuan Allah meletakkan kite di muka bumi ini. Dan apakah kesilapan manusia dalam memberikan jawapan dalam persoalan ini.

Slot 2: Islam and Me
Kita sebagai khalifah di bumi Allah dan ke arah menjadi mu'min profesional. Kepentingan input [iman], process [islam] dan output [ihsan]; Taqwa kepada Allah, Akhlak sesama manusia, Itqan dalam profession.

Slot 3: Islam in Different Lands
Slot ni dibuat dalam bentuk forum. Ahli panel terdiri drpd ustaz hasrizal, ustaz idzham dan sorang supersenior ex-kmysian. Menarik, sbb cite pasal kehidupan kat sana and how are we going to tackle such situation.

Slot 4 and 5: Travellers in a Foreign Land:The Fiqh
Yang nih cite pasal a few masalah2 fiqh yg bakal kite berhadapan dengan in the future.

Slot 6: Youths in the UK-Clarification of issues
This was a Q&A session. pape je la nak tanye. tapi...sume soklan yg ditanya adalah masalah fiqh.

Ade gak kene bincang visi and misi memasing. ape halangan2, mcm mane nak atasi. huhu...[walaupun tak suke...kite suke2kan la [ditujukan khas buat si penaip ini]...jgn confident sgt kite mempunyai visi dan misi yg clear...tah2 jerebu jugak visi dan misi kite]

Ade dua activity outdoor. satu tu gi solat sunat hajat reramai kat atas padang rumput. tanpa sejadah. memang sujud tol2 atas bumi Allah tanpa lapik sejadah. lagi satu main ala2 treasure hunt. kene cari kertas yg ade soklan agama and jawab. tapi hadiah tak disediakan la. best jugak tuh.

So, tak leh la nak cite pepanjang hanya dengan menaip kat blog yg dhaif nih. rase akak la..insyaAllah korang akan berkesempatan nak dgr a part of this module. huhu...walaupun kite dah dengar before this, jgn kite tutup telinga kita utk dgr. Kalau kite tak pernah dengar, anggap la ia satu ilmu baru yg Allah kurniakan kat kite. Kalau kite pernah dengar, anggap la ia satu peringatan buat diri kite kerana manusia tu tak pernah lari dari sifat pelupa...sekali lagi menasihat diri sendiri sebab dah tiga kali dengar mende same [tak sume la tapi] Jemu memang jemu...tapi cepat2 tepis perasaan tu dan beristighfar sebab...takut kite nih tergolong dlm orang yg sombong. PERASAN dah absorb dan amalkan mende tuh.

hmm...abis dah kot cite pasal pre departure. ingatkan nak gi alumni..tetibe cancel lak...and kitorang ingat korang cuti terus dah..huhu...tu la...terlampau gopoh membuat keputusan. kitorang nak jumpa korang, bukan nak gi alumni. sepatutnya boleh gi sabtu tu. tapi tak pe la...redha je la...tah bile la nak jmpa korang. kalau jumpa time amik result pun sekejap je la. tak overnight.

so, kat bawah nih lirik mawlay. thanx mus. jasamu dikenang. heh. tapi...tapi...tapi...tak paham la bahasa arab nye. sesape yg rajin nak berbakti kpd manusia yg tak tau arab sgt sgt nih, sila la ye.


Lirik mawlay, jemput2 la translate eh =)

 Posted by Picasa



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 10:25 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Mawlay

Warkah Buat Puteriku

Ad-Da'wah Ilallah

Akademi Fantasia Khayalkan Rakyat

Berbumbungkan Angkasa Kelabu

Musafir Yang Berkelana

Notis Penyepian diri

Syukur

Tunjuk Ajarku Sifu Final Part

Tunjuk ajarku sifu part 2





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD