Tuesday, August 02, 2005
AD-DA'WAH ILALLAHAssalamu'alaikum...
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da'wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang
besar kepada pendukung dakwah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." (Fushilat: 33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari." (Riwayat at-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.Petikan buku Dakwah Fardiyyah tulisan Ustaz Musafa Masyhur
Untuk bacaan penuh, sila download di
http://www.kifhal.com/bt/library/Dakwah%20Fardiah.zip__________________________________________________________________________
Hurm...kita ummat Islam kena sama-sama berusaha memperbetulkan persepsi dan pemikiran kita dalam usaha dakwah nih. Jangan sekali-kali kita berputus asa dan jangan sekali-kali kita merendah-rendahkan orang lain. Kalau kita tengok sekarang, ramai di antara kita yang selalu kata :
Lantak la dia. Tak guna nak nasihat dah kat die, bukannya nak dengar
Habiskan air liur je nasihat orang nih. Bukan nye nak berubah.
Huhu...agama Islam ni diturunkan untuk semua ummat manusia. Bukan sesetengah ummat manusia sahaja. Agama Islam agama yang sejahtera. Sesiapa yang masuk sepenuhnya ke dalam agama Islam pasti akan sejahtera. Saye ulangi, SEPENUHnya. Bukan mana yang suka amik, mana yang tak suka tinggal. Bab ekonomi amik, bab hukum kanun, tinggal. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 208:
2:208 O ye who believe! Enter into Islam whole-heartedly; and follow not the footsteps of the evil one; for he is to you an avowed enemy. Layakkah kita menentukan sendiri siapa yang layak dinasihati dan tidak? Tentu sekali tidak. Mereka saudara seagama kita, walau macam mana buruk sekali pun. Tak boleh nak salahkan mereka semata-mata, banyak faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan iman ummat Islam masa kini. Antaranya, perbezaan ideology, serangan pemikiran dari golongan kuffar. Nauzubillahiminzalik, mintak dilindungi diri kita dari perasaan takbur sebegitu.
Pertama-tama sekali, kita kena mantapkan aqidah kita. Kita kenal Allah s.w.t. kita kenal kekuasaanNya, yang menyedarkan kita kerdil. Kita rasa kehadiran Allah di sisi kita. insyaAllah, dari segi peradaban, akhlak, ibadah dan lain lain urusan akan dipermudahkan. Memang dah cun dah syllabus usrah tu, kita je tak mahu ikut. Banyak je alasan kita. huhu..hurm...[teringat kesilapan lalu] maka adik-adikku sayang, belajar la dari kesilapan kami ye? =)
Satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. Ada seorang pencuri, beliau berminat untuk memeluk agama Islam, tetapi mata pencariannya adalah dengan mencuri. Beliau lantas berjumpa Baginda Rasulullah s.a.w. lalu berkata:
"Ya Rasulullah, aku berminat untuk masuk ke dalam Islam, tetapi mata pencarianku adalah dengan mencuri. Bagaimana ya rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab : "Tidak mengapa, teruskan pekerjaanmu itu. Tetapi apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah solat."
Betapa berhikmahnya Rasulullah s.a.w dalam berdakwah. Pencuri tersebut melakukan seperti yang Rasulullah s.a.w perkatakan. Dan dengan izin Allah s.w.t. atas keikhlasannya mendirikan solat, maka beliau berhenti melakukankan pekerjaan mencuri. Subhanallah. Inilah yang dikatakan solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Solat kita bagaimanakah? Solat fardhu tak pernah tinggal, tapi perangai tak berubah-ubah. Tiba masanya kita koreksi solat kita. insyaAllah.
Wallahu'alam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 2:42 pm"