M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, August 05, 2005

MAWLAY

Assalamu'alaikum...

Kalau perasan, lagu kat blog nih dah tukar...nasyid MAWLAY oleh Muhammad Husyan. [kalau x dpt dgr tu mintak ampun la ye. geocities ni kengkadang bermasalah sket] Tapi...masalahnye.....tak paham la pe die nyanyi. huhu...jenuh cari lirik arab mahupun english, tak jumpe. [tak reti search kot] sila la sesape yang tahu, tere arab ke...rajin nak translate ke...dapat search ke, kasi kat saye boleh? jasamu pasti dikenang.. =) mekasih bebyk!! kalau nak download, download kat link bwh nih:

http://www.geocities.com/totallyblank_o/Maulay-husyan.mp3


SOMBONG

Siapakah yang dikatakan orang sombong dan takabbur itu? Orang yang takabbur, atau sombong ialah orang yang apabila ia menyatakan pendapatnya boleh menimbulkan sakit hati pada orang lain. Dan apabila ia mendengar pendapat orang lain yang bertentangan dengan pendapatnya ia akan menyatakan kegusarannya.

Atau dengan maksud lain, bahawa ciri orang yang takabbur itu ialah ia enggan menerima nasihat atau kebenaran. Atau menolak nasihat tersebut dengan kemarahan. Atau dengan memandang rendah terhadap orang lain.

Termasuk juga ke dalam golongan ini sesiapa yang dirinya mempunyai peranan dan pengalaman lantas mengatakan bahawa dirinya lebih baik dan cekap daripada sesama makhluk! Pendek kata orang sombong ni perasan je lebih...hmm..Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Kemungkinan besar ya, cuma tanpa kita sedari.

PENAWAR SOMBONG

Yang dinamakan kebaikan itu ialah apa yang baik pada sisi Allah di akhirat kelak. Persoalan ini adalah termasuk hal yang ghaib, tidak mungkin diketahui oleh manusia sampai bila-bila pun. Ia banyak bergantung pada kesudahan hidup seseorang itu. Kita tidak tahu, apa akan berlaku kepada amalan kita pada masa hadapan. Mungkinkah kita tersasar daripada jalanNYA yang lurus? Atau mungkinkah kita terus istiqamah dan menjadi hambaNYA yang taat? Oleh yang demikian, pendirian yang menyangka bahawa diri kita lebih baik dari orang lain itu adalah suatu kebodohan yang tak masuk dik akal. Jangan pantas terlalu pasti kita telah mencapai satu martabat yang boleh dibanggakan. Malah yang lebih pantasnya kita memandang orang lain dengan nilaian yang lebih baik atau lebih istimewa daripada diri kita sendiri

1. Jika kita melihat anak kecil, maka berkatalah kepada diri sendiri:
"Alangkah baiknya menjadi seorang kanak-kanak seperti dia, belum ada dosanya kepada Allah, tetapi aku ini banyak dosa kepada Allah. Kalau demikian halnya tentulah dia lebih baik dariku."


2. Jika kita melihat orang tua, maka berkatalah kepada diri sendiri:
"Alangkah beruntungnya dia kerana ia lebih dahulu lahir ke dunia daripadaku, tentu ia lebih baik dariku, kerana sudah banyak ibadahnya."

3. Jika kita melihat alim ulama, maka berkatalah kepada diri sendiri:
"Orang ini telah dikurniakan ilmu yang belum pernah lagi aku terima, ia telah dikurniakan ilmu yang belum pernah lagi aku terima dan ia telah berjasa menaburkan ilmunya yang belum lagi dapat aku capai. Dia lebih dahulu telah mengetahui apa-apa yang belum aku ketahui. Mengapa aku masih memandang bodoh kepadanya. Padahal aku yang patut bertanya, bagaimanakah aku mampu berbuat sepertinya?"

4. Jika kita melihat orang yang jahil, maka berkatalah kepada diri sendiri:
"Orang ini rupanya sudah begitu banyak menderhaka kepada Allah kerana kebodohannya. Mana tahu mungkin aku lebih banyak berdosa kepada Allah kerana ilmu pengetahuanku. Siapa di antara aku dan dia yang lebih berat ganjarannya pada sisi Allah? Mana aku tahu apa kesudahannya buatku dan apa pula kesudahannya buat dia?"

5. Jika kita melihat orang kafir, maka berkatalah kepada diri sendiri:
"Aku tidak tahu mungkin suatu hari nanti orang ini masuk Islam, ia bertaubat dengan membuat amal soleh, hidupnya berakhir dengan husnul-khatimah, sehingga segenap dosanya akan gugur daripadanya seperti debu yang menghilang disapu angin lalu. Bagaimana pula dengan nasibku sendiri? Aku berlindung dengan Allah, jangan sampai terjadi esok atau lusa, Allah akan menyesatkan hidupku, shingga aku menjadi seorang yang kafir pula, hidupku berakhir dengan segala penyesalan dan penderitaan. Jika sampai demikian halnya, bererti aku akan berada di sisi orang-orang yang derhaka di dalam neraka, sedangkan dia berada di sisi Allah di dalam syurga."

Memandangkan kita tidak mengetahui kita akan mati dalam kebaikan atau dalam kejahatan, janganlah kita berasa gusar dan bersedih hati. Tetapi apa yang penting dan perlu ialah selalu berikhtiar dan mengerjakan amal kebajikan dan ibadat sebanyak mungkin, yang bakal menghantar kita ke jalan husnul-khatimah. Bukankah itu lebih baik daripada kita bersikap 'ujub, takabbur dan sombong? Sama-sama kita jadikan diri kita sebagai hamba-hamba Allah yang benar benar taat dan mengabdi kepadaNYA.

Sebanyak 17 kali sekurang-kurangnya kita pasti menyebut "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" dalam surah Al-Fatihah ketika menunaikan solat. Maka sama-sama kita hayati ayat tersebut dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya, DIAlah yang berkuasa memberi petunjuk, taufik dan hidayahNYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. [ingat tu Balqis, jgn pandai taip je...buat gak!! Huhu...mengingatkan diri sendiri sebenarnye dan khususnye]

Wallahu'alam


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 12:42 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Warkah Buat Puteriku

Ad-Da'wah Ilallah

Akademi Fantasia Khayalkan Rakyat

Berbumbungkan Angkasa Kelabu

Musafir Yang Berkelana

Notis Penyepian diri

Syukur

Tunjuk Ajarku Sifu Final Part

Tunjuk ajarku sifu part 2

Hmmm...





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD