M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, September 09, 2005

KECUAKAN MULA MELANDA

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah...HAMPIR selesai juge urusan kat KL...tapi isnin ni kene claim visa, selasa hantar ke putrajaya kpd JPA terchenta. Ingatkan visa leh siap khamis hari tu, boleh pass kat sesape so that tak perlu la gi KL lagi...tapi tu la...kite hanya mampu merancang...akhirnya ada suatu kuasa yang menentukan..iaitu ALlah s.w.t. Kene gak la gi KL lagi sekali..huhu...hmm...dan tetiba terasa kecuakan plak nak fly nih...bersediakah mental, fizikal, spiritual dan lain-lain?? sedih pun ade gak...bile menyatakan kesedihan kepada mak, mak kate "buat ape nak sedih...tanggungjawab kamu blaja...julang kembali nama islam"...Waduh2...besar sungguh harapanmu ibuku terhadap anakmu ini...mampukah aku? Moga Allah permudahkan jalan...untuk diri ini dan sahabat2 seperjuangan...ameen...

Sementara kat KL tu sempat la membeli dua buah buku cite kat kinokuniya...buku Advencer Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh HAMKA. Lame benar rasenye tak membaca novel. saje beli...gi Pustaka Mu'min ingat nak cari buku Fiqh Keutamaan oleh Yusuf Al-Qardhawi dan Hari2 dlm Hidupku oleh Zainab Al-Ghazali...tapi orang tu kate tak de stok..huhu..keciwa gak la...tapi nak buat mcm mane...[suke buat koleksi buku...tapi bace nye kengkadang tak abis..huhu]

Ada satu buku motivasi nih...memang malas sungguh nak bace...tapi ayah paksa gak bace before fly...ayah kate "kalau sayang ayah, abiskan bace buku tu before fly.." aiseh...surrender la bile ayah kate macam tu..terpaksa la bace..buku Dr. H.M Tuah Iskandar. Bagus memang bagus...sbb Dr. H.M Tuah nih islamic orangnye..byk la unsur2 agama yg diselit dalam buku tu...[tak silap saye beliau ade degree syariah] tapi bile dah buku motivasi tu..dah terset kat kepala otak ni malas nak bace [not a good attitude..ubah ler wahai si penaip] Bile come across satu part nih rase menarik plak nak diteruskan pembacaan..tak tahu la korang rase menarik ke pe...but this is my opinion la. jadi, nak share la part tu ngan sume pembaca blog dhoif ni. Moga dapat manfaat.

_______________________________________________________

PERCAYA TAPI TAK YAKIN



Saya pernah bertanya kepda pelajar-pelajar saya di universiti di mana saya menjadi tutor tentang definisi percaya dan yakin. Seorang pelajar dengan confidence menjawab percaya ialah suatu keyakinan bernilai 50%, manakala yakin adalah kepercayaan 100%. Jawapan pelajar ini dipersetujui oleh semua pelajar yang berada di dalam dewan.

Kemudian saya bertanya tentang Rukun Iman dan menyuruh mereka menyebutnya satu persatu. Mereka menyebutnya begini: "Rukun Iman yang pertama ialah percaya kepada ALLAH, kedua percaya kepada malaikat, ketiga percaya kepada Nabi dan Rasul, keempat percaya kepada Kitab dan kelima percaya kepada Qada dan Qadar."

"Setakat percaya saja?" tanya saya.

"Ya, sebab iman dalam bahasa Arab bermaksud percaya," jawab pelajar itu.

"Sahkah keimanan jika nilainya 50%?"

Mereka diam.

"Kamu juga yang berkata percaya hanya bernilai 50%. Ada 50% lagi untuk sampai ke tahap kepercayaan yang mutlak atau yakin."

Mereka tersengih-sengih terus.

* * *



Antara percaya dengan yakin amat berbeza sekali. Sebagaimana kita diminta percaya akan kewujudan Allah dan berasa yakin dengan kekuasaan-kekuasaanNYA. Ramai di antara kita, apabila ditanya apakah percaya kepada ALLAH, dengan spontan mereka menjawab "percaya", dan apabila ditanya apakah yakin dengan kekuasaan-kekuasaan Allah, dengan spontan juga mereka menjawab "yakin". Tetapi apabila disuruh membuktikan keyakinan itu ramai yang gagal. Contoh yang paling mudah ialah dalam soal sembahyang. Berapa ramai yang sedar akan kewajipan sembahyang tetapi tidak upaya melaksanakannya. Berapa ramai yang percayakan ALLAH tetapi tidak yakin dengan ancaman-ancamanNYA. Hingga kerana itu mudah sahaja kita melihat orang melakukan dosa walhal kalau dilihat fizikalnya terlihatlah tanda-tanda ketaatan dan kesolehannya...


Petikan dari buku Motivasi Diri: Membina Imaginasi Cemerlang oleh DR. HM Tuah Iskandar al-haj


wallahu'alam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 10:43 pm"

Comments:
I've read half of this book..quite nice....have no time to finish it though
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Sambutan Merdeka

Wahai kakakku, bacalah

Copyright

Sempena Hari Merdeka

Tanpa Tajuk Khusus

Seminggu

Mawlay

Warkah Buat Puteriku

Ad-Da'wah Ilallah

Akademi Fantasia Khayalkan Rakyat





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD