M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, September 30, 2005

AHLAN AHLAN YA RAMADHAN

Assalamu'alaikum...

Pejam celik pejam celik ramadhan kembali mengunjung. Berdukakah kita atau gembirakah kita dengan kehadiran bulan ini? Bergembiralah wahai ummat kerana bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa, bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari ALlah s.w.t...juga bulan yang penuh ujian dan latihan. Sewajarnyalah kita mempersiapkan diri baik dari segi rohani mahupun jasmani. Jangan dipersiakan bulan yang dapat melatih diri kita untuk berjihad menentang hawa nafsu yang sering memperdayakan.

Apakah misi kita untuk Ramadhan kali ini? Masih ingin berada di takuk lamakah? Tercapaikah matlamat puasa kita yang disebutkan ALlah s.w.t dalam firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 183 [ayat cukup famous kat masjid2 time puasa]



"Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah- mudahan (dengan puasa itu) kamu menjadi orang yang bertakwa." - (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Bertaqwa tuh..huhu...bukan sebarang...

Bagaimana hendak mengukur pencapaian sifat takwa sepanjang Ramadan ini?

Allah menggariskan beberapa ciri yang dimiliki oleh orang yang bertakwa. Di antaranya: "Mereka mengambil sedikit saja daripada waktu malam untuk tidur, pada waktu akhir malam pula (sahur) mereka selalu beristighfar kepada Allah, dan pada harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin dan meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)."- (Surah adz- Dzariat, ayat 17 hingga 19).

Orang bertakwa juga disifatkan sebagai: "Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang."

"Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang berbuat perkara baik dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa, melainkan Allah - dan mereka yang tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." - (Surah Ali Imran, ayat 134-135)

Ayat di atas menekankan beberapa ciri orang bertaqwa. Di antaranya suka menderma, tidak lekas marah, senang memberi maaf, segera bertaubat apabila terlanjur melakukan dosa, banyak beribadat pada waktu malam dan bangun sebelum Subuh untuk memohon ampun.

Oleh itu, sama2 la kite berusaha agar tercapai matlamat puasa kita nih...cubalah kite tinggalkan mende yg nampak kecik, tapi menambahkan dosa dan mengurangkan pahala puasa yang memang dah tak perfect nih...huhu...cthnye: mengumpat, membazir wang beli makanan macam tak makan sebulan, makan sampai terlebih kenyang, mendengar mende2 tak elok, melihat mende2 tak elok dan sewaktu dengannye, berkata-kata yang sia-sia..

Berusahalah! Moga hati ini sentiasa terasa dekat denganNYA...

wallahu'alam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 10:17 pm"

Comments:
nice tazkirah...keep it up
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Sedih

Cinta Pertama

Khabar dari Bumi Leeds

Kecuakan mula melanda

Sambutan Merdeka

Wahai kakakku, bacalah

Copyright

Sempena Hari Merdeka

Tanpa Tajuk Khusus

Seminggu





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD