M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, November 11, 2005

ANNUAL GENERAL MEETING

Assalamu'alaikum...

Kali ni nak menceritakan politik dalaman uni terchenta. bunyi mcm ape je...begini citenye...LUU, leeds university union telah mengadakan Annual General Meeting bertempat di refectory pada jam 2 p.m tadi...dari semalam lagi, brothers and sisters isoc dah beriye ajak gi AGM nih...sbb ade satu motion on Palestine...and orang jewish memang ramai la yg mcm menyebarkan propaganda yg tidak benar belaka pasal usaha murni utk Palestine ni...

Motion yg dipropose oleh seorang mat salleh [non-muslim, bukan orang islam pun yg propose motion nih] ialah tentang Palestine Education [pelajar2 di palestin layak utk menerima education dengan aman dan appropriate education]...the LUU listed some facts about education in palestine which are as follows: [maaf, tak larat nak taip sume]

1) That over one third of the Palestinian population are students in full-time school or university education

2) That the Israeli security fence, 700 military roadblocks and checkpoints, and prolonged curfews, severely restrict the movement of students and teachers from reaching their schools and universities

3) The Birzeit Uni, near Ramallah in the West Bank, was sealed off by an Israeli Army roadblock for nearly 3 years between 2001-2003; and that today the road to Birzeit remains subect to frequent 'flying checkpoints', which restrict the universal human right to education

4)......

5)......

6) That 8 out 11 uni in the West Bank and Gaza have been shelled or broken into by the Israeli Army since September 2000

7) That over 700 children, 200 uni students and 39 teachers have been killed by the Israeli Arm since September 2000

8)......

9)......

[overall, 9 facts have been stated by LUU]

And the LUU believes:

1) This situation is unacceptable

2) That the right to education is a fundamental human right and a prerequisite of human freedom, as declared in the Universal Declaration of Human Rights (1948), which states that "Everyone has the right to education", and the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (1966), which recognises that 'Education is both a human right in itself and an indispensable means of realising other human rights

3)......

4)......

5) It is the responsibility of governments, civil society organisations and ordinary people to defend the universal right to education


LUU resolves:


1) To affiliate to the right to education campaign at Birzeit uni as a show of solidarity and support to all Palestinian students and teachers who are struggling to live, work and study throughout the conflict

2) To raise awareness within this union and beyond to local and national constituencies about the issues concerning the Palestinian education system

3).....

4) To support the Right to Education Campaign's calls for international action against Israeli violations of the human right to education in the occupied Palestinian territory.


Kesimpulannye, motion ni murni la, nak tolong orang Palestine...So, brothers and sisters isoc sume campaign gi AGM ni so that majority will vote for the motion sbb kat sini ramai student jews and ada ura-ura mengatakan diorang akan bersemangat utk hadir dan vote against this motion...

dan memang benar pun dan telah ade Ammendments to this motion proposed by a jewish guy yg menyediakan hujah2 berikut supaya motion tersebut dipinda kpd sesuatu yg baru [yg obviously memihak kepada diorang dan tak perlu rasenye saye type di sini] Pakcik ni juge propose supaya "Resolution" yg nak diambil oleh LUU tadi dimansuhkan nombor 1, 3 dan 4....hujjah2 pakcik ini:

1) The Birzeit University is a stronghold of the organisation Hamas, which opposes peace with Israel. Several Birziet students have been involved in suicide bombings inside Israel, which have killedover 1000, including many children

2) That children in Palestinian schools are indoctrinated from the earliest age to deny the existence of the State of Israel and to glorify suicide bombers. Textbooks used in Palestinian elementary schools funded by European and American money promote anti-Semitism and contain hateful stereotyping of Jews

3)......


dan dari pagi tadi, diorang dah edarkan pamplet kepada org ramai supaya vote against motion yg murni nih...diorang gunakan alasan tempat belajar kat palestine nih digunakan utk mendidik budak budak supaya jadi terrorist dan suicide bombers pada masa akan datang....diorang memang la tak nak orang islam dapat pendidikan bagus...kalau orang islam tak dpt pendidikan, diorang tak dpt nak buat pape..ilmu tu kan kunci segala kunci...

waktu AGM agak hangat la...ramai jugak orang putih yg sokong motion ni...but surprisingly, motion ni gagal dan dibatalkan...disebabkan terlalu ramai jews yg hadir...dan muslim pulak sedikit bilangannye....tidak dapat menandingi bilangan mereka yg bersatu padu nak jatuhkan kite orang Islam....ramai jugak orang putih biasa nih yg frust sebab motion nih dibatalkan...diorang rase dissapointed and upset sebab isu religion dilebih-lebihkan oleh pakcik makcik jews nih rather than humanity...education rights....

dan sebaik sahaja perbincangan tentang motion ni tamat [ni motion kedua, ade lagi tiga motion utk diperbincangkan sepatutnye], berduyun-duyun orang keluar meninggalkan refectory...yg muslim keluar sebab frust...yg jews keluar dengan sorakan dan tepukan tangan yg menyakitkan hati...nampak sangat diorang datang semata-mata nak tengok motion nih dibatalkan...

dan orang islam yg hadir hanya sedikit bilangannya...menunjukkan betapa ignorantnye orang islam nih...tak tau pun ade motion nih dalam AGM [even ade certain orang tak tau pun ade AGM ni] dan tidak bersungguh-sungguh menyebarkan maklumat kepada rerakan muslim yg lain supaya hadir memberikan sokongan dan vote. Betapa tak sepadu nye kite compare tu pakcik2 dan makcik2 jews tu...Alhamdulillah...ade gak la a few sisters yg supposedly ade lecture petang tadi, tapi diorang ponteng lecture [lecture tak amik attendence pun] sebab nak jugak meramaikan vote...tapi sayang...masih tidak cukup...walhal ramai je muslim students kat sini...

Betapa satu vote tu pun mampu mengubah nasib saudara seislam kita dekat Palestine...betapa ade jalan utk kite membantu mereka dari jauh walau tidak ikut serta berjuang di bumi palestin...tapi usaha ini disia-siakan begitu sahaja...ummat islam masih lalai...masih tak mampu bersuara lantang...

same la jugak dengan ape-ape context pun...walaupun satu vote, nampak mcm kodi je...tapi mempunyai peranan besar dalam sesuatu perkara...sama ada konteks organisasi biasa, negara, dan lain-lain...vote kite yg satu tu mampu mengembalikan kegemilangan islam, mahupun membela nasib saudara seislam kita...fikir-fikirkanlah...

terkilan? marah pada diri sendiri sbb tak dpt buat pape and tak usaha sungguh2? redha? pasrah? geram? a mixture of feelings....

kesimpulan??? fikir sendiri...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 4:34 am"

Comments:
hmmmm.....what a shame....
 
mmg amat menyedihkan... tentunya kita dapat mengatasi benda ni dgn kesedaran tanggung jawab da'wah yg dipikul. RAmai kita yg take for granted dlm byk hal dan perkara. TErlalu lama duduk dlm zon selesa. Dan diri sendiri menjadi fitnah, cerminan yg salah terhadap islam..dari segi akhlak,sikap, pencapaian etc membuatkan org salah faham dan pandang rendah pd Islam. Bangunlah kerana masa tak menanti kita, akan terus beredar meninggalkan kita. "Intansurullaha yansurukum" Allah tak perlukan kita, tapi kitalah yg perlukan Allah. Peringatan buat diriku yg lupa... NASTAGHFIRULLAH AL-AZIM...
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Alhamdulillah

Salam Idulfitr

Ia Bakal Meninggalkan Kita

Pancaran Nur Ilahi

Warna-warna Cinta

Seek to understand, then to be understood

Di antara 1000 engkau yang terpilih

Hmm...pengalaman berharga?

Ahlan ahlan ya Ramadhan

Sedih





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD