M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, October 21, 2005

WARNA-WARNA CINTA

Assalamu'alaikum...

Sebenarnye tengah kat computer cluster nih...petang nih nak amik exam computer...huhu...tetibe rase cuak plak...walhal byk lagi mende lain yg nak dicuakkan...penat plak rasenye blaja MEDLINE ngan EndNotes tu...tapi dah abis la..so mcm nak mengupdate blog sket...bukan pape pun...nak copy paste satu lagu baru yg mus la kasi tau nih...iaitu Warna-warna cinta...Brothers yg nyanyi...

Bile dengar rase best lak lirik die..huhu...korang pepandai la buat interpretation sendiri...tapi make sure ke arah yang baik la...jgn la merepek plak. Tapi kalau pandai letakkan erti cinta tu sendiri [cinta agung kite la, ALlah s.w.t], mesti sedih + sayu kalau dengar lagu ni. dan kalau letak cinta pada saudara sesama islam plak..pun same...pe yg kite buat kat sini bile diorang idup sesusah sengsara natijah peperangan kat tpt diorang. nak derma sket pun teragak-agak [termasuk la diri ini]...hmm...same la gak bile diletakkan skop cinta tu pada agama..cinta pada agama...Cinta berharga bila sudah tiada...Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Lastly, agak-agaknye tercapai tak misi ramadhan kita pada kali ni i.e. menjadi orang bertaqwa??? Something to ponder upon...me and pembaca budiman... wallahu'alam...


Warna Warna CintaAlbum : Brothers Reunited
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com



Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
selepas gerimis

song : Syah Mohamed (Hush Entertainment) & Firdaus Mahmud (Arietta Publishing)
lyrics : Syah Mohamed (Hush Entertainment)



p/s: kalau nk lagu ni ckp la...sbb tak upload lagi tak geocities or angelfire...jadi tak leh nak letak link lagu ni utk korang sume download...k ek..sesape yg sempat bace blog nih sblm saye exam comp, doa2 kan la ye =)


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:30 pm"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Seek to understand, then to be understood

Di antara 1000 engkau yang terpilih

Hmm...pengalaman berharga?

Ahlan ahlan ya Ramadhan

Sedih

Cinta Pertama

Khabar dari Bumi Leeds

Kecuakan mula melanda

Sambutan Merdeka

Wahai kakakku, bacalah





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD