Saturday, July 30, 2005
AKADEMI FANTASIA KHAYALKAN RAKYAT-UNGKU AZIZ Assalamu'alaikum...
mekasih sarah, emel ko pasal akademi fantasia tu...best...tapi orang melayu kite nih bukannye nak dengar ckp ulama' dah skrang. diorang pulak lagi 'alim dari ulama'...huhu...na'uzubillahiminzalik...jadi, kite suggestkan la orang suruh dengar ahli fikir, tokoh negara setidak-tidaknye..sbb dah tak mo dengar sangat ckp ulama'...sekurang-kurangnye amik la pandangan orang yang bijak pandai....kalau tak mo ikut gak...tak tau la den nak ckp apo laie ha...huhu...
ckp ulama' tak mo dengar, ckp ahli fikir tak mo dengar, ckp tokoh negara tak mo dengar...jadi la kite melayu yang akan hilang dari dunia...tinggal la kata-kata hang tuah dalam kenangan.."TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
[heh..apesal tetibe balqis semangat melayu nih? saje je...sbb kalau sebut islam org tak mo dengar...kalau cakap bangsa, semangat aje...isk isk...pe nak jadi]---> paham tak sindiran nih? kalau tak paham, buat-buat paham.. =P
tengok debat perdana yang kat sepang dalam tv hari tu, saye suke dengar penadapat Prof. Diraja Ungku Aziz ngan Dr. Tan Seng Giaw je...huhu...yang lain tak tau la...yang pasti saye tak minat.
nway, walaupun tak de kaitan, tapi nak cakap gak..hari nih birthday ayah!! =)
AKADEMI FANTASIA KHAYALKAN RAKYAT-UNGKU AZIZ
Oleh : Admin
Tarikh : 18 Jul 2005, 10:24 pm
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) –
Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.
Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu. Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi.
Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang.
Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang ditayangkan di media massa.
Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan.
Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri. Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan penilaian semula pencapaian mereka selama ini.
Katanya, apa yang berlaku memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini bertindak mengikut arahan 'orang lain'.
Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir. "Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya," tegasnya merujuk kepada bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan membaca buku.
Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa.
"Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu," jelasnya lagi.
Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon dari penonton di luar dewan.
Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik.
Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh generasi muda negara. Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti meletakkan garispanduan bagaimana untuk menjadikan program-program seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang.
Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi muda akan lebih mudah 'memahami kerana kita bercakap dalam bahasa mereka'.
- zs
wallahu'alam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:06 am"
(0) comments
Thursday, July 28, 2005
BERBUMBUNGKAN ANGKASA KELABUAssalamu'alaikum...
Pekaba sume? Ana kurang sihat sket...huhu...demam panas, added value, sakit tekak...ade la tuh dosa yg ana buat..huhu...[sakit sakit tu ade hati ngadap comp...ish ish ish...sbb tak larat nak buat keje lain----> alasan la tuh]
Hari ni tajuk pe ye nak tulis...bersamamu...tgk tak rancangan nih? Ana tgk je rancangan nih mesti sedih..huhu..yg dah dewasa tu tak de la kesian sgt, yg kecik kecik, yg remaja2 tgh blaja, baby baby tu sayu hati nengok. Pastu, suke gak lagu Wajah yg cik Jaclyn Victor nih nyanyi...Suke lirik die especially yg first perenggan ngan "Engkaulah perwira, di medan derita"...masyuk dan mantap ayat sasteranye...best2.
Wajah
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalanananmu
Onak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur
Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah.......wira....
Hmm...ramai lagi orang yang susah dan miskin kat Negara Malaysia yang so called maju nih...yang kaya, kaya sangat. Yang miskin, anak-anak sampai tak mampu sekolah..huhu..pengemis pun wujud kat Negara kite nih. Hmm...tapi bile fikir fikir orang Indonesia yang datang ke Malaysia nih yang memang tak de pape, selamat je berniaga makanan kat Selayang Mall...hmm...ramai je pendatang asing dapat bertapak kat Negara kita dan dapat kumpul wang dengan baik. Di mana salahnya?
Memang patut kita membantu mereka yang kurang berkemampuan nih dengan wang supaya dapat meneruskan kehidupan. Namun, saya fikir lebih baik kite berikan wang sebagai modal untuk mereka terus hidup. Tunjukkan jalan bagaimana mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan...contohnya dengan berniaga..di situ lah peranan IKS. Industri kecil dan sederhana dan pihak-pihak berwajib. Disebabkan kesusahan hidup tuh, most probably mereka dah tak nampak jalan dah untuk melakukan sesuatu to gain money for their living.
Nak derma duit through sms pun tak berani. Huhu...takut jadi mcm derma tsunami hari tuh. Disahkan diselewengkan sebahagiannye...isk isk...tu la padah bile rasuah berleluasa...Tengok berita semalam? Rumah tetap untuk mangsa tsunami, setelah tujuh bulan, tak naik satu tiang pun kat tapak perumahan. Pe nak jadi nih? Tujuh bulan tu cukup lame dah tuh...diorang janji dalam mase setahun. Kite tunggu dan lihat.
Maybe ade yg tak paham pe yg ana nak sampaikan nih. Untuk memudahkan pemahaman, kite rujuk satu kisah di zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang berikut:
Adapun wajibnya jaminan pemerintah untuk mewujudkan pekerjaan bagi orang ini, ialah seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Anas r.a. bahawasanya ada seorang kaum Anshar datang kepada Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Tidakkah ada sesuatu di dalam rumahmu?
Jawabnya: Ada, pakaian yang kasar, setengahnya kami pakai, dan setengah lagi kami hamparkan, dan bekas yang kami minum air dengannya.
Berkata Nabi: Bawakan keduanya kepadaku!
Orang itu pun membawa kedua-dua barang itu kepada Nabi s.a.w. maka diambilnya keduanya itu dengan tangannya, lalu diunjukkan untuk dijual, kata nya: Siapa mahu beli kedua barang ini?
Berkata seorang: Saya mahu membelinya dengan dua dirham.
Maka Nabi s.a.w. pun menjualkannya dengan dua dirham, lalu memberikannya kepada orang Anshar itu, seraya berpesan kepadanya: Beli makan satu dirham, dan segera kembali dan berikannya kepda isterimu. Dan yang satu dirham lagi belikan kapak, dan bawa dia kemari.
Orang Anshar itu pun membeli kapak dan membawanya kepada Nabi s.a.w, maka Nabi pun pasangkan kayu kepada kapak itu dan menyerahkannya kepada orang Anshar itu, seraya berkata: Ambil kapak ini, dan pergi mencari kayu, kemudian jual, dan jangan datang lagi sampai lima belas hari.
Orang Anshar itu patuh dengan arahan Nabi itu. Dan selepas lima belas hari, dia pun datang dengan sepuluh dirham, yang dengan sebahagiannya dia dapat membeli pakaian, dan sebahagian lagi dia dapat membeli makanan.
Maka berkata Nabi s.a.w. : Cara begini adalah lebih utama bagimu daripada engkau datang meminta-minta, sebab meminta-minta itu meninggalkan tanda dimukamu nanti di hari kiamat. Adapun wajibnya bantuan masyarakat kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan; iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri, daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda berkata:
"Barangsiapa yang mempunyai kelebihan harta, hendaklah diberikannya kepada siapa yang tidak ada harta. Dan barangsiapa yang mempunyai kelebihan makanan, hendaklah ia memberikannya kepada siapa yang tidak ada makanan."Dan telah sabit juga sebuah sabda daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda berkata:
"Sesiapa yang mati melarat antara kaum-kaum yang kaya, maka terhindarlah dari mereka itu perlindungan Allah dan perlindungan RasulNya."Ada satu kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang memberi maksud bahawa zakat itu di dalam islam, tiada diberikan melainkan untuk menutup keperluan serta menjamin cara-cara berusaha, sehingga menjai sebab untuk bermalas-malasan atau bersenang-senang atau bertawakkal tawakkal semata.
Jika kita perhalusi, ini merupakan suatu bukti yang terang sekali, bahawa Agama Islam itu adalah agama rahmat dan agama kemanusiaan dan keadilan, yang diutus oleh Allah Ta'ala untuk menjadi pancaran petunjuk bagi umat manusia seluruhnya, dan sebagai menara bercahaya untuk membasmi kegelapan hidup. Setiap kita ada tanggungjawab tersendiri. Sama ada pemerintah atau masyarakat. Jika syariat Islam diamalkan secara menyeluruh, mungkinkah wujud masalah seperti ini lagi? You know the answer very well...
Kalau ade yang silap, sila komen. Komen antum amat-amat dialukan. Mekasih.. =)
wallahu'alam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 3:51 pm"
(0) comments
Tuesday, July 26, 2005
MUSAFIR YANG BERKELANAAssalamu'alaikum...
Tajuk cam ape je. Huhu..Alhamdulillah, sampai gak umah naik bas sengsorang...[tak sesat ke taiping...ngehngeh] heheh...tu pun orang hantar sampai naik bas...tq sahabat2 yg dicayangi!!! Erm...dah tiga minggu tak menaip dan menari-narikan jari atas keyboard nih...tapi momentum nak menulis ilang sejenak. Dah lama tinggal kot...huhu...ni pas kemas umah baru semangat sket nak menulis pengalaman yang tak seberapa. Kalau boleh nak sentuh sume mende...[BTN ngan psycho course tak mo sentuh langsung!!! Huhu...] moga ade la idea nak nulis nye ha...
Lepas abis je psycho course kat selayang hari selasa tuh, malam tu terus bertolak ke dungun. Balik umah kawan...sebenarnye nak tunggu eco-camp. Malas nak turun naik byk kali...[logik ke alasan ni? Walhal ipoh lagi dekat...tak kot...mak ayah suruh saye merayau sebenarnye...jangan manja sangat nak dok kat umah...ha kan dah jalan jauh tuh mak, ayah...huhu] Maka bermula permusafiran yg btol btol permusafiran la...kat terengganu tu tido kat empat umah orang, setiap satu umah dua malam...perasaan saye mcm mane? Rasa macam tak de umah sendiri pulak...huhu...gi dari satu umah ke satu umah...bawak beg...sedih gak...heh...walaupun layanan yang tuan-tuan rumah ni bagi memang la superb...tapi still...kite rasa kite hidup merempat...macam mane la agaknye orang yang tak de umah ye? Itu satu hakikat yang menginsapkan saye waktu gi dari satu umah ke satu umah.
Di sebalik rasa sedih tu, ada kemanisan nye...bile jenjalan ni kan...kite dapat peluang untuk menunaikan solat kat merata tempat, di bumi Allah nih. Kalau dulu, saye tunaikan solat selalu tak berkembang la tempatnye, kat umah, kat kolej, kat sekolah menengah...lagi lagi tempat tu...tapi bile jalan jalan nih, baru la saye btol btol merasai [merasai @ menyedari dan mengetahui adalah dua mende yg berbeza] yang Allah ni ada kat mane mane...dan walau kat mane kite berada sekalipun, kite wajib menyembah Allah. Diri rase dekat ngan Allah dan setiap kali solat kat umah umah yang berbeza nih, pasti saye akan ingat firman Allah dalam
ayat 16 surah Al-Qaf yang berbunyi :
"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
50:16 It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein. [aiseh..paham ke ape yang saye katakan nih? Sbb saye rase ayat saye mcm pelik..huhu…maklum la...dah lame tak menulis] moga tempat sujud yang berbeza tu akan menjadi saksi di akhirat kelak...ameen...
Pastu, saye rasa syukur dan gembira la dapat jumpe ahli keluarga sahabat-sahabat saye. Bile jumpe parents diorang, saye sedar yang semua ibu bapa sayangkan anak-anaknya, cuma cara mereka menonjolkan kasih saying tu berbeza. Ada parents yang supportive dan encourage anak-anak supaya mencuba sendiri sesuatu mende, ada parents yang jaga anak dan manjakan anak...sedikit pun saye tak rasa cemburu bile jumpe parents orang lain...sedikit pun tak rasa ingin ditreat sperti anak-anak mereka...malah, saye merasa cukup dengan ape yang Allah kurniakan kepada saye. Everybody will feel the same of course..but that's what I want to point out here. Walau kite tak suke pun mak ayah kite punye cara, pasti dan pasti dan pasti mereka lakukan itu demi kebaikan kita...
Memandangkan terengganu ni banyak pantai...[best2] dah tak ingat bape kali dalam lapan hari tu gi pantai..huhu..subhanallah..memang cantik laut ciptaan Allah nih..tengok matahari terbit. Tengok ombak memukul pantai...teringat hadis Rasulullah s.a.w. bahawa
umat Islam di akhir zaman umpama buih di lautan. Bilangannya ramai tetapi kualitinya berkecai.Memang takut gak la bile teringat hadis nih dan melihat sendiri buih kat lautan tu...memang sekejap je hilang buih tu...huhu...moga Allah perkuatkan iman kite sume...ameeen.
Ada satu hari tu, gi pasar payang buat kali keduanya...dari seberang takir, naik bot penambang gi pasar payang dengan beg2 sume la...pastu, kene la tumpang satu kedai kat pasar payang tu baru la boleh gi jenjalan, takkan la nak angkut beg besar kesana kemari...huhu...memula merayu la kat satu kedai yg dijaga oleh seorang kakak, die tak kasi, kate tak muat...pastu tanye la lagi satu kedai, tak kasik gak...akhirnya mintak la kat sorang pakcik berumur sket nih [same je sempit tempat ngan kedai lain]...tapi die kasi...Alhamdulillah...tinggal la barang kat situ...pastu gi la beli barang pe sume...kitorang dah beli byk mende dah..pastu teringat kedai pakcik tu. Dah la tumpang barang, takkan tak beli pape kat situ kot? Huhu...terguris hati die nanti. Memang rasenye dah abis dah beli barang...tapi tah mcm mane..hati ni tergerak gak la nak beli satu baju kat kedai tuh, kawan lak beli baju jugak, sorang lagi kawan beli kain pelikat. Kire memang rezeki tuan punya kedai tu la...maybe sebab di menumpangkan beg kitorang [menolong orang dalam kesusahan]. Pastu bile nak balik, lalu la kedai tadi yg kitorang mintak tumpang beg tapi tak kasi [orang tu tau la kitorang beli byk barang kat kedai pakcik tu] pastu saye dengar la ade sorang akak ni kate kat akak tuan punya kedai "tula ko, tadi tak nak bagi tumpang." [loghat ganu lerr, saye mane reti..heh..paham je] so pengajaran? Pepaham la..sudah terang lagi berspot light.
Pengajaran-pengajaran lain yang dipelajari sepanjang cuti cuti Malaysia [termasuk eco-camp] ialah:1. kat pasar malam terengganu satu pun tak de jual air tembikai termasuk la kat batu buruk
2. Muzium Terengganu besar dan cantik [kerajaan terengganu kene bayar nih, org promote]
3. Hargai la nenek dan datuk yang masih hidup...huhu
4. bile ukhuwah dah terbina, rasa sayang pun bersemi...hanya disedari bile orang yang dijalinkan ukhuwah dengan tu gi meninggalkan kite sama ada meninggalkan dunia buat selama-lamanya atau pun berpisah sekejap dari kite...huhu
5. Sume rezeki dan nikmat yang kite dapat, bukan satu coincidence atau kebetulan...sumenye kurniaan Allah..[perlu diingatkan, umat islam tidak patut percaya kepada kebetulan, kerana semuanya takdir Allah]
6. ada orang yang tahap pemikiran dan how people see things happening around the world tak sama dengan kite...maka bersyukur la dengan kurniaan Allah ni...bukan senang dengan usia mcm ni, kite ada kelebihan dari segi tu. Maka bersykurlah selalu, jangan bongkak, jangan sombong, tanpa Allah, kite nih bagaikan layang-layang terputus talinya...
7. kalau senyum ngan ikhlas kat baby, mesti baby tu senyum balik kat kite..tol tak? Huhu..[ape kaitan??]
8. makanan kat terengganu murah-murah, makan la byk2...tapi jangan la sampai terlampau kenyang macam ular sawa ye? [pape pun, tak sangka berat badan turun satu kg, ingatkan naik..huhu..mission tak accomplished nampaknye]
9. susah nak cari sahabat, senang nak cari kawan...
10. rindu adik2 kat kolej
tu je kot nak cite...recommended, gi terengganu. Hehe [kene bayar nih kerajaan terengganu] rajin rajin berjalan, btol kate orang, byk berjalan, luas pengalaman. Series nih...gi jalan, rasa Allah dekat ngan kite.
Bila dah rasa Allah dekat ngan kite, maka mudah la kite nak bermuraqabah dengan Allah dalam segala tindak-tanduk, urusan, perkataan, 'amalan, perasaan dan runtutan emosi...insyaAllah...ameen...terpanjang lak...huhu...mekasih kerana sabar membaca...wallahu'alam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 2:51 pm"
(2) comments
Monday, July 04, 2005
NOTIS PENYEPIAN DIRIAssalamu'alaikum...
Blog takkan diupdate selama tiga minggu kot [melainkan dengan ihsan tuan rumah]...eyp..doakan selamat gi jenjalan nih..huhu..first time nak naik bas balik ipoh sengsorang...
nway, sape ade url lagu kembali gemilang mestica kasik kat saye eh? tq tq...[mus, akak rase awak ade je..akak tak leh upload kat geocities la]
Panjang umur, kite leh jumpe lagi...
wallahu'alam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 10:19 am"
(0) comments
Saturday, July 02, 2005
SYUKURAssalamu'alaikum...
erm...hari tu tengok titanic..[kantoi kantoi] part 1 je...ade satu mende yg memang menarik minat saye la..encik jack tu ade kate waktu dijemput untuk dinner bersama golongan bangsawan tu...tak ingat la script sebenar cem mane tapi kesimpulannye die kate, die merasa cukup dengan kehidupan die skrang [die org miskin yg berkelana...mengembara dari satu tempat ke satu tempat..tak cukup duit sume]...die ade sume mende yg diperlukan...die ade udara kat dalam peparu yg membolehkan die bernafas...[pastu tak ingat lagi die kate pe] hmm...
Adakah attitude kite nih same ngan encik jack nih? maksud saye, kite syukur tak dengan ape yg ada kite ade skrang? Siapa lagi yang lebih patut dan lebih wajar daripada org islam untuk mengucapkan kesyukuran terhadap ALlah? Bukankah orang Islam tu dapat nikmat hidayah dan nikmat Islam?
Kadangkala kite suke merungut, berkeluh kesah dengan apa yg ada dgn diri kite...misalnye, kite lihat orang lain ada satu kelebihan, dan kite lihat orang lain ade sesuatu yg kita tak de, kite mula rasa tak tentu hala. Tapi sebenarnye, kite tak cukup muhasabah diri kite...sebenarnye kite ada kelebihan yang org tu tak de. Tu pasal kite digalakkan bermuhasabah diri sebab, kengkadang kite tak sedar sesuatu mende tuh...bukan sume mende straight forward...ade mende yg perlukan kite untuk berfikir untuk mengetahui kebenaran dan maksud di sebaliknya...hmmm...
Saye pun memang terpukul lak bile dengar encik jack punya skrip dalam titanic tuh..huhu..terasa la diri nih memang selalu tak bersyukur...before tido malam tuh dok pk..btol la...meskipun ana kurang dalam satu bab, tapi dari segi sudut lain, ana dikurniakan nikmat oleh Allah..maka terus rasa insap...jangan sekali kali kite bersu'uzzon dengan Allah...nauzubillahiminzalik...moga firman Allah yg berikut dalam surah Ibrahim ayat 7 ni akan memberikan peringatan dan pengajaran dan motivasi bagi diri kita...wallahu'alam...
14:7 And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."
14:7 Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKU) maka sesungguhnya, 'azabKU amat pedih."
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:09 pm"
(0) comments