M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, November 18, 2005

FEEDBACK: CONFUSION

Assalamu'alaikum...

Got my SSC first draft feedback...huhu...orait la utk orang yg buat keje dgn tak paham ape yg die tulis...isk3...kene usaha lagi nih...one of my collegues, got good for most of his comments!! adeih...hmmm....some of the comments for my first draft:

Good introduction

Good breadth

More detail required especially for coronary/ventricular sections

Some confusion for accuracy of content

Confused conclusion

Only some critical analysis involved

Good logical presentation in parts of the essay

Need to expand clinical/scientific implications

Good layout, tables & diagrams

Grammatical errors [ni pun nak amik kire...aiyark..]

Evidence of confusion...


hmmm..aiyo balqis...sile la berusaha lebih utk SSC anda [membebel utk diri sendiri] hopefully ayah dan mak bace la entry nih...nak tepon, tepon bawah tu tak clear...huhu...

Kire memang bernasib baik la kan, ade plak boleh hantar first draft pe sume...bayangkan main hantar je as final essay...kan parah tu...tah ape la grade yg saye dapat. siap ngan confusion yg melampau plak tuh...

Oleh itu hargai la second chance yg kite dapat...mcm kehidupan kat dunia nih, hanya sekali je...banyak tu amalan kite, banyak tu je la kite persembahkan kat hadapan ALlah s.w.t kat akhirat nanti. No turning back...and no second chance. Maka, kite kene la mengoptimumkan segala peluang yang kite ada kat dunia nih dengan beribadat kepada ALlah dan mengejar redha Ilahi...Telah tertulis peringatan daripada ALlah s.w.t dalam Al-Quran berkenaan hal ini dalam surah As-Sajadah ayat 12 hingga 14:



32:12 "Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): ""Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin""



32:13 "Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi) nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) dari padaku; ""Sesungguhnya akan aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama."



32:14 "Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (Hari Kiamat); sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan""."

Pape hal pun, kite kena la ingat...adekah Islam tu setakat solat lima waktu? puasa di bulan ramadhan? membayar zakat? mengerjakan haji? sebesar tu je ke ruang lingkup Islam dalam kehidupan kita? Takat tu je ke kewajipan kita sebagai seorang Muslim? Takat blajar, tuntut ilmu, buat baik kat orang je ke? Ada mende tak kite kene perjuangkan sebenarnye?

okla..cukup bebelan pada kali ini...ni ade lirik nasyid Rahmat ujian oleh Mestica...Lagu die so so la..orait la..[saye tak minat sangat la] lirik die mantap...kalau nak gak saye send lagu die ckp la ye...nak ingatkan diri sendiri sbnrnye..huhu...[kesimpulan: jgn merungut!]

Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



wallahu'alam...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 12:09 am"

Comments: Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Dedicated to Sahabat2 seperjuangan

Cerpen-Adikku Sayang..Bercita-citalah

Annual General Meeting

Alhamdulillah

Salam Idulfitr

Ia Bakal Meninggalkan Kita

Pancaran Nur Ilahi

Warna-warna Cinta

Seek to understand, then to be understood

Di antara 1000 engkau yang terpilih





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD