M e n c a r i R e d h a I L a h i
Tuesday, January 24, 2006

1515

Assalamu'alaikum...



I'm looking forward to read this novel i.e. Novel 1515 by Faisal Tehrani...hmm..nak bace waktu cuti easter mcm tak sempat kot...banyak keje nak buat..kene cover banyak mende. oleh itu, kene tunggu balik mesia kot...hmm...dan kene beli sebab yang ada dalam simpanan adalah Advencer si Peniup Ney dan kombat 1511. Advencer si Peniup Ney is absolutely superb! I prefer ASPN dari kombat 1511. entah..sesuai ngan jiwa kot..hmm..Novel 1515 pun mcm best je dengar2nya. Novel macam ni la muda mudi kat mesia patut baca..ni bace novel cinta yg sangat2 tidak bervariasi jalan cite..jalan cite yang tak berkembang...boleh agak pun ending die...melalaikan muda mudi...pastu nak orang melayu maju??? how can that be? cuba kite perhatikan novel barat [put aside la mende2 yg kureng sket tu] they did some researches before they actually produce their books. penulis tu yg bukan lawyer pun boleh buat cite pasal lawyer yg bebetul real...personally, in my opinion rakyat malaysia tak ramai la yang boleh tulis macam nih...kalau ade pun seciput je dan encik faisal tehrani salah sorang daripadanya...kite kene buat sesuatu kalau betul nak orang melayu atau malaysia atau melayu islam maju...agree?

Tapi orang akan kata, "dah muda-mudi tak de budaya membaca...kite kene selesaikan masalah daripada akarnya...." [teringat pulak karangan zaman spm pmr dulu] hmmm...

Kalau sume orang berbalik kepada ajaran Islam dan hold strongly to the teaching, will this problem arise? Islam mewajibkan sume ummatnye menuntut ilmu..hatta ayat pertama yang turun pun ialah iqra' [bacalah] entah la...Kite sume jawab dalam exam dgn jawapan skema pemeriksa i.e. "Islam itu adalah cara hidup yg syumul bagi seluruh umat manusia"...teori tinggal teori? Di mana pelaksanaannya? Kenapa bile blaja pasal islam mesti jadi teori je...[tak kira la bab ibadah ke, akhlak ke, etc.] tak dapat dipraktikkan...ade kesilapan kat mana2? kat mana ye??? takkan nak salahkan hati gelap je? faktor2 yg menggelapkan hati ape pulak? mcm mane nak atasi faktor2 ini...ape cara nak bersihkan hati?

tanya dan tanya diri sendiri...korek dan korek diri sendiri...lastnya akan terungkai jua segala persoalan...it's just that kite tidak mahu berfikir dan tidak mahu bertanya pada orang yang lebih tahu...jgn kita berkiblatkan barat...the situation nowadays has worsen...takkan nak biar je?

sungguh entry kali ni banyak betul tanda soal ye...hehe...entah..tetibe semangat nak bertanda soal bebanyak...huhu...maaf la kalau terasa dan terdapat kekasaran bahasa...terimalah seadanya cara penulisan diri ini...maaf juga ending yg tergantung...sesungguhnya segala-gala yang ditulis adalah peringatan buat diri saye sendiri juga....

kesimpulan: Laman web Faisal Tehrani bagi peminat2 karya beliau...tak minat pun bace je la...huhu...[best tak kesimpulan??]

wallahu'alam...

p/s: i wonder bape banyak persoalan yg saye lontarkan..huhu..[malas nak kire]


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:02 am"

Comments:
salam..

i've read the novel.. one of faisal's best! :)
 
cik balqis,

anda membuatkan saya teringat kembali janji pada diri untuk buat personal review tentang buku ni dalam blog....

tapi masa tak mengizinkan... huhu

tengoklah nanti satu hari yang tenang... ade kot nk cite pasal buku ni...

dah bace lebih 3 kali... dah buat presentation pon pasal buku ni... dah buat research dah kumpul koleksi peribahasa menarik.... hmmmmm....

buku yg paling digemari!
 
kak azila..heheh..make sure jgn kasi tau saye bile akak dah update pasal buku itu dalam blog akak...nanti tak best la bile saye bace...huhu
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

1427 - Tahun, Kilometer atau komitmen

Video Turn to Islam

Doa

Stanley Milgram's Experiment

Mother

Nun di sana terserlah kelihatan cahayanya

Tahajud

Notis Penyepian Diri Lagi

Keperluan Umat Islam Memahami Keutamaan

Firasat Seorang Mu'min





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD