Wednesday, December 14, 2005
KEPERLUAN UMAT ISLAM MEMAHAMI KEUTAMAANAssalamu'alaikum...
Perlu diingatkan di bawah ni hanya la seciput je daripada buku Fiqh Keutamaan oleh Yusuf Al-Qaradawi.dan tiada langsung tokok tambah daripada saye [cuma ade yg tak ditaip bersama kerana nanti lagi pjg]..memang totok dalam buku tu...tak percaya bace sendiri...dalam Bab 1
Jgn jump into conclusion kalau memane yg tak sure ke pe...tanye orang yg lagi tahu dan ahli dalam bidang ini okai??? Saye tulis ni supaya kite sume terasa ingin nak tambah ilmu pengetahuan lagi la...contohnye mcm terdetik la kat hati nih.."ooo..byk lagi aku tak tahu rupanya..." Dengan itu kite akan sama2 menimba lagi ilmu ALlah yg banyak kat muka bumi ni dan amalkan dan sampaikan...moga2..insyaALlah...
_________________________________________________________________
"Pada zaman-zaman kemunduran, ramai kaum Muslimin yang terperangkap pada suatu perbuatan yang hingga hari ini masih mereka lakukan; di antaranya ialah:
1)
Mereka tidak mengendahkan - sehinggalah ke suatu tahap yang sangat besar - fardhu2 kifayah yang berkaitan dgn umat secara menyeluruh. Seperti peningkatan kualiti ilmu pengetahuan, perindustrian, dan kepiawaian dalam peperangan yang dapat menjadikan umat betul-betul berdikari, dan tidak hanya berada di dalam slogan dan cakap kosong belaka; ijtihad dalam masalah fiqh dan penyimpulan hukum; penyebaran dakwah islam, pendirian kerajaan yang dipersetujui bersama berasaskan janji setia (
baiat) dan pemilihan yang bebas; melawan kerajaan yang zalim dan menyimpang daripada ajaran Islam.
2) Di samping itu, mereka juga
mengabaikan sebahagian fardu ain, atau melaksanakannya tetapi dengan secara yang tidak sempurna. Seperti melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar, di mana Islam menyebutnya terlebih dahulu sebelum menyebut persoalan solat dan zakat ketika ia menjelaskan sifat-sifat masyarakat yang beriman. ALlah s.w.t. berfirman:
9:71 "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Padahal sebenarnya amar makruf dan nahi munkar ini merupakan sebab utama yang akan membawa kebaikan umat, sebagaimana difirmankan oleh ALlah s.w.t.:
3:110 "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
Pengabaian fardhu ain ini pernah menyebabkan turunnya laknat terhadap kaum bani Israil, melalui lidah para nabi mereka seperti yg tercatat dalam Al-Quran dalam Surat Al-Maidah ayat 78 dan 79.
3) Mereka
memberikan tumpuan yang berlebihan terhadap sebahagian daripada rukun Islam dibandingkan dengan penumpuan mereka terhadap sebahagian rukun yang lain. Ada di antara mereka yang mengambil berat tentang puasa berbanding lebih banyak daripada perhatian mereka terhadap solat. Oleh sebab itu, kita hampir tidak dapat berjumpa dengan orang Islam, lelaki dan perempuan yang makan di siang hari pada bulan Ramadhan; khususnya di kawasan-kawasan luar badar. Akan tetapi terdapat kaum Muslimin yang malas melakukan solat. Dan terdapat juga orang yang selama hidupnya tulang punggungnya tidak pernah membungkuk untuk rukuk dan sujud pada ALlah.
Di samping itu, terdapat pula orang yang perhatiannya tertumpu kepada solat lebih banyak daripada perhatian yang dia berikan terhadap zakat; padahal Allah s.w.t selalu mengaitkan kedua-dua rukun Islam itu di dalam kitab suciNya, Al-Quran al-karim dengan dua puluh lapan tempat. Sehingga Ibnu Mas'ud mengatakan: "
Kita diperintahkan untuk mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Dan sesiapa yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak ada gunanya solat bagi dirinya."4) Mereka
memperhatikan sebahagian perbuatan sunat lebih daripada perhatian mereka terhadap perbuatan yang fardhu dan wajib; sebagaimana yang boleh kita saksikan, para pemeluk agama ini yang memperbanyakkan zikir, tasbih dan wirid, tetapi mereka melupakan fardu yang diwajibkan terhadap mereka; iaitu perbuatan fardu yang bersifat sosial; sperti: melayani kedua-dua ibu bapanya dengan cara yang baik, silatrurahim, berjiran tetangga dengan baik, mengasihi orang2 yang lemah, memelihara anak yatim dan orang2 miskin, menghapuskan kemungkaran, dan menghapuskan kezaliman sosial dan politik.
5) Mereka
mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk mengambil berat tentang ibadah2 individual, spt solat dan zikir, berbanding dgn tumpuan yg diberikan thdp ibadah2 sosial yg mempunyai faedah yg besar, spt jihad, fiqh, memperbaiki ikatan silaturahim di antara manusia, bekerjasama dlm melakukan kebaikan dan ketakwaan, saling nasihat-menasihati dlm melakukan kesabaran dan kasih sayang, menggalakkan kepada keadilan dan musyawarah, memelihara hak2 asasi manusia, khususnya memberikan perlindungan kpd org2 yg lemah.
6) Akhir2 in kebanyakan di antara mereka mempunyai kecenderungan utk
mengambil berat ttg masalah2 furu'iyah dan mengabaikan masalah2 asasnya. Padahal mereka yg terdahulu drpd kita telah mengatakan: "Sesiapa mengabaikan asasnya, maka dia tidak akan pernah sampai kepada tujuannya." Mereka melalaikan asas bangunan secara keseluruhan, yakni akidah, iman, tauhid, dan keikhlasan dalam membela agama ALlah.
7) Di antara kesalahan yg mereka lakukan juga ialah kesibukan kebykn manusia dlm
memerangi hal2 yg makruh dan syubhat lebih byk berbanding dgn kesibukan mrk memerangi hal2 yg diharamkan dan telah tersebar luas di kalangan mereka atau mengembalikan kewajipan yg telah hilang. Contohnya ialah kesibukan mrk ttg perkara yg masih diperselisihkan halal dan haramnya dan tidak memperhatikan hal2 yg talh dipastikan haramnya. Mereka lupa terhadap permaslahan yg lebih besar berkaitan dgn survival umat yg pada masa in cukup mengkhuatirkan.
Termasuk dalam kategori ini ialah tumpuan mereka yg sangat besar utk menghapuskan dosa2 kecil yg melalaikan dosa2 besar yg lebih berbahaya, dalam hal-hal yg berkaitan dgn ajaran agama. Sbg contoh, tukang tilik, sihir, dan lain2 perbuatan yg mencemari akidah dan tauhid.Di samping itu mereka juga tidak mengambil berat langsung terhadap dosa-dosa penyelewengan sosial dan politik; spereti hilangnya musyawarah dan keadilan sosial; hilangnya kebebasan dan hak assasi manusia, dan kehormatannya; penyerahan urusan kepada orang yg bukakn ahlinya; peneyelewengan thdp hasil pilihanraya; perampasan hak kekayaan umat meneruskan kehidupan berkasta; dan tersebarnya pembaziran dan kemewahan yg merosak minda umat sejagat.
Kesalahan besar ini telah mengelirukan umat kita pada hari ini dalam persoalan yg berkaitan dgn ukuran keutamaan, sehingga mereka mengaggap kecil hal-hal yg besar, memperbesar-besarkan hal2 yg kecil, mengagung-agungkan hal yg remeh, dan meremehkan halhal yg penting, menunda perkara yg sewajarnya didahulukan dan mendahulukan perkara yg seweajarnya dikeudiankan, mengabaikan yg fardhu dan memberikan perhatian terhadap yg sunat, tidak ambil kisah terhadap dosa-dosa kecil dan mengabaikan dosa-dosa besar, berjuang bermati-matian utk masalah2 khilafiyah dan tidak mengambil tindakan terhadap perkara2 yg telah dipersetujui...Semua ini membuat umat pada hri in sangat perlu - dan bahkan sudah sampai ke tahap darurat - terhadap "memahami keutamaan" yg sewajarnya segera diwujudkan, dibincangkan, diperdebatkan, dan dijelaskan, sehingga boleh diterima oleh pemikiran mereka, sehingga hati mereka merasa puas, dan meeka memiliki pandangan yg jelas; oleh itu mempunyai wawasan utk melakukan sesuatu perbuatan yg terbaik...."
_________________________________________________________________
Reference: Dr. Yusuf Al-Qaradawi, "
Fiqh Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah"
wallahu'alam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 1:36 am"